Hari ini aku kembali menjadi aku. Aku yang telah menang dalam peperangan yang aku telah kalah. Selepas hari ini, aku akan pastikan kemenangan adalah berterusan.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Tuesday, March 18, 2008
Aku Tersesat
Peperangan dulu amat hebat dan aku telah tertewas di dalam peperangan itu. Aku sebetulnya baru sedikit sembuh dari luka peperangan dulu. Dalam peperangan dulu aku cedera parah dan hati ku remuk. Dari sisa yang berbaki aku mengungsi tanpa arah dan haluan. Aku ke utara selatan timur dan barat. Aku menjelajah empat penjuru dunia mencari ketenangan. Aku bergerak mengikut mata angin dan aku tersesat akibat luka yang bernanah dalam perjalanan yang pedih dan gersang itu.
Sunday, February 17, 2008
Gejala Sosial
Ada sesuatu yang agak menarik untuk dibincangkan, difikirkan dan dibuat kesimpulan. Kalau kita tengok TV, terutamanya drama swasta (ada slot drama kerajaan ke?), kebanyakkan cerita ada kisah tunggang-langgang. Antaranya kisah, suami berkasih dengan dara orang, mak nenek bercinta dengan teruna, kebas tunang orang dan tipu harta orang. Yang kaya berusaha keras membolot kekayaan orang lain. Yang hampir nak kaya berusaha keras supaya orang lain tak jadi kaya macam dia.
Dalam surat khabar pun ceritaka benda yang sama dan lebih kurang aje. Anak kena rogol, kena rogol selepas keluar dengan lelaki yang baru 3 jam dikenali menerusi ruang sembang internet, pak sedara rogol anak sedara, cucu rogol nenek, anak tetak ayah, ayah pukul ibu. Anak lari dari rumah. Suami bercinta isteri orang kena pukul. Polis makan rasuah. Beri suapan sek.
Kalau buka bahagian soal jawab agama pulak, masih lagi berkisar kepada perkara yang sama. Adakah taubat saya diterima kerana saya telah terlanjur? Apakah status anak yang saya
kandung ini? Boleh tak saya bermadu dengan kakak saya? Bukak bahagian curahan rasa, isk isk isk benda yang sama jugak. Biarku tanggung keterlanjuran ini. Perlukan aku menduakan dia? Kesaih Tak tau aku pernah terlanjur. Bukak pulak bahagian Dr Ismail Thamby, soalan dan masalah nya pun sama antaranya Saya pernah melakukan aktiviti sek yang melampau.. bala bla. Semasa remaja saya suka melancap. bla..bla.. bala.. Kenapa telo saya senget dan besar sebelah. Kenapa mani saya warnah merah. Dan macam macam lagi.
Kesimpulannya, masyarakat kita memang sedang dilanda masalah sosial yang amat dasyat. Jika tiada tindakan awal, gejala sosial ini akan merebak dan menjadi barah. Baliklah pada agama senang cerita. Selesai semuanya.
Friday, February 15, 2008
Dilema Pemblog
Kalau mengikut pengalaman aku, masalah utama orang yang baru belajar memblog macam aku ialah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Sebenarnya bukan tidak tahu apa yang nak ditulis tetapi asyik memikirkan samada idea yang hendak ditulis nanti sesuai atau dapat mewujudkan glamor atau tidak. Atau mempunyai mempunyai nilai moral atau tidak. Atau mempunyai nilai intelektual atau tidak.
Tetapi bila aku realize balik, apa perlunya semua itu? Asalkan aku boleh terus mengetuk keyboard ini dan mengekalkan keaktifan minda ini untuk mengeluarkan idea-idea yang core dan terus menulis. Juga mengalihkan minda aku daripada kebiasaan yang menjemukan.
