Saturday, September 27, 2025

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. Mungkin tahap pemikiran aku pada waktu itu masih lemah dalam analisa dan ramalan. Oleh kerana subjek tu macam subjek audit, tak ada kaitan dengan SPM, Jadi aku tak follow sangat apa yang cikgu ajar dan hasilnya aku dapat F. 

Seterusnya, bahasa pengarurcaraan kedua yang aku belajar ialah Pascal, itu adalah bahasa wajib untuk program sains komputer di UPM. Aku bukanlah seorang yang bijak. Dengan susah payah belajar mengambil giliran untuk ke lab akhirnya result yang aku dapat ialah C+.

Namun, ia bukan satu-satunya bahasa pengaturcaraan yang aku belajar di UPM. Aku juga belajar Assembly , Cobol, Fortran dan C . Dan nasib aku bertambah baik kerana kebanyakkan language yang aku sebut , aku dapat A.

Memasuki alam pekerjaan aku didedahkan dengan language Natural untuk mainframe dan Abap/4 . Sambil sambil itu, aku memahami html pada era mahazalim. dengan Natural hanya beberapa bulan tetapi 2 tahun aku dengan Abap/4 dalam projek khas sehinggakan pernah ditawarkan ke US kerana Ababp/4 tersebut. 

Kembali ke alam universiti aku belajar Java yang dikatakan sebagai bahasa internet. Pada masa sama, aku mendalami pengaturcaraan web. 

Melangkah lebih jauh, aku mendalami C programming language terutamanya berkait TCP/IP untuk menyelesaikan tesis master dalam bidang client server untuk HPC. 

Melangkah lebih jauh aku memilih Ruby untuk menyelesaikan tesis PhD dalam Data Mining.

Kembali ke alam pekerjaan aku belajar python kerana boleh digunakan dalam pelbagai. Aku gunakan python untuk Neural Net dan Signal Peocessing disamping digunakan juga untuk Data Mining.

Selari dengan perkembangan mobil app, aku belajar lagi pengaturcaraan kotlin dan advanced JS.


Kesimpulannya, kepada org yang berminat, mulakanlah dengan satu programming language untuk memahami asas pengaturcaraan. Bahasa Pengaturcaraan sebenar yang akan digunakan nanti bergantung kepada jenis masalah yang perlu diselesaikan. Ketika itu kefahaman asas ttg programming language akan jadi peneraju dan panduan

Thursday, September 04, 2025

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina X-Gear setia menunggu di bawah pokok mangga depan rumah. Warna peraknya sudah tidak seberkilau dulu, tapi pantulan cahaya pada badan keretanya masih membawa rasa tenang yang sama.


Livina ini bukan sekadar kenderaan, ia adalah saksi bisu perjalanan hidup. Dari awal memiliki, ia bukan tentang kemewahan — bukan tentang jenama mewah atau teknologi canggih — tetapi tentang keselesaan dan tidak menyusahkan.


Setiap kali enjin dihidupkan, terasa seperti bersalaman dengan kawan lama. Tiada rungutan, tiada masalah besar, hanya deruan perlahan yang menandakan ia masih bersedia menemani ke mana sahaja. Dalam diam, ia sudah melalui pelbagai cerita: menghantar anak ke sekolah, perjalanan panjang balik kampung, singgah kedai mamak untuk sarapan, malah menjadi tempat menumpang tidur ketika hujan lebat di lebuh raya.


Ada kalanya servis tertangguh, ada masanya hanya cuci ala kadar, tapi ia tetap bertahan — seperti seorang teman yang memahami, tidak meminta lebih, hanya memberi. Tidak mewah, tetapi cukup untuk rasa selesa.


Hari berganti, musim bertukar, dan sedekad berlalu. Mungkin orang lain akan tertarik dengan model baharu, tetapi bagi pemiliknya, Livina ini lebih daripada sekadar kereta. Ia adalah teman setia yang mengajarkan bahawa dalam hidup, yang penting bukanlah kemewahan, tetapi kesetiaan, keselesaan, dan ketenangan.


Kerana kadang-kadang, apa yang kita perlukan bukanlah lebih, tetapi cukup.




Harapan di Bulan September 🌿

Pukul 09:10 pagi, Khamis, 4 September. Skrin komputer yang tertera waktu seolah-olah menjadi saksi bisu kepada sebuah permulaan baharu. Dalam suasana yang sederhana, di ruang kerja kecil dengan meja penuh dokumen dan perancangan, ada satu harapan yang mula disemat dalam hati — September ini mesti berbeza.


