Thursday, November 19, 2009

Amanah Saham 2020

Semalam dapat report terkini amanah saham 2020 untuk tahun berakhir 31/08/2009. Duit tak de lah banyak, cuma 1379.52 sahaja. dengan bonus 6.3%, aku berjaya memperolehi 86.91 untuk tahun 2009. Terfikir dalam kepala, untuk "forecast" sehingga 2020 berapa banyak duit yang akan aku dapat nanti. hehehehe.


Berdasarkan kepada purata dividen 2007(8%), 2008(7%), 2009(6.3%), aku anggarkan perolehan sehingga 2020 ialah

2010 - 1466.43 (5.8) - 85.05
2011 - 1551.48 (6.3) - 97.74
2012 - 1649.22 (6.5) - 107.20
2013 - 1756.42 (6.9) - 121.19
2014 - 1877.61 (7.2) - 135.19
2015 - 2012.80 (7.8) - 157.00
2016 - 2169.80 (6.7) - 145.38
2017 - 2315.18 (6.0) - 138.91
2018 - 2454.09 (5.7) - 139.88
2019 - 2593.97 (5.5) - 142.67
2020 - 2736.64

Oleh sebab itu, pada anggaran aku, di tahun berakhir 31/8/2020 aku akan ada sebanyak RM2736.64 dalam ASW2020 tanpa membuat apa-apa deposit. he he he he he.

Wednesday, November 18, 2009

Perempuan I

Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin..

lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan

Adakala mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang

Adakala mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanja

Adakala mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya

Namun perempuan adalah
teman kembara dalam kehidupan
yang sementara ini
bahagia dan derita berkait dengan mereka..



* diambil dari mailbox oleh seorang professor

Saturday, November 14, 2009

Pantai Tok Jembal Ku Akan Hilang

1. Melalui jalan sepanjang pantai Tok Jembal, aku melihat kerosakkan yang dilakukan oleh alam. Pokok-pokok rhu bergelimpangan kerana pasirnya dikikis oleh ombak. Dan, jaraknya semakin menghimpit ke jalanraya. Pasti suatu masa pantai yang indah dan cantik ini hanya akan tinggal nama!.

2. Mudahnya untuk menyalahkan alam yang merosakkan persekitaran kita. Sedangkan yang sebenarnya inilah harga sebuah pembangunan. Aku teringat kalam ayat-ayat Allah yang bermaksud ".. dan tangan manusia lah yang melakukan kerosakkan di muka bumi".

3. Ketika ramai manusia yang berkumpul disitu pada setiap hari minggu, bersosial bersama keluarga kawan dan teman, menghirup udara segar. Di manakah suara-suara menentang atau memohon agar kerosakkan yang disebabkan oleh kita ini diperbaiki atau ditahan supaya tidak berlanjutan. Sedangkan ia dekat dengan menara ilmu yang didalamnya ramai ilmuwan dalam bidang berkaitan dan selalu menyuarakan perlindungan pada alam sekitar.

4. Aku hanya mampu berdoa agar suatu hari Karam Singh Walia akan tersinggah disini.

Wednesday, November 11, 2009

Aku Dan komputer

Tiba-tiba, laptop dell yang masih tiada nama ini (laptop pertama ku dulu dinamakan sebagai Clara, yang kini hanya tinggal kenangan dan serpihan yang tidak terusik di dalam rak kasut) kekurangan ruang untuk menyimpan maklumat. Aku tidak tahu apa yang aku isi sebenarnya. Mengapa hard disk yang bersaiz 160gb itu masih tidak muat untuk aku melakukan aktiviti pengkomputeran.

Berbalik kepada nama laptop tadi, sudah lama aku menggunakan "mancishead" sebagai nama domainnnya. Cuma aku tidak berniat untuk jadikan ia sebagai nama laptop ini. Tetapi sedangkalnya inilah nama laptop aku sepatutnya.

Sebenarnya aku ada alasan untuk ini semua. Hard Disk ini telah dibahagi kepada tiga. Satu bersaiz 97gb, 43gb dan 20GB. Ruang bersaiz 97gb digunakan untuk windows XP. Ruang 43 digunakan untuk Linux dan ruang 20gb digunakan untuk simpanan. Setelah sekian lama menggunakan Linux, aku mula sebati dengannya dan seronok. Tetapi ada tugasan yang selesa dilakukan dengan menggunakan Windows XP terutamanya Office. Jadi aku terpaksa switch sekeajp Linux dan sekejap Window XP. Perbuatan ini amat merugikan kerana ada watu menunggu di situ. Waktu menunggu yang agak lama kerana laptop aku ini tidak selaju roket. Setelah sekian lama menggunakan dalam keadaan sebegitu, aku mula mencari kaedah yang lebih mudah, kali ini aku menggunakan Window XP di dalam VirtualBox. So, masa menunggu dikurangkan dengan jayanya. Tetapi ada sedikit pembaziran kerana mancishead kini mempunyai dua window xp dan satu daripadanya adalah idle. Dan yang idle inilah mempunyai ruang cakera yang besar. Itulah kerugian kedua yang aku alami sekarang ini.

Aku mula seronok dengan keadaan ini sehingga aku melupakan ruang yang idle itu. Kerja- kerja seharian membUatkan aku perlu menggunakan visual basic dan visua studio 2008. Dalam tidak sedar aku mula memenuhkan ruang Maya xp dengan maklumat Dan data-data. Tampa disedari ia mula laparkan ruang yang lebih besar.

