Ramadhan membawa keberkatan. Pada petang "me'gang" puasa, sebuah lori pengangkut tiba aku tak tau pukul berapa kerana apabila aku balik dari kerja aku sudah melihat ia disitu. Lori-lori semut, masih lagi berebut-rebut masuk mengambil tanah sehingga hampir 6 petang. Ketika eskavator turun perlahan-lahan dari puncak bukit, masih lagi ada lori-lori semut mengambil tanah dengan terburu-buru, dan eskavator mencedok tanah dimana sahaja ia berada. Lantas aku terfikir, "ada jualan murah tanah ke?" kerana keaadaan itu seperti berebut-rebut mencari barang offer di Sogo!.
Hampir senja barulah lori pengangkut naik ke bukit dan membuat urusan disitu. Aku tidak nampak apa-apa kerana dilindungi pokok-pokok, yang kedengaran hanyalah ngauman eskavator dan kadang-kadang deruman lori pengangkutan diselang seli dengan bunyi ketukan.
Sejak itu, tiada lagi lori-lori semut masuk ke kawasan ini! Ramadhan memang membawa keberkatan!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, July 12, 2013
Tuesday, July 09, 2013
Lori
laluan short-cut ditepi rumah ku sudah menjadi laluan short cut lori pula. Bila dilarang oleh mandor tanah, lori-lori ini berenti sekejap. Tetapi, semenjak ada pengurusan baru tanah itu oleh org muda, pemandu lori ini makin agresif dengan muka bersahaja melalui laluan tersebut dengan tidak sedikit memandang kepadaku yang berada ditepi.
Aku menjadi sangat marah, lantas terfikirkan perkara berikut:
1. Gali longkang besar supaya mereka tak boleh lalu, dan aku juga
2. tanam pokok rambutan atas tanah orang tu,
3. pasang jerangkap samar, supaya jadi peringatan pada lori lain
4. lempar bim tangan pada lori yang lalu supaya jadi peringatan pada lori yang lain
5. gali lubang buat perangkap serupa flinstone
5. sembunyi dalam semak dan lastik cermin lori itu
6. nak beli senapang sniper then, faham-faham je la..
kecuali 1, 2 dan 5, lain-lain semuanya nak bunuh orang, busuknya hati

Monday, July 08, 2013
Air Tapis
kerana satu sebab yang tidak dapat dielakkan aku selalu membeli air tapis yang diletak dipremis-premis ditepi jalan. Selalunya dalam 3 ringgit aku akan memperolehi dalam 30 liter. Ia adalah lebih murah (ayat yang selalu keluar suratkhabar bila ada kenaikkan harga barang) jika dibandingkan membeli sekotak air cactus 1.5 liter x 12 yang berharga RM9.90 di kedai marhaen, Encik Mydin. Sebelum ini, aku memang menggunakan air cactus untuk operasi minum-minum.
Aku tidak semberono membeli air di mana-mana penapis air kerana aku merasai air dr. sukida lebih sedap tambahan pula ada gambar chef wan kat tepinya dan selalunya aku memilih kotak dr. sukida yang berada di tempah teduh tiada tanda-tanda ia disinari cahaya mentari kerana aku percaya cahaya mentari akan merosakkan rasa air.
Ditakdirkan Allah, aku ditunjukki oleh satu keadaan yang memualkan dan mengelikan. Pada satu hari, aku terpaksa menunggu, kerana ada orang telah mendahului, jadi aku hanya menunggu di dalam kereta. Ketika air hampir penuh dia mengarahkan anak lelakinya menunggu dan dia membuat urusan di dalam kedai. Bila air sudah penuh, anak lelakinya mengangkatnya keluar, dan memasukkan duit seposen untuk pembelian terus. Aku hanya melihat dari jauh. Ketika itulah aku melihat budak lelaki itu, memasukkan kepalanya ke dalam kotak tersebut, melekapkan mulutnya ke muncung paip dan menekan butang hijau, dia terus menghisap, ketika itu aku sedar, ia telah melakukan perkara pelik dan aku membunyikan hon, dan dia terus masuk ke kereta tanpa memandang padaku.
Dan aku mula terfikirkan akan keadaan-keadaan lain yang mungkin boleh dilakukan dengan air itu ketika tiada orang. Mungkin kencing di dalam kotak itu! Kedengaran seperti di "luar kotak" tetapi dunia sekarang memungkinkan segalanya.
Jadi, sejak itu, aku rasa air yang aku tapis dirumah dengan penapis korea lebih enak walaupun aku terpaksa menadahnya dalam setengah jam untuk 30 liter.
Mungkin boleh difikirkan kaedah terbaik supaya projek ini tidak boleh suka-suka dinodai oleh orang kurang akal ataupun oleh orang lebih akal!