September bukan sekadar bulan kesembilan dalam kalendar. Ia adalah simbol peluang, lembaran kosong untuk menulis cerita baharu. Di hadapan skrin komputer ini, tekad dipasang. Harapannya jelas — mahu menamatkan apa yang tertangguh, mahu memulakan apa yang dirancang, dan mahu melangkah lebih jauh daripada semalam.


Ada projek yang perlu disiapkan, ada impian yang ingin dicapai, dan ada janji pada diri sendiri yang tidak boleh lagi diabaikan. September membawa aura segar — udara pagi yang lebih tenang, cahaya matahari yang terasa hangat, dan semangat untuk mencipta sesuatu yang bermakna.


Skrin komputer ini seperti mengingatkan, “Waktu bergerak, jangan sia-siakan.” Setiap detik di bulan ini adalah peluang untuk menjejak harapan, memperbaiki kesilapan, dan membina keyakinan baharu.


September adalah permulaan — permulaan untuk lebih berani, lebih tabah, dan lebih bersyukur. Harapannya mudah: moga bulan ini menjadi saksi kepada usaha, doa, dan kejayaan kecil yang akan menjadi besar satu hari nanti.

Friday, April 12, 2024

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes aku ini, aku akan guna pasang untuk merujuk kepada install


2. Aku jenis suka buka banyak skrin browser. jadi perkara kedua aku buat selepas pasang Centos ialah memasang pelayar. Ada beberapa jenis pelayar yang alku dah biasa guna antaranya, Vivaldi, Brave, LibreWolf, WaterFox dan Chromium. Aku cuba elak dari guna chrome kerana aku tak nak bantu Google melengkapkan profiling mereka 

3. So first aku pasang brave, kena buka terminal dan type arahan dibawah

    a. sudo dnf update - masukkan password perlu bila diminta

    b. sudo dnf install dnf-plugins-core

    c.

sudo dnf config-manager --add-repo https://brave-browser-rpm-release.s3.brave.com/x86_64/
d. sudo rpm --import https://brave-browser-rpm-release.s3.brave.com/brave-core.asc
e. sudo dnf install brave-browser 
 
4. Vivaldi
    1. pergi ke laman web vivaldi
    2. download versi rpm
    3. buka file dengan 'software instal' dan klik "install"
 
5 libre wolf
    a. sudo dnf config-manager --add-repo https://rpm.librewolf.net/librewolf-repo.repo 
   b. sudo dnf install librewolf
 
6 microsoft edge - muatturun microsft edge versi rpm dari laman microsoft  dan buka guna  software installer 
     
  

Pasang Minimize dan Maximize

 Aku jenis Windows oriented. Jadi aku tak leh bekerja dalam persekitaran gui yang tak ada minimize dan maximize button. Untuk menghidupkan maximize dan minimize button dalam Centos 9, perisian Gnome Tweak Perlu di pasang dan ubah setting setting Minimize dan maximize kepada enable!. so sekarang gui aku dah ada minimize dan maximize button.



Linuxu (CentOS)

Laman ini adalah dedikasi kepada Linux CentOS dalam bahasa melayu. Semoga ia berkembang. Sila komen untuk penambahbaikan. Ia dinamakan sebagai Linuxu (Linux Ku)

Hari ini hari raya aidilfitri ke tiga 1444H,  aku memulakan pemasangan Centos Stream 9. 

Wednesday, March 15, 2023

DIY1000 - Panasonic Water Pump

 

Haaaaaaa

kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada nampak tulis tu 0.9 bar. Yang coklat pulak namanya suis automatik. 

Apa guna 2 bende ni?


Yang coklat tu dia kesan pergerakkan air, bila ada air masuk sikit kat dalam, saluran hitam yang nampak sikit tu, lalu dia akan menghidupkan suis. Bila suis hidup, mesin akan sedup air dari tangki rumah masuk kedalam hp tank, lepas ditiup kuar sekuatnya, jadi air keluar dengan laju lah kat paip.


Sebenarnya tukar dua bende alah ni mudah sangat. Aku rasa kalau suruh tukang maunya terbang 150 upah sahaja. Harga yang besar tu aku beli yang ori kat shoppee RM65.60. Manakala yang coklat tu, RM44.80.  Harga itu dah termasuk kos penghantaran.


