Tuesday, November 03, 2009

Silat Kura-Kura

Sudah lama aku tidak bersosial seperti ini. Menyahut jemputan seorang YB. Aku pergi ke rumah terbuka di hujung-hujung syawal di rumah beliau. Enaknya, bukan sahaja disajikan dengan hidangan, bahkan juga dengan halwa mata dan telinga juga hati!



aku teringat kata-kata Dr James Gosling pencipta java, "Keluarlah, Bnayak yang menarik diluar sana!"

Monday, November 02, 2009

Pok Bong

Apakah Pok Bong? Sejenis kereta kebal atau sejenis buah yang sedap di makan? Kedua-duanya salah. Pok bong ialah seekor binatang yang matanya seperti musang, ekornya seperti musang, mulutnya seperti musang, kakinya seperti musang. Pendek kata semuanya seperti musang, tetapi beliau ini bukan musang tetapi beliau adalah Pok Bong.

Apa yang sangat special tentang Pok Bong? Sepanjang pengalaman aku terlibat dalam arena kepokbongan, satu-satunya kesitimewaan Pok Bong ialah namanya. Ini kerana namanya sahaja sudah boleh mengecutkan perut budak kecik. Itulah yang paling dihairankan. Jika disebut saja, Pok Bong akan datang mengigit, sudah kecut perut budak dibuatnya. Sedangkan, kebrutalan Pok Bong tidak disebut pun. Tidak diulas langsung tentang keganasan Pok Bong. Hanya perlu menyebut namanya dalam nada mengusik sudah cukup mengerikan!

Aku tidak tahu, sejak bila binatang Pok Bong mula digunakan untuk mengusik budak-budak. Dan aku sendiri tidak pernah melihat binatang Pok Bong ini. Apakah binatang ini masih lagi ada atau hanya tinggal nama sahaja.

Malangnya, nama Pok Bong hanya menakutkan kanak-kanak kecil sahaja. Bila mereka sudah sedikit besar, mereka sudah tidak takut dan bimbang lagi. Akhirnya mereka mengakui, Pok Bong hanyalah ilusi yang menakutkan.

Tapi Pok Bong tetap hebat sebuah propaganda yang sangat hebat!


Friday, October 30, 2009

Window dan Linux

Beberapa lama aku cuba untuk mentafsirkan apa sebenarnya alasan yang membuatkan aku memilih Windows berbanding Linux dari sudut seorang pengguna biasa. Aku cuba mentafsirkan dari sudut persamaan dan perbezaan di antara kedua-duanya. Pada pandangan aku dari sudut orang biasa kedua-duanya adalah sama. Tetapi yang tersirat ialah Linux dilihat lebih susah kerana ia memerlukan "screen hitam" yang perlu dikuasai arahannya. Tetapi yang sebenarnya, untuk menjadi orang biasa, tak perlu memikirkan tentang "screen hitam" tersebut kerana semuanya yang ditaip di screen telah pun mempunyai bentuk grafikal masing-masing yang tersendiri. "screen hitam" adalah senjata otai-otai untuk menunjukkan tahap kepakaran masing-masing.

Aku melihat dari sudut susah dan senang kedua-duanya. Akhirnya dari pandangan orang biasa aku dapati ada sedikit kesusahan, dimana menu-menu yang ditulis tidak sama dengan menu-menu yang dilihat di window. inilah yang dikatakan sebagai kesusahan.

Tapi akhirnya aku dapati sebab sebenar yang menyebabkan linux tidak di pilih di kalangan orang biasa ialah kerana ketidakbiasaan samada dengan cara dan juga grafikal yang dipersembahkan.

Tapi kata orang "alah biasa tegal biasa"! Akhirnya aku mulai menyukai Ubuntu!

Install Lamp on Ubuntu 9.04

Step 1: Install apache 2
sudo apt-get install apache2


step 2: install php
sudo apt-get install php5 libapache2-mod-php5


step3: install mysql
sudo apt-get install mysql-server

step 4: install phpmyadmin
sudo apt-get install libapache2-mod-auth-mysql php5-mysql phpmyadmin

Wednesday, October 28, 2009

Misi Seorang Kawan

Jika dulu aku pernah bercerita tentang kawan kepada ayah ku yang sangat bercita-cita besar. Kata dia "Aku ingin belajar sehingga tiada apa lagi yang hendak di pelajari". Sekarang dia adalah seorang pemegang PhD .

Aku temui seorang kawan lama yang juga bercita-cita tinggi sama seperti pakcik di atas. Tetapi, selari dengan zaman yang berubah, impian dan juga cita-cita turut berubah.

Kawan aku selalu berkata "Dalam apa-apa projek sekurang-kurangnya dapat beli helikopter jadilah!" Itulah kata-kata beliau yang amat mengujakan. Aku cukup tertarik dengan falsafah beliau.

Aku simpulkan, kalau hendak bercita-cita, biarlah bercita-cita besar. Dan aku teringat sebuah cerita berkenaan Luqman Nur Hakim dengan anaknya. Beliau bertanya pada anaknya "Apa kau mahu jadi bila dewasa nanti?". Anaknya berkata "Aku mahu menjadi seorang hakim seperti ayah".

Luqman berkata "Melalui pengalaman ku, kau tidak akan berjaya menjadi seorang hakim kerana satu waktu dulu cita-cita ku ialah hendak menjadi seorang raja"

Rumah Ku Di Lereng Bukit


Aku tidak mahu rumah yang besar yang buat aku letih berjalan disemua sudut di dalamnya. Dan mungkin membiarkan satu sudut yang tidak pernah aku jejaki begitu sahaja. Dan aku juga tidak mahu rumah yang kecil yang sudah pasti tidak dapat memuatkan kami sekeluarga.

Aku mahu rumah dengan ruang tamu yang besar, supaya bila ada tahlil atau apa-apa majlis keugamaan, ramai dapat turut serta nanti. Dan aku mahu sebuah ruang keluarga yang tidak besar dan tidak kecil untuk anak-anak ku. Bila mereka dewasa nanti nanti, mereka akan meninggalkan aku dan membina ruang keluarga mereka sendiri meninggalkan aku terkulat-kulat bersama dia. Itu pun jika aku atau pun dia diperpanjangkan umurnya.

Setelah dirujuk-rujuk pada surat khabar, buku-buku, dan internet. Inilah ruang yang aku perolehi di sebuah tanah dilereng bukit yang sudah semakin tiada di makan jentera pengambil tanah.

Tuesday, October 27, 2009

Emas II

Harga emas hari ini merundum terus kepada RM2488.00 untuk 20 gram. Cuba kira berapa banyak aku dah rugi.

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...