Sejak akhir-akhir ini aku berkesempatan bertemu dengan ramai orang berkategori marhaen dan tiada berharta ( cuma berdasarkan kepada gaya pekerjaan mereka, mungkin aku salah) dan berbual-bual dengan mereka. Aku pernah berbual-bual dengan pembantu tukang rumah yang kebetulan kehabisan stok simen (ini buatkan dia ada masa untuk bersembang) dan pernah aku berbual-bual dengan tukang kasut kerana suasana ketika itu sangat sunyi, dan aku merasa malu untuk kelu tanpa suara.
Bermula dengan hal-hal kasut juga hal-hal pertukangan rumah, perbualan meleret-leret hingga kepada cuaca yang panas, sudah lama tidak hujan, hingga kepada pegawai kerajaan naik gaji, hingga kepada PTD naik lagi tinggi, hingga cerita dapat bende-bende percuma dan tidak lepas juga sedikit-sedikit hal politik peringkat liga kampung.
Kisah Tukang Rumah
Tukang rumah beritahu dia tidak suka dengan politik, tidak terlibat dengan projek pacak bendera, atau hadir mesyuarat, dia memberitahu dia tidak pernah menjadi ahli apa-apa parti kerana takut pada orang-orang kampung yang berbeza parti. Lebih baik dia menjadi orang atas pagar! Dan paling sedih dia tidak pernah mengundi kerana dia sudah "senang" dengan kehidupannya sekarang, kata beliau, dia tidak perlukan minyak yang banyak kerana dia tiada "enjin" untuk disuap minyak, dia tidak tahu pun kos rawatan hospital kerana dia tidak pernah sakit. Dan dia sangat selesa dengan dengan khidupannya, Tetapi akhirnya, dia mengaku ada ketikanya dia ada juga menyertai projek-projek politik yang memberikan habuan duit atau habuan perjalanan percuma, semua ditanggung beres!
Aku percaya, mereka bukanlah bangsa yang selalu mengharapkan bantuan dan yang paling penting aku juga merasakan mereka juda tiada kehendak kebendaan, atau boleh juga aku tafsirkan mereka tidak "ambitious"!
Tukang kasut lebih terbuka mindanya kerana dia bekerja sendiri, dengan pelbagai jenis kasut dia sudah mengenali pelbagai ragam tuan punya kasut. Yang begitu dan begini, semuanya sudah dikecapnya. ..
-bersambung dalam Kisah Tukang Kasut-
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Monday, July 16, 2012
Thursday, July 12, 2012
Hak Aku
Aku ada broadband budak sekolah dengan bayaran RM45 sebulan. Tetapi sebab ia adalah broadband budak sekolah, ianya terhad untuk meng download sebanyak 5GB sahaja sebulan, bila kuota bulanan ini dah penuh, broadband aku kelihatan seperti berpenyakit, downloading sangat-sangat-sangat dan sangat perlahan. Aku rasa kukur nyor lebih laju lagi. Saper tak tau kukur nyor, tanyalah pak cik google, aku rasa pakcik goggle pun tak tau!
Oleh kerana broadband ini ialah broadband budak sekolah, aku hanya guna bila aku pergi sekolah, jadi aku dapati muttakhir ini, broadband ini tidak mencapai kuota yang telah ditetapkan. Aku berpendapat, oleh kerana kuota itu masih lagi hak aku, jadi eloklah kalau ia boleh dibawa bulan hadapan, kerana bulan hadapan mungkin aku akan pakai melebihi kuota bulan tersebut.
Walau apa pun, samada lebih atau tak lebih, yang sebenarnya, kerana ia memang hak aku, jadi seeloknya dipulangkan kembali kepada aku. Kalau bende nie boleh dituntut diakhirat bila-bila, uisk... seronoklah aku menngumpul pahala percuma dari org-org celcom.. Salah ke pemikiran aku nie?