Masa buka tadi, memang ada air keluar dari HP tank. Jadi samalah dengan simpton yang ditunjukkan dalam video youtube tu. Manakala suis aku tak periksa detail. cuma aku assume suis pun rosak sama sebab engin dah senyap terus.

So selesai lah DIY1000.

Next, nak settle Phillip Iron pulak, tetiba je steam tak keluar!

Sunday, March 12, 2023

Panasonic Water Pump - DIY1000

Memang rumah aku ada masalah tekanan air, ini menyebabkan air megalir lesu keluar di muncung paip. Pelbagai cara tradisional dah di guna pakai, akhirnya, terpaksa jugak guna teknologi. 

Selepas survey beberapa kali dan tergoda dengan cerita cerita sedap disekeliling, aku pun membeli sebuah mesin pap air berjenis ntah hape hape. Sebabnya, mesin hitachi yang aku nak beli tidak menepati bajek yang aku ada (dibaca mahal) dan kata-kata salesman ni memang takleh kalah. 

Seperti yang disebut, mesin memang beroperasi dengan baik, tetapi ada sedikit bunyi bising yang dikeluarkan. Tapi bertabah je lah. dan ada baiknya jugak. Kenapa? sebab bila ada yang tak tutup paip, tutup tak rapat mesin ni akan berbunyi. Namun, kalau paip bocor sikit-sikit macam meleleh ia tetap akan berbunyi jugak (sebab paip tu belum masanya untuk di tukar)

Sekian lama, aku rasa dalam 3 tahun pakai, akhirnya mesin rosak dengan tiba-tiba. terus berhenti berfungsi begitu sahaja. Selepas disiasat, ditemui kelemahan mesin ini. Kenapa ia tidak berfungsi ialah kerana kipas nya rosak, patah dah tidak boleh berpusing langsung disebabkanm oleh seekor cicak yang berada di tempat yang salah. 

Kelemahan mesin ini ialah, kipasnya tidak ditutup dengan baik. Pada aku selalin bising dan tidak ditutup dengan baik. Semuanya ok.

Jadi rumah aku kembali kepada tekanan air rendah. Kami semua bahagia dengan air sebegitu. Asalkan boleh mandi. 

Tapi aku masih jugak suervey-survey untuk membeli mesin yang baru. Walaupun sudah bahagia dengan yang ada, kehidupan perlu melalui juga penambahbaikan. Justeru aku berkenan pada mesin panasonic A130 Jack. Sebab utama, dia ada cover yang tutup mesin dan ada banyak testimoni yang bagus.

Selepas guna setahun mesin ni pun bunyi berketak-ketak. Dan akhirnya berhenti terus. Bunyi tu macam dalam video mamat ni




Selepas aku kaji simpton-simpton pada video ini dan lain lain video, aku percaya, mesin rumah aku punyai 2 keroskan iaitu memula tangki tu bocor sebab tu bunyi berketuk ketuk. Bila dah lama main balun je pakai, penyakit dah berjangkit pada suis. Dan sekarang suisnya mati terus. Jadi aku dah beli 2 perkara tersebut. Kita tengok nanti, apa kesudahanya projek DIY1000 ini.



Saturday, March 11, 2023

Mesin Basuh Rosak

Sedang menonton youtube tentang lelaki lelaki dan perempuan perempuan pemberani yang membuat perjalanan solo merentasi negeri. Pertama, aku mengucapkan terimakasih kerana persembahan yang dipaparkan berjaya membina semangat baru dalam hidup aku.


Lantas aku teringat kepada blog theulek.blogspot.my ini yang pada asasnya aku bina kerana aku ingin bercerita menjadi penglipur lara kepada yang suka membaca.


Dan terpandang water inlet suis yang ada di depan mata yang baru aku tukarkan beberapa hari yang lepas. Bende alah tu, macam gambar kat bawah.


 
 Ada banyak perkara yang aku ingin DIY, sehinggakan dalam garage ada sebijik motor kapcai, yang DIY nya terhenti, matlamat dulu nak tukarkan moto tersebut kepada Exterim Cub. Tapi terbengkalai kerana tetiba banyak keje. 