Thursday, July 04, 2013
Pok!
ada beberapa situasi
1. Pok, nok beli mende ?
2. Nok beli mende tadi Pok, dop berapa dengo ah!
erm, aku sudah tua rupanya!
1. Pok, nok beli mende ?
2. Nok beli mende tadi Pok, dop berapa dengo ah!
erm, aku sudah tua rupanya!
Tuesday, July 02, 2013
sebuah medal dan sebuah tapowey
..... maka berakhirlah hari sukan dan balapan sekolah. Dimana aku dipaksa hadir oleh anakanak dengan ratusan kali pesanan dan ingatan sejak 2 hari sebelum hari sukan bermula. Untuk tidak menghampakan mereka, dikala petang aku hadir dengan jangkaan ia akan berakhir tidak lama kemudian. Aku memerhatikan acara demi acara dan diantara acara diselitkan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Seorang anak berlari keriangan menuju kepada bapanya yang berada berdekatan dan menunjukkan medal yang diperolehi. Bapa hanya tersenyum sinis. Daripada medal nie baik dapat tapowey katanya.
Jelas sekali pemikiran sekarang dengan pemikiran dulu sudah tidak lagi sama. Kalau dulu, pelbagai medal dan pingat yanb diperolehi bolen digantung di dinding rumah atau diletak dalam gobok hiasan dengan bangganya untuk di pertontonkan se agai tanda penat lelab sidah berhasil. Namun sekarang, semua itu tiada ertinya lagi, lebih berbaloi jika setiap usaha membawa pulangan kebendaan atau sekurang kurangnya ada fungsi selain dipamerkan dan sampai masa dibuang kerana ruang semakin sempit dan medal baru semakin bertambah.
Aku tidak tahu sejak bila hadiah hadiah ini bertukar bentuk kepada tapowey atau cawan.tetapi sepanjang dalam kenangan aku pernah memperolebi hadiah sebiah cawan dan piring kuning berjalur ke emasan dalam sebuah acara sukan.
Sunday, June 30, 2013
Kunci dan Pintu
Aku selalu berkta bahawa anak kunci adalah makhluk yang paling jahat dalam dunia. Tetapi apabila mendapat sekeping kunci dari penjaga kunci dia memberikan kepada dengan beberapa arahan, antaranya ialah
"kunci yang terakhir nie hendaklah dimasukkan dengan kasih sayang"
dan sehingga ke hari ini, ketika aku melalui pintu tersebut, dan tiba saat aku ingin memasukkan anak kunci, hati ku akan terlintas dengan yat tersebut
"anak kunci ini hendaklah dimasukkan dengan kasih sayang"

Thursday, June 27, 2013
Satu Soalan
Aku tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya, tetapi apabila seseorang berkata atau memberi amaran bahawa satu perkara itu sangat bahaya dan dilarang menggunakannya, secara literalnya, aku memahami dengan sesungguhnya bahawa satu perkara itu adalah larangan, Namun, apabila ada satu lagi perkara lain yang sangat hampir dengan satu perkara tadi tidak disebut, maka secara literalnya, amaran tadi tidak berkait langsung dengan perkara hampir yang tidak disebut itu,
Adakah saya betul?
Isk , aepa aku tulis ni?
Isk , aepa aku tulis ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...