Falsafah Songsang

Aku terbaca tentang seorang wanita pertama yang menayangkan tubuh bogel beliau secara total dan berkata kecantikan itu tidak harus disembunyikan. Kecantikan yang dimaksudkan ialah rekabentuk susuk tubuh seorang wanita. Tidak harus disembunyikanitu bermaksud harus didedahkan menjadi tatapan kepada umum supaya kesenian itu tidak tersembunyi dibawah lapisan nilon. Aku mengeleng dengan falsafah ini.

Falsafah perempuan adalah satu seni sudah lama di tanam di kalangan pelukis-pelukis tersohor. Kerana pandangan ini, banyak kelas-kelas lukisan menggunakan model perempuan hidup sebagai objek untuk dilukis. Teringat satu babak dalam cerita Encik Kacang, beliau terpaksa menutup muka tetapi dengan mata terbeliak apabila tersalah masuk ke kelas seni lukis.

Sebetulnya, perempuan adalah keindahan yang tertinggi, malah 'sedap' kata penguasa tertinggi ditempat ku pada satu ucapan beliau. Semua orang mengakui hal ini samada terang atau berselindung. Samada terbuka atau tertutup, perempuan itu tetap cantik dan berseni. Kadang-kadang melihat yang bertudung dan berjubah coklat pun penuh dengan kesenian kepada yang mengerti. Tetapi kadang-kadang melihat yang terbuka seperti tiada makna. Itulah ertinya seni.

Sebuah buku yang dibungkus kemas di kedai dengan tajuk yang hebat menarik orang ramai untuk membelinya berbanding sebuah buku tanpa tajuk yang dibiarkan bebas dibelek-belek.

Mengambil peluang yang ada didepan mata ini, maka golongan kapitalisme dengan berlandaskan kuasa "consumerisme" pun memperkenal majalah-majalah songsang dengan falsafah seni ini tidak harus disembunyikan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih. Kalau rasa tidak sesuai, jangan beli dan sebaliknya. Tetapi yang tidak disebut ialah pengaruh kepada membeli adalah lebih tinggi kerana seni ini bermula dengan nafsu.

Aku teringat ketika perut sedang lapar dan berhenti dengan niat membeli sedikit makanan di pasar malam. Sedikit makanan itu bermaksud bermacam jenis makanan yang dibeli kerana nafsu. Sebaliknya jika kenyang pasti tiada apa yang menarik perhatian.

Betulkan aku jika aku tersilap!

Sunday, November 08, 2009

Penipu Besar

Aku dapat pesanan ini dari melbox. Ayat yang digunakan adalah ayat orang biasa. Tapi yang paling penting, pertama kali dibaca memang sudah rasa tertipu, mengapa masih ramai terkena?

-------------------------------------------------------------------------------------

Hello dear

How are you doing, my name is "Hariyah Mazli" from Malaysia but I’m working in the UK . I will like you to listen and understand this business, there is a product called sapphire blue stone is a mineral it's used for ring necklace and marble tiles and so many other valuable things that is recognize in the world.

The only former supplier to the company is from Holland and he get the product directly from one woman in Malaysia at the lower rate and sell to the company where I work at a higher rate but now the man is seriously sick and the company is in need of this product urgently now. I am contacting you because I have the contact number of the local seller in Malaysia I am contacting you and seeking your interest because I don’t want to link the local seller to the company because of the profit that is in between.

Now is like this I want you to be the middle person to the company from UK and the local seller in Malaysia, this product is sold in Malaysia at the rate of 6.250 USD why the company can buy it from you at the rate of 11;500 USD per kilo now I want you to contact the seller in Malaysia and ask her if she still have the product in stock before I can link you up with the CEO of the company get back as soon as you receive my email for further information.


Best Regards,
Hariyah mazl1

Saturday, November 07, 2009

Kuatagh87 Re-Union

Sememangnya, aku percaya semua orang akan mengakui bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. Pada zaman ini, banyak ilmu yang diperolehi, samada melalui guru-guru, buku-buku dan kawan-kawan, waima dari diri sendiri. Pada era persekolahan inilah identiti diri di cari, kemahuan diri diselidiki dan diri sendiri di kenali. Pelbagai eksperimen dilakukan ketika itu, eksperimen diluar waktu makmal. Semuanya hanyalah untuk membentuk jati diri, mengenal diri dan mengenal jantina yang lagi satu.

Kita bertumbuk mencari keadilan, kita bertelagah mencari kekuatan dan kita saling bermusuh cuma untuk mencari kelemahan diri sendiri. Akhirnya, selepas habis zaman itu, barulah kita sedari, kehidupan diluar dari situ adalah lebih hebat. Kita gunakan kekuatan yang kita bina dulu, kita gunakan kelemahan yang ditemui dulu dan akhirnya ramai antara kita menjadi lebih kuat kerana pengalaman yang dibina di situ dulu.

-------

Esok 8/11/09 kawan-kawan mrsm kuantan batch 87 akan berkumpul di Bukit Cahaya Seri Alam sempena menyambut kedatangan usia yang ke 40. Setau aku, reunion ini adalah kali pertama sejak 'graduate' dari sekolah dulu. Tetapi sebelum ini ada jugak diadakan sessi teh tarik sahaja.

Akibat dari peristiwa ini, mailbox aku penuh dengan berita reunion ini. Berita tentang siapa nak datang, siapa nak bawak apa, peta ke lokasi berkenaan dan macam-macam lagi.

Aku mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan penganjur yang telah berusaha sedaya upaya, bertungkus lumus di dalam dan diluar waktu pejabat. Tetapi aku mohon maaf kerana aku tak dapat pergi!

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...