Dalam sebulan yang lepas, pengawal valve tangki air rumah aku menunjukkan simpton kerosakkan. Macam mana tau? Simple je, tetiba ada air keluar dari saluran overflow tangki air. Itu tanda, valve dah nak rosak. Memula biasala dia keluar sikit sikit je.  Lama-lama dah makin banyak  macam bukak paip. Tapi aku rilek je lagi sebab fikir nak DIY.

Tapi sebelum sempat DIY, aku and family gi bercuti, jadi penyelesaian mudah ialah tutup je paip utama yang bawak air ke tangki. Jadilah boleh bercuti dengan riang ria.
 
Balik dari bercuti, aku pun membuka paip utama dengan senang hati. Namun setelah satu hari aku dapati, tiada air yang menitis  dari saluran overflow. Dan, berlaku tragedi air tak de. 
 
Rupa-rupanya paip utama itu ada masalah, iaitu walaupun dah dipulas buka tapi mekanisma kat dalamnya tak dibuka. Ini menyebab kami sekeluarga hanya menggunakan air tangki secara terus tanpa ada sumber air masuk dan tangki terus kering. Balik dari bercuti juga banyak baju yang perlu dibasuh, masalah bermula apabila air tangki yang semakin tiada masuk bersama daki daki air ke dalam mesin basuh. ini yang menyebabkan water inlet suis rosak. Ditambah pula dengan kod 4C yang dikeluarkan oleh mesin basuh.
 
Sebenarnya aku pernah mengalami kes yang sama satu waktu dulu ketika sebulan krisis air kerana kerosakan paip di sungai terengganu dulu. Namun ketika itu, mesin basuh masih under warranty, jd boleh contact samsung support then diorang uruskan tanpa bayaran sesen pun.
 
Jadi berdasarkan pengalaman yang sama, aku cuba call Samsung Support, tapi jawapan yang diterima ialah mesin sudah tamat waranti, jadi kena bayar sendiri. Kos upah sahaja ialah 150, belum masuk kos alat jika perlu.
 
Jadi aku pun buat kajian.
 
First aku menonton di YouTube video video yang berkaitan kerana aku nak kenalpasti cara buka mesin basuh dan cara tukar alat berkenaan. Yang kedua nak kenalpasti apa yang perlu dibeli dan di mana?
 
 Dan alhamdulillah, alat berkenaan mudah diperolehi di Shopee dan delivery pun semalaman sahaja. munkin kebetulan kooooot.
 
Esoknya terus bukak mesin basuh, walaupun mesin basuh berbeza, tapi DIY yang ditunjukkan dalam video yang ditonton, banyak membantu proses. ini
Selesai aje, terus paksa anak aku basuh baju.
 
Kos alat ni hanyalah 36.90.
 
Next projek ialah nak baiki Panasonic A130 yang tak mo hidup kat atas syiling tu.
 
Bai
 
 




Friday, August 19, 2022

Aku dan RXZ

 Baru berlangsung dua tiga hari lepas, RXZ Members 4.0. Tapi aku tak pergi pun, walaupun dekat dengan rumah aku. Aku mana ada lesen motor pun. Tapi jeles jugok tengok budok-budok bowok moto kesana ke sinun dengan bebasnya. Tetapi aku pernah memandu RXZ tanpa lesen sejauh 20KM kerana ingin mendapatkan nasihat seseorang.

Suatu ketika aku pernah bekerja di "Kilang Kacang". Kerja kat "kilang kachang" ni juga sebenarnya ada pengalaman ngeri. Aku cerita kemudian bab ngeri ni. Kalau rajin peringatkan aku.

Kerja kilang kachang ni sebenarnya gaji sangat murah. Lepasa diploma macam aku hanya dibayar RM500. Lebih kurang bayaran yang diterima ketika bekerja bawah SKIM UPEN. Tapi hidup perlu diteruskan. Walaupun gaji sikit, pandai-pandailah uruskan yang seciput tu supaya cukup. 

Justeru, sambil keje, sambil la aku mohon keje kat tempat lain. Nak jadi cerita dapatlah tawaran dari TNB. Tapi, yang tak bestnya, lokasi pekerjaan tersebut ialah KL. Aku pulak, selain dari kampus UPM, Puduraya dan Hentian Putra (dah pupus sekarang) lain-lain tempat aku tak into sangat. Masa aku belajar hari tu, aku belajar sungguh-sungguh sehingga tak ada masa nak merayau-rayau kenal tempat orang.

