Sunday, June 12, 2016

Apakah cara sebenar?

Aku melihat sebuah gambar di utusan malaysia online, lantas timbul sebuah persoalan, apakah cara yang betul.





Di dalam gambar  di atas ialah perbuatan sindikit yang memindahkan gas dari tong kecil ke tong besar. Yang menimbulkan soalan ialah, kedudukan tong gas kecil yang terlingkup. JIka dibandingkan dengan kepakaran sendikit yang melakukan kerja ini sudah pasti tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghabiskan sisa gas di dalam tong kecil.

Apakah cara ini cara yang betul? Boleh tak apply di dapur juga?

Isteri Kedua

Tiba-tiba aku tersesat ke sebuah blog (http://sheikhmustafakamal.blogspot.my/) yang menceritakan tentang kahwin lebih dari satu. Yang lebih penting ialah kahwin demi membantu ummah. Yang dikisahkan ialah tentang mengahwini gadis gadis dari patani atau pun champa. Naskah zahir dihantar sebulan sekali, lebih kurang RM200 sebulan, mengikut kos sara hiduo di sana, dan nafkah batin diberi mengikut kemampuan. Selalunya paling lama 4 bulan sekali! Nah! aku paling suka dengan komen-komen yang diberikan kerana cerita kawin lebih dari satu adalah kesukaan lelaki .






 Kesimpulan yang aku buat ialah adakah mereka memang benar-benar tak reti mengorat, tak pernah mengorat dan hanya menunggu buah jatuh dari langit! maaf yer...


Friday, June 03, 2016

Travel Log - Jun 2016

Sebagai menyambut cabaran cuti sekolah dan sambutan pra ramadhan (semuanya hanyalah alasan) aku ke kuala lumpur. Setiap kali aku menonton iklan trivago, aku teringin sekali mengayakan gaya perempuan tersebut yang bergegar seluruh badan keran enjoy dengan perkhidmatan trivago. Ah! mentari tidak selalu bersinar terang. Aku mandapat nasib perempuan yang bermuka masam. Selain dari harga yang sedikit menguntungkan, aku cuma dapat bilik hotel yang perlu request tuala mandi, pili mandi yang mengalir airnya dari dua arah, paip yang mengegarkan dinding dan menganggu orang sebelah (org sebelah pun menganggu aku dengan bunyi yang sama), TV yang punyai saluran-saluran standard (aku boleh tengok kat rumah)dan yang paling bisa, bilik hannya punyai 3 plug sahaja. 1 plug untuk tv, 1 untuk icebox dan satu lagi untuk cerek yang peru digilirkan untuk ironing dan mengecas telefon dan menyambung kabel laptop. Sambungan wifi juga lebih perlahan dari pak siput yang berlari. Akhirnya aku akur dengan perempuan yang bernuka masam itu. Namun aku masih juga punyai keuntungan disini, kerana keluar ke pusat membeli belah, aku hanya berjalan kaki dan kos perkhidmatan awam telah dikurangkan. Namun alhamdulillah, aku masih masih berkesempatan menghayati cuti ini!

Hari Guru

Aku berpendapat HAri Guru telah disambut secara berlebih-lebihan. Adakah benar pelajar dengan sukarela menyambut hari guru dengan penuh ikhlas dan keriangan? Entahlah, tapi dengan lakonan imbau semula membuatkan aku lebih tidak suka kepada sambutan itu. Aku sememangnya menyukai guruku kerana guruku adalah yang terbaik. Namun aku tidak pernah memberi hadiah mata-benda pada guruku kerana aku bukan orang yang mempunyai. Lantas aku cuba untuk memberikan kejayaanku sebagai hadiah, lantas aku memberikan perangai yang elok sebagai hadiah, lantas aku cuba menjadi pelajar yang baik sebagai hadiah. Lantas aku mendengar nasihat guruku sebagai hadiah. Aku menghormati guruku sebagai hadiah. Bahkan seperti yang aku sebut, aku tidak punyai harta-benda sebagai hadiah yang nampak di mata, melainkan hadiah hadiah spritual yang pasti berkekalan di dalam hati! Mungkin orang lain punyai pendapat yang berbeza. Namun, aku percaya roh hari itu perlu dikembalikan semula!

Tuesday, May 03, 2016

Where is the Idea?

"To Write a single line, you need to see cities, men and things. You need to know animals, sense how birds fly, and know how flower open up in the morning. You must recall trails in unknown lands, unexpected encounters, departures announced in advance, childhood days still shrouded in mystery, mornings by the sea, the sea itself, distant seas, night-time journeys high in the sky beneath the stars. Knowing how to do that is not enough. You must have memories of many different nights of love. You must have known the dying, sat with the dead in the bedroom, with window open and the sound coming in bursts. Having memories is not enough. Forget them if they are too numerous and wait patiently for them to return. For memories are not yet that. When the become our blood, our gaze, our gestures, when they finally become part of us, at that point, very rarely, the first word of a line rises up from among them." From Clara and Moi, French Movies

Tuesday, April 05, 2016

Kereta Formula1

Semalam aku bercerita ttg kereta yang berlumba-lumba nak masuk kerja seolah-olah jalan tu dia aje yang punya. Dan aku berharap aku tidak menjadi terlalu jahat untuk mengakibatkan merea mendapat peljaran yang keras mungkin melnggar lembu contohnya. Dan aku berharap jgak kereta kau akn bertukar menjadi sebuah kereta yang laju. Ala ala turbo gitu der!

