Wednesday, December 26, 2012

lazada

1. setelah beberapa kali melihat iklan lazada muncul dikaca TV , aku pun mulai perlahan-lahan mengingati nama tersebut di dalam hati dengaan satu azam iaitu satu hari aku akan masuk ke dalam laman web ini dan melihat apa lagi barang lain yang dijual kerana kebanyakkan iklan lazada yang muncul di TV adalah berkait dengan zalora . inilah kekuatan pengiklanan. setelah beberapa lama , akhirnya aku ada ruang malas untuk aku meneroka lazoda. lantas aku berkenang dengan persembahan lazoda dengan barangan yang mempunyai harga lebih baik dan sentiasa diupdate turun naik harga tersebut.
2. selalunya bila aku teringin membuat urusniaga internet aku selalu memeriksa prestasi company berkenaan melalui forum-forum atau blog peribadi. tetapi kali ini , perkara itu tidak berlaku kerana aku terlalu di ampu dengan binaan web yang menarik dan barang yang hebat.
3. akhirnya ada peluang untuk menguji. aku perlu membeli sebuah samsung galaxy young untuk anak perempuan ku yang mendspat sponsor dari tok wan nya. jadi ruang ini aku isi dengan membeli 
di lazada , kebetulannpulak duit kering di dompet, jadi melalui belian ini aku akan dapat duit cash kerana aku membeli menggunakan kad kredit.
4. dengan sekali tekan, aku sudah mendaftar sebagai ahli dan langsung, potongan dibuat melalui kr3dit kad. dan penantian pun bermula...
5. hanya sekeping emel dikirim sebagai tanda order dan mengandungi link untuk memeriksa delivery schedule. status pertama diterima ialah 'processing'. kesokkannya  status dari processing telah ditukar kepada 'paid, not shipped'. aku juga menerima satu emel lain yang bermaksud supaya aku membuat pengesahan identiti bagi kad kredit yang aku miliki samada dengan menghantar salinan depan kad kredit atau pun satu salinan penyata bulanan.aku menghantar seperti yang diminta. tiada ucapan terimaksih yang aku patutnya dapat
6. 4 hari berlalu aku tidak mendapat apa-apa berita , status di dalam web masih lagi sama. aku pun tanpa lengah menghantar satu emel pendek kepada yang berkenaan. sepantas kilat aku mendapat respon tapi respon kosong yang menyatakan polisi syarikat yang ,engambil masa sehingga 4 - 7hari untuk membuat delivery.
7. sekali lagi aku menunggu. dan aku mula teringat untuk memeriksa lain-lain pendapat tentang lazada. arghhhhhhhb tidak, banyak sekali rungutan yang akh lihat di internet dan yang paling terkini ialah pada september 2012. aku jadi panik dan berharap  ia tidak berlaku pada aku.
8. emel yang dihantar masih lagi tidak terjawab. dan kerap kali ditanya oleh tokwan dan anak ku tentang status telefon yang aku beli kerana tokwan adalah sponsor untuk telefon dan anak ku adalah pemilik telefon tersebut. aku hanya mendiamkan diri sambil memberi harapan telefon itu akan sampai jika tidak samapai aku akan membeli yang baru di Booth samsung di Giant!
9. Ketika aku sedang tidor dalam pukul 3 petang, anak mengejutkan aku mengatakan ada orang datang rumah, aku menjenguk ditingkap dan melihat Van yang tertulis skynet berada di hadapan rumah seorang lelaki yang memegang sebuah kotak sedang menunggu di pintu.
10. ahhh lega. aku akan fikir 2 kali untuk membeli di Lazada lagi.

 

Wednesday, December 12, 2012

palindrome

by wikipedia definitions palindrome is refer to any word, phrase, number or unit that can be read same way in either direction. in other words, reading from left to right or from right to left, does not change the meaning of that word.

during my study of  C programming, writing a program that can detects a palindrome is very popular in quiz, test and programming lab.

to the money/notes collector, the ability to collects money with palindrome serial number is an advantage since the value of the money is increased when it is hardly found. for example the series of 1111111,1000001 and the rest. (you know what i mean right?)

but suprisingly suddenly, by the permission of Allah, this kind of notes lay on my hand after a long wait. who knows!


oleh wikipedia definisi oleh wikipedia, palindrome merujuk kepada apa-apa perkataan, frasa, nombor, atau unit yang boleh dibaca dengan cara yang sama dalam mana-mana arah. dalam erti kata lain, membaca dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri, tidak mengubah makna perkataan itu.

semasa saya belajar pengaturcaraan C, menulis satu program yang boleh mengesan palindrome adalah sangat popular di kuiz, ujian dan makmal pengaturcaraan.

kepada pengumpul wang / not, keupayaan untuk mengumpul wang dengan nombor siri palindrome adalah satu kelebihan kerana nilai wang meningkat apabila ia hampir tidak dijumpai. sebagai contoh siri 1111111,1000001 dan selebihnya. (anda tahu apa yang saya maksudkan kan?)

tetapi amat mengejutkan, tiba-tiba dengan izin Allah, note jenis ini terletak pada tangan saya selepas menunggu lama. siapa tahu!