Kebetulan kat kilang kachang ni ada seorang staf pompuan, beritahu ayah dia pun keje TNB. Jadi pemikiran singkat aku, aku perlu jumpa ayah budak ni, untuk dapatkan sedikit nasihat berkenaan kerja di HQ TNB.

Jaman dulu-dulu, yang ada hanya perkhidmatan bas sahaja. Itu pun melalui jalan-jalan dan laluan tertentu sahaja. Untuk aku bergerak dari kilang kachang ke rumah pakcik ni, maunya perlu naik turun 2 3 bas.  Satu hal lagi. Kalau sampai kat kampung pakcik ni, aku kena menapak lagi masuk ke dalam kampung. Jadi aku singkirkan pilihan untuk naik bas.

Pada masa yang sama, aku mesti tunjukkan mancho pada pakcik yang aku nak jumpa ni. Cara paling best untuk untuk mancho mestilah ada kenderaan sendiri. Aku tiada pilihan lain lagi. Teksi memang tidak masuk akal pada ketika itu.

Ada seorang kawan punyai sebuah RXZ, dan dia seorang budak yang baik. Aku memula pikir, nak suruh dia hantar je, tapi kebetulan dia sibuk pulak. Dan aku tak kenal pula sesiapa yang lain yang mempunyai motor untuk dipinjamkan. Jadi setelah berbincang panjang dengan kawan ini, aku dapat green-light dengan mudah. Tapi masalahnya aku tiada lesen dan perlu memandu sendiri jentera RXZ itu.

Setelah berfikir-fikir tentang jalan yang selamat untuk dilalui, akhirnya satu laluan telah dikenal pasti ialah laluan tok adis - pasir panjang. Pada masa tu, jalan tok adis bukanlah seperti hari ini. Ia hanya lorong short-cut muat motorsikal untuk sesiapa merentas dari kuala ibai ke jalan pasir panjang. Setelah diteliti sebaik mungkin aku pun mengambil motor RXZ yang berwarna kuning tersebut dan memulakan perjalanan seperti yang dirancang.

Dari Kilang Kachang, aku keluar ke jalan utama Kuala Terengganu Dungun, tapi menuju ke Kuala Terengganu dan merentasi Jambatan Kuala Ibai dan seterusnya masuk ke kiri di simpang empat kuala ibai meneruskan perjalanan ke laluan tok adis - pasir panjang. Alhamdulillah semua itu berjaya direntasi dengan selamat. Dan aku kini sudah berada di jalan utama pasir-panjang kuala terengganu. Oleh keraba keyakinan siri sudah meningkat, kereta pulak tak banyak atas jalan, Aku pun mula nak menguji jentera RXZ berwarna kuning ini. AKu pun memulas minyak dengan lebih banyak dan merasa kehebatan jentera ini yang memecut dengan laju. Aku menikmati kelajuan tahap tinggi tersebut dengan gembira dan senang hati. Keadaan jalan yang lengang menambahkan lagi rasa syok mengemudi jentera ini. Tiba-tiba se ekor lembu cuba melintas jalan. Aku mengambil endah tak endah, dengan andaian aku akan berjaya melepasi lembu tersebut, aku terus memulas minyak supaya lebih pantas. Namun, kejayaan yang aku inginkan dibatasi oleh sebuah kereta yang menderum di lorong yang berlawanan, jadi aku tak boleh masuk ke lorong berkenaan untuk mengelakkan lembu yang bergerak seperti lembu itu. Terpakasalah aku menarik brek tangan dan menekan brek kaki serapatnya. Perbuatan ini mengundang padah yang lebih hebat yang mana, motor telah sendiri mewikangkan (wheelie tayar belakang) dirinya. Dalam keadaan tersbut, aku masih lagi bertenang mengawal diri dan jentera. Aku tergelongsor ke atas tanggki, tapi tidak balas pantas, motor betul berhenti didepan lembu, dan tayr belakang kembali jatuh sperti biasa. Aku terselamat dari kemalangan yang mungkin mengharukan. 

Selepas si lembu berlaku pergi, aku mula membetulkan semula niat dan hasrat dan menetapkan keselamatan adsalah perkara yang perlu diutamakan. Aku menyambung perjalanan dengan gerakan seadanya dan tiba di rumah pak cik berkenaan. Selepas berbual panjang sambil-sambil minum makan jemput pisang. Aku kembali memandu untuk pulang. Jalan yang sama aku lalui sehingga aku sampai ke rumah dengan mod utamakan keselamatan dihidupkan.


