Setiap kali kita berusan di kaunter terutamanya kaunter bank, pejabat pos atau pendek kata kaunter-kaunter yang melibatkan entiti wang sudah pasti kita akan mengadap kerani kaunter, manakala kerani kaunter akan mengadap komputer. Kita jarang sekali dapat melihat ke komputer untuk melihat apa yang dilakukan oleh kerani kaunter.
Semenjak dua menjak ini, banyak kes kehilangan wang dari buku akaun. Tetapi tidak pernah didengari kerani bank dituduh mengambilnya. Aku cuma merasa sedikit was-was dengan kerani bank zaman sekarang. Ada sesetengah mangsa yang kehilangan wang tidak pernah menggunakan internet, akuan perbankan internet pun tak ada. tetapi wang tetap hilang.
jadi alasan untuk mengatakan wang mereka di curi di internet adalah tidak munasabah sama sekali. Orang yang paling dekat dengan mereka ialah kerani kaunter yang menguruskan keluar masuk wang mereka dengan menggunakan sistem komputer.
Kalaulah ketika borang kemasukkan wang diberikan oleh pelanggan, tetapi kerani akaun cuma mencetakkan dummy dikertas tersebut, pelanggan tetap akan pulang dengan senang hati kerana kepercayaan telah diletakkan kepada juruwang yang bertugas. Malang lagi jika, deposit yang dimasukkan disonglap dan transaksi pengeluaran wang pula di lakukan. Sudah batuk ditimpa tangga jawapannya. Perkara ini hanya disedari setelah sebulan dua kemasukkan tersebut dan salinan resit pulak hilang. Nak report ke polis pun dah macam tak de kes kerana tak de bukti yang kukuh
Dunia hari ini, memungkinkan segalanya boleh berlaku. Kekangan ekonomi, desakan kehidupan membolehkan perkara ini terjadi. Elok juga kalau kaunter dapat menunjukkan apa yang berlaku di komputer juruwang.
Eloklah berurusan di mesin, mesin tak pandai menipu!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Tuesday, September 08, 2009
Saturday, September 05, 2009
Siapa Lebih Mulia?
Nasrani berkata "Aku bersyukur kepada Allah walaupun sebagai Nasrani kerana Nasrani lebih mulia dari Majusi"
Majusi pula berkata "Aku juga merasa amat syukur kepada Allah, walaupun dilahirkan sebagai Majusi, tetapi aku masih lebih mulia dari orang kafir"
Kafir pula berkata "Aku juga bersyukur kepada Allah walaupun kafir kerana ia lebih mulia dari seekor anjing"
Anjing pula berkata "Aku juga bersyukur walaupun sebagai seekor anjing kerana aku lebih mulia dari seekor babi"
Babi pula berkata "Aku juga bersyukur walaupun sebagai seekor babi kerana aku lebih mulia dari orang yang tidak solat"
***
Siapa yang kafir?
Siapa yang lebih mulia?

Aku dan Linux
Aku tidak pernah membenci Linux. Walaupun aku menggunakan Window, hati ku masih pada Linux. Ada sesuatu pada Linux yang sangat istimewa. Aku dapat rasa keistimewaan itu. Malangnya, aku gagal mentafsirkan keistimewaan itu lantas mencampakkan Linux ke sisi.
Akhirnya aku berpijak di bumi nyata. Aku dan linux mana mungkin dipisahkan. Aku dan linux ibarat irama dan lagu, seperti laila dan majnun. Tiada salah satu pasangan, akan mengundang kecewa dihati jawapannya.
Dan kembali aku mengutip Linux di tempat ia tercampak. Kali ini, aku akan menjaganya dengan baik, mendalaminya agar aku dapat fahami keistimewaan yang tersirat itu. Hingga aku jadi orang alim linux.