Kereta ku tak pernah menyakiti hatiku. Sehinggalah 2 malam lepas aku telah menykiti keretku dengan meletkkan 2 ekor ayam bersama kurungannya di seat belakang dan berlapiskan kertas surat khabar sinar.

Pagi semalam aku temui tompok-tompok taik ayam di bendul pintu. Mungkin mereka terkejut ketika aku memasukkan mereka ke dalam kereta lantas terberak terkincit-kincit. Maafkan aku kereta, aku tak sangka mereka melepas dimuka pintu.

Dan semalam keretaku mampus dipersimpangan sekolah ketika dalam perjalanan mengambil anak balik dari sekolah. Setelah aircond kereta dimatikan, aku cuba start dan ia hidup seperti biasa. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku perhatikan meter suhu yang sudah mencanak naik hampir menyentuh tahap maksimum. Lantas aku swift to the left betul betul di bawah pokok. Lebih teduh disitu. Engin dimatikan. Dan aku berada dalam 200 meter dari bas stand sekolah!

Aku cuba merecall ilmu ilmu enjin yang aku ada. Jadi, supaya aku tidak di salah anggap, berenti ikut suka, aku keluar dan membuka bonet depan. Dan kembali ke kusyen, meneruskan pemikiran. Oleh kerana meter suhu yang mencanak, aku terfikir untuk membuka tudung radiator. Mengambil baju yang aku gunakan untuk alas kerusi, aku membuka tudung tersebut dan aku pelik, tiada air panas yang menyembur keluar. Mungkin tangki air ku sudah betul betul kering.

Aku selalu menyimpan sebotol air di bonet belakang untuk kecemasan. Selalunya botol mineral 1.5, tapi entah kenapa kali ini aku hanya dapati botol mineral 500 l sahaja. Lantas aku tuangkan ke dalam radiator dan bunyi air tumpah ke tanah muncul tiba-tiba, sehingga habis sebotol air barulah ia berhenti. Aku mengendap sedikit ke dalam. Argh, ternampak water host yang tercabut dari radiator, Aku cuba memasukkan dan seterusnya Aku pun menelepon pomen untuk datang, kerana aku rasa aku tak mampu memasukkan kembali hosts tersebuit dengan peralatan yang terhad.



Aku biarkan kereta disitu dan mengambil anakku, kerana pelajar kelihatan sudah semakain kurang diambil oleh penjaga masing-masing samada dengan bas, motor, kereta. Dan aku pun melepak di taman permainan yang kebetulan berdekatan disitu. Angin bertiup lembut, tetapi butang bajuku 2 di atas telah kubukakan.

Pomen dtang, dan mlakukan kerja beliau. Sebuah alat, seperti dibawah di saran ditanggalkan. Dan selepas itu kereta aku semakin smooth dan sudah menghampiri turbo rasanya. Aku gembira.







Monday, April 04, 2016

Kereta Formula1 dan Lembu

Akhir-akhir ini aku selalu mengimpikan kereta waja yang aku guna pakai sekarang di sumpah menjadi sebuah kereta lumba. Maksud aku injinnya di upgrade ke tahap 2.5, tak ada turbo pun tak kisah. Jadi dengannya aku boleh memecut laju menghantar anak ke sekolah apabila masa sudah suntuk dan pagar sekolah hampir ditutup.

Tetapi itu hanyalah impian semata-mata, bahkan setiap pagi aku hanya menonton dan mengelak ke tepi kereta-kereta "sedap" yang memecut laju di jalan kampung. Aku dengar cerita, kereta-kereta "sedap" ini adalah milik orang kerja petronas (jelas tu kan - maafkan jika maklumat itu salah).

Tetapi hati manusia ini kalau selalu diusik ia akan menjadi tidak sabar dan geram (tmbahan aku pula bukan orang beriman yang boleh mengurus mutmainnah dengan baik). Jadi, paling koman, kemarahan ini hanya menyusulkan kata-kata caruk di mulut. Bahkan, mulut semakin busuk dengan caruk yang pelbagai-bagai.

Kini, hati sudah tidak tahan lagi. Orang kata asyik aku aje yang beri jalan. Tak boleh dibiarkan macam tu. Kalaulah suatu hari, ada dikhabarkan org langgar lembu di jalan tersebut, jangan kau tunding jari pada aku!

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...