Alhamdulillah, Terimakasih Dani kerana bagi aku pinjam motor. Dan terimakasih pak cik kerana bagi nasihat yang sangat berguna. Sampai sekarang aku masih lagi baik dengan pakcik ni kerana dia dah jadi bapak mertua aku! 







 

 


Saturday, July 30, 2022

Di Garis ini


di garis ini
aku masih keliru
antara tipu dunia
dan dunia tipu tipu
campur adukan
antara realiti dan fantasi
sedangkan garis ini
sudah dekat dengan titik silang




Monday, July 25, 2022

Sayangilah Bumi Kita

 Bumi adalah sebuah planet yang satu-satunya mempunyai kehidupan. Planet-planet lain yang ditemui tidak mempunyai apa-apa melainkan tandus dan gersang. Malangnya, kita tidak pernah sayang dengan apa yang dekat dengan kita. Kita hanya merindui yang jauh. Sedangkan yang dekat di abaikan.

Planet Bumi sedang beransur-ansur mati! Jika melihat pada  usianya, ia sudah lama mati. Walaupun hidup, namun, kehidupan sudah tidak seperti sebelumnya. Perubahan-perubahan demi perubahan kian terasa, bumi yang nyaman sudah dikatakan mulai membahang. Suhu naik tinggi, hujan turun tanpa tanda. Adakah bumi sudah nyanyuk.

Mencari siapa yang salah bukan penyelesaian tetapi membelanya agar lebih baik adalah keutamaan.




Sunday, July 24, 2022

Yang Bertakhta Akhirnya

Kehidupan kita penuh dengan kompeksiti. Banyak perkara tidak terduga boleh berlaku. Tiba-tiba aku ingin menjadi pejuang kemanusiaan. Aku ingin jadikan dunia ini indah untuk semua orang. Tetapi, bak kata tuan guru, sedekah bukan hanya dengan wang ringgit tetapi boleh jadi dengan ingatan tentang perkara baik-baik, boleh jadi sebuah ucapan yang menginsafkan.





Sunday, July 03, 2022

Impian Zaman Budak

 Zaman budak-budak adalah zaman yang punyai keseronokan tersendiri. Semua perkara yang terlintas boleh dibuat. Tiada malu tiada segan. Semua perkara boleh dicuba walau hentam keromo. Sekarang aku punyai 2 gitar kerana itu antara perkara yang aku tak dapat buat masa kecik. Bukan reti main pun, sekadar memenuhi impian zaman budak-budak.





Thursday, March 17, 2022

Kisah Awang

Awang adalah salah seorang anak urang ulu yang tinggal di asrama sekolah. Awang budak baik. Setiap kali musim buah-buahan, banyak buah yang dibawa awang masuk ke asrama. Kadang-kadang seguni, kadang-kadang 2 guni. Bayangkan usaha awang untuk membawa guni tersebut yang berisi buah-buahan tempatan masuk ke asrama dari kampung. Bermacam jenis buah ada dalam guni awang. Daripada durian, rambutan, manggis, salak dan banyak lagi.Rakan-rakan satu dorm dengan awang pasti akan gembira pada hari tersebut. Dapat makan buah-buahan percuma dari awang. awang mungkin anak vip di kampung mereka.  

Satu malam, awang kantoi. Aku sendiri tidak percaya awang melakukan perkara itu. Gaya awang bukan orang susah. Awang tidak pernah bermuka sedih Awang memang jenis happy-go-lucky. Situasi ini amat memeningkan kepala aku untuk menerima bahawa awang mencuri.

Aku tidak tahu macam mana awang kantoi atau disabitkan dengan kesalahan tersebut. Awang didapati mencuri duit RM20 milik seseorang. Justeru awang dihukum. Selepas lampu asrama ditutup. Awang dipakaikan tuala, tubuh tidak berbaju dan dibawa mandi. Selepas mandi, awang diminta berdiri di atas kerusi yang diletak di bawah kipas. Dan awang berdiri disitu hingga 4 pagi!

Kisah ini hanya tauladan. Mungkin awang bersalah dan mungkin awang tidak bersalah. Mungkin penghukumnya bersalah dan mungkin penegak hukum itu tidak bersalah. Mungkin penuduh yang bersalah mungkin juga penuduh tidak bersalah. Sesiapa pun tidak harus membuat salah walaupun sebesar zarah!