Thursday, September 03, 2009
Mencari Seorang Isteri
Kata filosof :
Alu tidak inginkan wanita yang cantik kerana nanti orang lain akan memburunya.
Aku juga tidak inginkan wanita yang hodoh supaya hatiku tidak merasa meluat dan benci.
Aku tidak inginkan perempuan yang pendek kerana nanti aku akan terpaksa menundukkan kepalaku kepadanya.
Aku tidak mahukan wanita yang gemuk kerana nanti akan tersekat kepadaku hembusan bayu
Aku juga tidak mahukan wanita yang ramping kerana nanti aku akan mencintainya dalam khayalanku.
Aku tidak mahu yang putih seperti lilin dan hitam seperti bayang-bayang.
Aku tidak mahu wanita yang bodoh yang tidak memahamiku.
Aku juga tidak mahu yang terpelajar yang bertikam lidah denganku
Aku tidak mahu yang kaya yang berkata ini harta aku, itu milik aku
Aku juga tidak mahu yang fakir yang akan membuat anak-anak ku bernasib malang

Wednesday, September 02, 2009
Buku Kedua Tahun Ini
Aku berjaya menghabiskan sebuah buku yang bertajuk Rahsia 7. Di dalam buku ini dihuraikan rahsia 7 hari di mana diceritakan 7 peristiwa besar bagi setiap hari tersebut.
Beberapa orang yahudi mengadap Rasulullah dan berkata " Ya, Muhammad, ceritakanlah kepada kami apa yang telah diciptakan Allah pada hari-hari dalam seminggu?"
Rasulullah S.A.W menjawab " Pada Hari Ahad, Allah menciptakan langit dan bumi, Pada hari isnin, Allah menciptakan gunung-ganang. Pada hari selasa, Allah menciptakan bintang. Pada hari rabu, Allah menciptakan cahaya. Pada hari khamis Allah menciptakan syurga dan neraka, Pada hari jumaat Allah menciptakan Adam dan Hawa"
Orang yahudi itu berkata " baginda benar, apabila baginda sempurnakan jawapan tersebut".
Rasulullah bertanya " Apakah kesempurnaan itu?"
Yahudi menjawab "Ketika Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi, maka Ia duduk bersandar dengan menyilangkan kedua-dua kakinya dan beristirehat, dan itu terjadi pada hari sabtu. Itulah sebabnya kami jadikan hari sabtu sebagai hari raya kami dan kami berehat pada hari itu"
Mendengar perkataan yahudi , Rasulullah sangat kecewa. Maka Allah pun menurunkan wahyu.
" Dan sesungguhnya kami telah ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa dan kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan " - Qaaf:38)
-------------------------
Aku berkata dalam hati, yahudilah punca semua kerosakkan di muka bumi. Pandai mereka hanyalah untuk menunjukkan keupayaan mereka menandingi kuasa Allah

Tuesday, September 01, 2009
Bulan Makan
Bulan puasa ialah bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga, dan menahan nafsu serakah dari bermaharajalela dalam diri, ia termasuklah menahan zina mata, perbuatan atau mendengar yang tak elok. Pendek kata, lebih baik tido kalau berperasan membuat perkara-perkara lagho begitu.
Bulan puasa juga ialah bulan makan, selain dari jejak rasul yang aku selalu miss, yang menceritakan hal-hal sejarah berkaitan agama tiada cerita lain untuk mengimarahkan bulan pose selain dari citer makan.
cerita masak memasak adalah agenda utama kebanyakkan TV di dalam bulan poser ini. Tengoklah TV apa pun, agenda utama dibulan puasa ini ditumpukan kepada aktiviti makan. Selain dari memaparkan cara memasak yang sudah pasti untuk dimakan, ada juga stesyen yang menunjukkan orang meronda ke pasar-pasar untuk mencari makanan, dan sudah pasti juga untuk makan. Ditambah pula dengan iklan-iklan produk tertentu yang menggunakan latar belakang berbuka puasa sebagai alat mereka menyampaikan propaganda masing-masing. Dan sudah tentu ini juga untuk makan.
Ironiknya dengan nama bulan puasa.

Matematik mudah
satu campur dengan satu, jawapannya ialah dua. jika satu tidak dicampurkan dengan satu, maka tiada penambahan dalam hasil tambahnya. itu juga bermaksud, kalau satu dicampurkan dengan satu dan jawapannya adalah dua, maka ada penambahan dalam hasil tambah tersebut, iaitu peningkatan dari satu kepada dua.
itu pun tak faham ke?
itu pun tak faham ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...