Tuesday, November 20, 2012

Enstein Pernah Berfikir

yang paling tak tahan ialah " THE WORLD WILL HAVE A GENERATION OF IDIOTS".

p/s: aku tak suka SMS atau berFB

Wednesday, November 14, 2012

Tika Di Garis penamat

seringkali membaca berita-berita kemalangan ngeri, hati ini menjadi insaf selain daripada menunjukkan reaksi kesian, kadang-kadang hati juga m3ndengus tentang kecuaian merekan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
tetapi bak kaata oranag orang tua, malang tidak berbau,hanya ALlah yang maha mengetahui. kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa agar tidakmataai dalam keadaan begitu.

disuatu kejadian, kerana aku sudah lama mengekori sebuah lori kosong yang tidak laju dan tidak perlahan, aku mula mengintai intai peluang dan ruang untuk memintas lori tersebut. lama mengekori hati mula menjafi tidak sabar. memandangkan setiap kali selrpas selekoh tiada kenderaan melintas, aku pun menggunakan instinct sendiri untuk memintas lori didepan. andaian aku ialah tiada kenderaan di selekoh hadapan. ketika pemotongan berada ditengah lori yang panjang itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba tiba muncul menandakan instinct aku tak boleh dipakai. aku pun terus menekan minyak, hati hanya berharap aku berjaya melepasi lori tanpa melanggar kenderaan pacuan empat roda tersebut. ya, betu, aku hanya ingin melepasi lori tersebut. pacuan empat roda ,ula memberikan  lampu amaran pertama, tetapi dia masih laju, dan aku terus menekan minyak. tiad yang terlintas di hati ketika itu, hanya harapan agar berjaya melepasi lori dan aku tidak ditimpa kemalangan. kenderaan pacuan empat roda kelihatan memperlahankan panduan, dan aku berjaya menyusup masuk diruang kecil yang ada itu. lantas hon panjang kendengaran.

selepas itu, barulah aku mengingati mati, batulah aku mengingati tuhan. dan barulah aku sedar aku terlalu mengikut perasaan. bila sudH terlalu lama memandu, kadang kadang kitamerasakan kita sudah cukup hebat, sudah cukup berhati hati dan berjaga jaga tetapi sedetik tadi menyedarkan aku, kecuaian boleh datang dengan tiba tiba dan mulakan perjalanan dengan doa.

alhamdulillah, garisnpenMat ku bukan disitu.

Saturday, November 10, 2012

Harga Alam

1. Ketika termenung di mangkuk tandas duduk disebuah biliik hotel 5 bintang aku terlihat sebuah memo bersaiz kertas A4 dibahagi 4. Memo ini membawa maksud mengingatkan pelanggan hotel tentang penggunaan sabun dan detergen yang banyak telah merosakkan sungai dan alam sekitar. Jadi pihak hotel telah cuba sedaya upaya untuk turut membantu menyelamatkan alam sekitar. Jadi pelangan digalakkan tidak selalu menukarkan tuala mandi mereka. Tetapi kalau nak tukar jugak tak de masalah! Itulah perkara yang aku fahamkan dari memo kecil tersebut.

2. Tibanya dikaunter aku terus di tanya, "nak beg plastik tak?", dan aku teringat hari ini hari sabtu dan melantunkan ingatan tersebut dalam bentuk suara "ooooooo sabtu". Tidak terkawal minda mengeluarkan pertanyaan di mulut "Berapa sen?" "dua posen" katanya petugas kaunter. Aku melihar barang  yang tidak begitu banyak dan sudah ada ditangan sebuah beg plastik.

3. Antara cerita satu dan cerita dua, aku masih melihat aspek keuntungan masih menjadi agenda utama dalam apa-apa perbuatan. Menyelamatkan alam sekitar hanyalah alasan untuk mengaut lebih keuntungan. Jika menyelamatkan alam sekitar menjadi agenda utama, sudah pasti sudah lama kita semua di berikan beg-beg kertas macam dalam cerita mat saleh. Tetapi begitulah kesungguhan kita sebaga pelangan serta kesungguhan pembekal untuk menjayakan misi ini sangatlah rendah. Apa salahnya, setiap hari sabtu pelanggan diminta membayar 2 ringgit untuk beg kitar semula dan beg plastik diharamkan sama sekali pada hari tersebut, walaupun ia tidak dapat menyelamatkan alam, kerana masih ada 6 hari untuk merosakan alam, tetapi ia cukup mengajar pengguna supaya menyangi duit sendiri dan seterusnya menyayangi alam sekitar. Mungkin pengajaran ini boleh dipanjangkan untuk 7 hari seminggu.

tetapi begitulah..........Alam sekitar ini hanya berharga 20 sen!

Sunday, November 04, 2012

teka-teki sufi - kupasan mikro

Dalam satu teka-teki imam al-ghazali kepada anak muridnya (sumber?), "Apakah tempat yang paling jauh?" Jawapan yang diberiikan ialah masa yang lepas!

Literally, jauh bermakna mengambil masa untuk didekati, maka paling jauh bermaksud mengambil banyak masa untuk di dekati.

Bila dikaitkan ia dengan masa yang lepas, adakah ia membawa maksud kita masih boleh kembali kepada masa lampau seperti dalam filem-filem tentang mesin masa!



Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...