Kisah ini adalah kisah benar yang di fiksyenkan dengan tambahan bagi menyedapkan cerita.:D


Saturday, March 12, 2022

Pernah Satu April Fool

Aku percaya satu waktu dulu adalah zaman yang penuh kebidaahan. Pernah suatu waktu, aku tidak ingat ketika tingkatan berapa. Tapi aku percaya kejadian ini berlaku ketika aku tingkatan 1. Kenapa? Sebab ketika di tingkatan 2 ada perkara lain yang aku lebih takutkan dan kehidupan seperti tiada keceriaan. Aku ceritakan perkara ini pada waktu yang lain. 

Pada tahun tersebut, sketsa April Fool saban hari dibualkan oleh pelajar-pelajar senior. Dengan perbuatan-perbuatan khianat yang bagi mereka melucukan diceritakan, diperingatkan saban hari. Semakin hampir dengan tarikh berkenaan, semakin banyak kisah-kisah yang diwatakkan lucu diceritakan.

Pada hari kejadian, selepas solat isyak di surau. Beberapa agenda yang menjurus ke April Fool telah mula menunjukkan aksinya. Keadaan asrama hiruk pikuk dengan gelak ketawa. Yang lemah, tidak mampu menahan dirilah yang selalu menerima dan menjadi bahan April Fool. Tapi malam masih awal belum pun Jam 12 Malam, waktu tepat untuk April Fool.

Sebagai pelajar tingkatan 1 yang serba tak tahu, aku merasakan sudah pasti akan menjadi bahan lawak malam itu. Justeru, dengan seorang kawan, kami berjalan ke bangunan akademik dengan alasan study dan lari dari hiruk pikuk malam 1 April. 

Selepas merayau-rayau di dalam kawasan/bangunan sekolah kami temui kotak gimnastik macam gambar bawah tu. Kami masuk ke dalam dan tido sehingga 2 pagi!



Tuesday, March 01, 2022

Naik Kelas Menengah

 Peralihan ke sekolah menengah bukan suatu perkara yang besar di dalam jiwa seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun. Mungkin ya kepada orang orang lain yang sebaya yang akil baligh terlebih dahulu. Tidak pada aku yang masih belum mimpi basah. 

Ketika itu hanya 2 sekolah yang berprestij yang menjadi pilihan: MRSM dan Sekolah Sains. Selain dari kriteria prestij, aku tidak pasti apakah ciri-ciri lain yang menjadi ukuran untuk  memasang matlamat memilih sekolah tersebut. Tetapi aku dari awal sudah tersingki dan hasrat untuk memilih pun sudah boleh diketepikan.

Pilihan yang seterusnya ialah sekolah berasrama harian. Ketika itu ada dua sekolah yang menjadi sebutan, iaitu sekolah ibrahim fikri (SIF) dan sekolah agama. Sekolah agama memang bukan impian aku, kerana aku tidak cukup baik untuk masuk sekolah agama. Tentang SIF, sebenarnya banyak yang aku tidak tahu tentang kelebihan sekolah ini. Apabila ditanya kawan-kawan yang memiih sekolah ini, jawapan yang aku simpulkan ialah berkait dengan lokasi sekolah yang dikatakan berada di kawasan bandar. Tapi semua itu tidak menarik minat aku.

Tetapi persoalan utama yang masih belum terjawab ialah kenapa harus memilih sekolah diluar dari kawasan aku sendiri, sedangkan kawasan aku ini sudah mempunyai sekolah yang tersegam indah di tepi jalan utama. Beberapa kilometer dari kampung aku. Dan sekolah ini sebenarnya automatik menjadi pilihan ke tiga. Ya sekolah ini sangat terkenal ketika itu. Cikgu-cikgu sedaya mungkin untuk tidak dihantar kesini. Bahkan ajakan guru bertumbuk adalah perkara lumrah ketika itu. Itulah cerita-cerita yang didengari dan di bawa oleh mulut ke mulut.

Ironinya, itulah sekolah menengah pertama yang aku masuki. Dan cerita-cerita yang berlegar-legar hanyalah cerita-cerita orang-orang yang kalah perang yang tidak mahu dilupakan oleh zaman.

 

Barisan cikgu-cikgu yang mengajar masa sekolah rendah! Semoga mereka semua dalam rohmat Allah.


