aku sebenarnya sangat obses dengan lagu ulek mayang. bukan sahaja dengan lagunya tapi juga ulit nadanya yang kadang-kadang buat aku jadi bersemangat dan kadang-kadang buat aku seprti bersedih, sebuah lagu yang punyai banyak rasa!
Ulekmayang by kurodakazima
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Sunday, June 17, 2012
Saturday, June 16, 2012
Thursday, June 14, 2012
Euro 2012
Aku bukan sportman, apatah lagi peminat tegar bola sepak kerana sepanjang usia ini aku tidak pernah bersengkang mata menunggu sesebuah perlawanan bolasepak lewat pagi. Tetapi, entah macam mana mungkin sudah takdir, aku pernah menang sebutir cawan tembikar kunig berbunga putih dengan piringnya sekali dalam acara lari di atas bata peringkat sekolah rendah. Aku tak ingat darjah berapa, dan aku sangat pasti ketika itu bukan darjah 6! Antara acara tahunan yang aku join ialah "rentas desa" kerana wajib pada yang duduk hostel! Dan atas kehendak takdir juga, aku pernah mewakili sekolah menengah atas dalam acara hoki.
Selepas sekolah, aku berjinak-jinak dalam sukan silat, tapi tak bertahan lama kerana Tok Guru suka pegang anu lelaki dari belakang. Kata rakan-rakan seperguruan, sesiapa yang dipegang oleh Tok Guru, akan menjadi lemah. Justeru itu, aku selalu mengawasi pergerakan Tok Guru dan akhirnya aku berhenti tanpa mandi minyak!
Selepas itu aku berjinak-jinak pula dengan sukan angkat berat! Oleh kerana tiada besi-besi seperti gym, aku membina peralatan sendiri, memasukkan simen ke dalam tin milo yang pelbagai saiz, sehingga badan ku terbentuk seperti arnold swashdsssseger. Tapi sekarang aku tidak lagi begitu!
Tapi, pada tahun 2012 ini, aku menyaksikan pasukan favorite aku sudah kecundang dari euro 2012 iaitu Belanda. Aku tak tahu kenapa aku pilih Belanda, tapi pagi tadi aku mendapat jawapannya, rupanya kerana aku suka warna oren! Tapi kata orang tua-tua cinta tidak perlukan sebab kan.....

Thursday, May 31, 2012
Dari Arah Bukit Besar
Aku bangun pagi ini, aku rasa kesihatan aku semakin menurun dan badan ku sakit-sakit dan gemuk seperti ayam daging tua. Lantas aku teringat org yang selalu berkumpul di kaki bukit besar di waktu pagi di hari minggu, yang selalu mencetuskan soalan "Apa yang best kat sana?", jadi aku pun bertolak ke sana dengan semangat "the bigger loser:" aku pun pergi ke sana dan perlahan-lahan menapak naik ke sana.
Pagi yang masih segar buat badan seperti bertenaga, hati sedikit-sedikit bercampur dengan keinginan bersaing dengan anak muda yang kadang-kadang memotong aku mendaki. Sehingga separuh, aku mula bernafas pendek dan kaki serta betis mulai sakit, tapi aku terus teruja untuk melihat apa yang ada di atas sana.
Org muda ada yang berlari ke atas sana! Setelah berhempas pulas melawan perasaan ingin berhenti dan turun dengan keinginan untuk melihat dari puncak sana, akhirnya keazaman menang! Hanya siapa yang punyai keazaman akan berjaya dengan izin Allah.
Aku mendapat jawapan, keseronokkan disini ialah kemenangan menawan puncaknya. Peluh memercik keluar seolah-olah aku sudah berlari jauh, sedangkan waktu sebenar hanya 10 hingga 15 minit sahaja pendakian.

Wednesday, May 30, 2012
Begini dan Begitu
Begini dan Begitu adalah dua beradik yang saling berlawanan sifatnya. Kerana dua sifat dua beradik inilah, logik akal tidak boleh dipakai langsung dalam membuat keputusan, kerana Begitu dan Begini sebenarnya adalah agen dari institusi yang sama. Tetapi, oleh kerana sifar Begitu yang begitu dan sifat Begini yang begini, maka kedua-duanya amatlah sesuai untuk dijadikan senjata saraf. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mewujudkan was-was dalam logik akal. Bukankan sekarang ramai orang menggunakan logik akal kerana mereka merasakan mereka bijak. Jadi, sampai satu tahap, Begitu dan Begini saling berterlagah. Pada satu-satu masa, Begini kelihatan betul, tapi pada masa yang lain, Begitu pula yang kelihatan betul. Untuk menambahkan kecelaruan, Begini juga boleh menjawab dan melawan tohmahan Begitu, begitu juga dengan Begitu, dia juga boleh menjawab dan menyanggah tohmahan Begini. Bila Begini dan Begitu saling berlawanan dan bertelagah, yang betul akan kehilangan 'betulnya' dan yang salah akan hilang 'salahnya', kerana kemasukkan maklumat yang pelbagai dan hampir membuatkan minda bercelaru dan gagal diproses mengikut logik. Itulah pentingnya dari awal lagi kita sudah punyai pendirian asas tentang satu-satu perkara, Begitu dan Begini hanyalah penyedap sahaja. Tidak boleh memalingkan ideologi yang punyai jati diri.
Ke Arah Bukit Besar
Pagi itu berkejaran ke pantai kerana matahari kelihatan amat besar sekali di mataku. Tapi bila aku tiba, matahari sudah meninggi dan menjauh. Aku hanya menghayati Bukit Besar dari jauh, dalam kabus seperti sebuah pulau bayangan dalam kisah-kisah klasik!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...