Monday, July 09, 2012
Ilmu Allah
“Dan
ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat “Aku ingin menempatkan seorang
khalifah di muka bumi”. Para malaikat berkata “Mengapa Engkau mahu
menempatkan di situ makhluk yang akan melakukan bencana dan menumpahkan
darah (berperang) sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan
memuliakanMu”. Kata Tuhan “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau
tidak ketahui”. Dan Tuhan mengajar Adam segala nama-nama benda (serta
kegunaannya). Kemudian diperlihatkan kepada para malaikat lalu Tuhan
berkata kepada para malaikat “Sebutkanlah kepadaKu nama-nama semua ini
kalau memang kamu daripada golongan yang benar. Jawab malaikat “Maha
Suci Engkau. Kami tidak mengetahui melainkan apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana”. Tuhan berfirman “Wahai Adam sebutkanlah kepada mereka
nama-nama semua ini”.Setelah Adam menyebut semua nama-nama itu, Tuhan
berkata “Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui
segala hal yang tersembunyi di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa
yang kamu zahirkan dan apa yang kamu rahsiakan”.
Al-Baqarah - 30:33
Tuesday, July 03, 2012
Orang Budiman
Kepintaran adalah keupayaan mensintesiskan keharmonian akal budi dan hati budi. Dengan demikian, di bawah pengantaraan budi, dalil dan emosi akan saling bekerjasama mencari konklusi yang menang-menang. Pengabaian dimensi rasional akal budi, maka budi pekerti akan kelihatan hanya sebagai kosmetik sahaja, sebaliknya jika hati budi yang rosak, maka jiwa dan budaya menjadi tidak manusiawi, bersifat kaku dan membosankan. Oleh itu, budiman iaitu peringkat tertinggi keilmuan hanya di capai oleh orang yang berupaya mengutip bukti-bukti dari pelbagai sumber samada kebijaksanaan yang berbentuk tekstual mahupun kontekstual. Mereka di gelar orang berhikmah.
rujuk Lim, Kim Hui Tesis.
rujuk Lim, Kim Hui Tesis.
Friday, June 29, 2012
Semi FInal
Aku antara generasi yang banyak dimomokkan dengan propaganda perang USA. Antara yang popular ketika itu ialah perang Vietnam dengan siri "Nam-Tour of Duty" dan juga perang dengan german dalam siri "Combat". Watak USA digambarkan tidak begitu berdisiplin, dengan rambut yang kusut masai, tak suka pakai helmet askar, baju pakai singlet je, suka gaduh dalam kem tetapi kuat dan hebat serta selalu memang dalam pertempuran, Sebaliknya watak Vietnam dan German selalu dikaitkan dengan disiplin yang tinggi, baju yang sentiasa kemas dan lengkap, tidak pernah tak pakai baju atau hanya bersinglet, tetapi selalu kalah dalam peperangan mereka. Dan aku rasakan propaganda ini amat berjaya ketika itu.
Kini aku sudah jadi sebaliknya!
.......
Setelah pasukan oren yang aku sokong terkeluar dari saingan EURO12, aku pun berpaling kepada kepada pasukan German, kerana aku suka pada Hitler!. Malangnya, malam tadi mereka telah kalah dengan bermaruah!
........
Aku membuat kesimpulan pasukan yang aku sokong pasti akan kalah :D, kerana "sensor" aku selalu memilih untuk menyokong mereka yang kalah!
........
Pendapat orang lain dia punya hal lah....

Thursday, June 28, 2012
Musim Panas
Sekarang musim sedang menghampiri panas, di tambah pula dengan peningkatan kerosakkan molekul matahari (kata saintis), buatkan panas ini semakin panas, dan ia semakin "panas" dengan pelbagai isu mutakkhir ini.
Penemuan, rektor nuklear kuno di Gabon, Afrika pada 1972, amat mengejutkan, malahan kajian menunjukkan mereka mempunyai langkah-langkah keselamatan yang lebih baik dan yang paling penting mereka berjaya mencipta teknologi nuklear dengan sisa yang sangat sedikit berbanding dengan teknologi sekarang yang memerlukan satu kawasan yang lebih luas untuk menyimpan sisa nuklear!
Tapi aku bukan nuclear scientist, aku tak berminat dengan penemuan yang hebat ini, aku hanya seorang hamba yang mencari Khaliknya! aku lebih ingin tahu, siapa mereka ini yang hidup 2,000,0000,000 tahun dulu yang mempunyai pengetahuan yang sangat hebat dan mereka sudah pasti lebih awal dari Nabi Adam. Dimana mereka sekarang? Apa yang berlaku kepada mereka? ....

Sunday, June 24, 2012
Barat vs Timur
Di benua barat, orang pergi dalam filsafat dari bawah ke atas, dari kebanyakkan kepada persatuan, dari benda kecil kepada alam. Orang barat menyelidiki electron dan molekul, logam dan tumbuhan, bintang dan bulan untuk melihat kesatuan dunia. Dari dunia jasmani ia mendirikan jenjang ke dunia rohani. Dari pengalaman ia membentuk undang-undang yang umum. Bahagian-bahagian disatukan menjadi jumlah.
Di Timur, orang pergi dari atas ke bawah, orang turun dari dunia rohani ke dunia jasmani, menurunkan undang-undang kehidupan dari undang-undang umum. Kebanyakkan di pandang dari persatuan, waktu dari kebakaan, keadaan dari ketetapan. (Sanoesi Pane, 1934, 330)
-Lim, Kim Hui - Budi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...