 

 

 

 

 

Thursday, February 24, 2022

Suatu yang pernah

 Sememangnya sekolah menengan tengku intan zaharah(SMTIZ) banyak mencorakkan aku pada hari ini. Suatu yang pernah ialah aku dibuli, musim april fool menjadi-jadi, hantu-hantu yang juga bermusim. Ragam tinggal di asrama pasti akan bertemu kumpulan putih dan kumpulan hitam dikalangan penghuni sendiri.Anasir luar juga cuba menduga, ilmu hitam bertelanjang bulat.

Asrama harian tidak seperti asrama penuh, setiap jumaat kami berjalan kaki berjumaat lebih kurang 2 kilometer, tiada bas disediakan! Bahkan boleh memilih untuk ke masjid yang lebih jauh. Bagusnya asrama harian boleh keluar masuk sesuka hati. Pernah aku terpaksa menyamar menjadi Shamsudin Ali kerana akal waras ingin menyembunyikan identiti diri.

Bahkan ketika pulang ke kampung juga tidak dijemput seperti mereka yang berada, Berjalan kaki sebelum subuh dalam kumpulan besar kerana akan melalui jalan yang sama. Peristiwa jatuh longkang sedalam 7 kaki, Pasti ketawa teringat peristiwa itu.

Walau dibuli oleh seorang senior, ada juga yang istimewa dengan senior-senior lain. Bersama-sama mentelaah dengan lampu koridor, aku untuk SRP mereka untuk STPM. Dan lebih manis bertemu mereka di UPM menyambung ke peringkat yang lebih tinggi!

Teringat juga rakan-rakan dari darat dengan budaya yang berbeza. Budaya dan tingkah laku yang kelihatan pelik pada mata aku. Perangai yang berbeza-beza, ada yang tidak mahu mandi, ada yang tidak pernah basuh baju sendiri. Banyak sangat ragamnya. Bahkan rakan-rakan dari negeri borneo juga membawa resam yang berbeza. Di mana mereka sekarang?

Inilah suatu yang pernah! 

  

Sunday, February 20, 2022

Pernah Di Satu Malam Minggu

Suatu waktu dulu, ketika menginap di asrama harian SMTIZ, malam minggu (aku tak ingat malam jumaat atau sabtu) kami dibenarkan untuk keluar dari kawasan sekolah.

Sebuah kedai di hadapan sekolah menjadi tumpuan ramai ketika itu. Aku rasa itu sahaja kedai yang tercapai oleh derap kaki. Yang lain pun ada, tapi boleh menyebabkan seliuh dan haus pada tekak dan tapak kasut.

Menu utama dikedai itu ialah meggi. Ya, meggi yang sama rasanya dengan yang  kita makan pada hari ini. Tiada yang berubah, rasanya, bungkusan kuning  dan  pintalan meenya. Kalau ada yang berubah mungkin hiasan pada plastik yang diubah mengikut kehendak selera generasi sekarang.

Meggi dikedai itu ada tiga darjat. Darjat terendah ialah Meggi 0. Harganya ketika itu 50sen semangkuk. Walau darjat terendah, tapi ramai yang memilih meggi ini. Mungkin sekadar untuk mengisi ruang yang ada dan tidak dilihat berpoya-poya dikedai secara percuma sambil menonton TV yang menayangkan cerita dari video dek. Aku tak ingat darjat-darjat seterusnya. Tapi aku selalu makan Meggi dengan telo dan sawi. Sudah tentu ini adalah darjat meggi yang tertinggi. 

Bagi aku makan di kedai ini pada malam minggu bukan sahaja untuk mencari kelainan, tetapi ia juga adalah motivasi. Tuan kedai selalu bertanya aku di tingkatan berapa. Setiap kali aku datang, itulah soalan yang akan ditanyakan. Mungkin itu antara set soalan yang dia sudah sediakan untuk pelanggan kedai. Apabila aku menyatakan usia ku, lantas dia berkata anaknya adalah sebaya dengan ku. Dan terus menyambung anak kini bersekolah di MRSM. Itulah motivasi kepada aku sebenarnya. Setiap malam minggu, keinginan ke sekolah yang sama sentiasa di perbaharui oleh cerita si pembuat meggi! 

Gambar meggi di atas aku ambil ketika makan di Sabasun tengahari tadi (20022022), melihat gambar ini aku teringat tentang meggi yang aku makan suatu ketika dahulu.Meggi darjat kayangan.

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...