Sebenarnya tidak timbul masalah sebegitu. Kenapa? kerana, blog tidak ada peraturan yang perlu diikuti, tidak menghadkan jenis tulisan yang hendak ditulis. Kalau tetiba rasa nak buat surat, karang je lah surat tersebut dan masukkan dalam blog. Kalau nak khususkan lagi, buat lah surat cinta ke, surat mintak kerja ker atau surat mohon tanah ke! Tetapi penulis blog seharusnya mempunyai kesedaran moral yang tinggi iaitu jangan buat orang lain marah!!
Sebenarnya banyak perkara yang boleh ditulis dan dihuraikan. Mungkin sebuah kisah tentang monyet yang melintas jalan ketika aku balik kampung. Ia bagus kerana aku tak perlu pergi ke zoo untuk melihat monyet dan aku dapat melihat monyet dalam keadaan "wild" tidak seperti di zoo. Supaya ia lebih tragis, aku boleh selitkan kisah monyet 2 beranak yang kemalangan dan tiada nyawa lagi ketika melintas jalan kerana anak duduk di kendong ibunya dan mati katak (katak dapat nama, walaupun yang mati itu monyet). Itulah sebahagian dari wildness yang buatkan cerita lebih menarik.
Atau pun, aku pernah lihat tentera yang bawak trak macam moto besar, cilok sana dan sini. Dan tak heran, jika ramai tentera mati dalam kemalangan dari mati dalam peperangan. Aku boleh ceritakan tentang perkara itu.
Kalau nak lebih kreatif aku boleh menulis sedikit tentang satira politik negara, mengulas sajak mantan PM dulu "melayu mudah lupa" (setau aku, melayu tak pernah lupa kerana melayu tak pernah nak ingat apa-apa"). Atau menulis tentang khutbah jumaat yang aku pernah dengar. Ada satu frasa khutbah yang aku masih ingat ialah "wahai orang islam yang ada iman dihatinya". Aku maksudkan ialah reverse kepada ayat tersebut ialah "ada orang islam yang tiada iman di hatinya!!"
Pendek kata, tulislah apa sahaja yang sesuai.
Tuesday, August 22, 2006
Pemimpi
terbangun dihujung musim seperti melepaskan kekasih pergi. musim luruh tiba bersama calit tragedi berbaur kematian. hinanya diri tanpa tuhan hilang dalam ruang tirai. kesayuan dan merana dan lemas dalam bayang kehidupan. minda dibayangi kesuraman dan kesakitan merajai tubuh.
tinggalkan semangat diri di sini untuk tidur dan bermimpi. dikelilingi daun-daun berguguran dalam taman kepiluan tanpa hujung. Tiada yang selain Nya tempat ku mengadu.
di bawah pucat langit kelabu aku mimpikan kurnia Mu. doa agar Kau sangat hampir dalam kehidupan yang pilu ini. dan mimpi indah jadi abu dan harapan tiada lagi.
setelah kesakitan berpanjangan dan kebahagian tidak kunjung tiba dalam jiwa ku seru kematian
aku sangat sejuk, aku sangat sejuk. hampirkah Izrael dengan ku?
Air mata jatuh dan masih menitik panas, musim gugur telah lama mati. kabus suram tanpa hujung menyelubungi. terpersona aku dengan kecantikkannya. makbulkah doaku? makbulkah doaku?
dibawah salji berguguran, dan di taman pilu tanpa hujung, jiwa sengsara dan terbiar. harapan tidak pernah datang. sekarang aku sedar mimpi ini mainan, kembali aku hidup mutlak.
Monday, August 29, 2005
Kata PyanHabib
F"Tak pasti, ada rakan berkata kepada saya, sastera kita tidak pernah habis dengan kertas kerja dan meminta saya jangan lagi ke hulur ke hilir dengan sastera. Seorang kawan saya yang lain meminta saya jangan terus berpuisi lagi. Alasannya, puisi tak boleh bagi makan. Sejak belum merdeka sehingga Malaysia memiliki lebuhraya yang tak habis-habis dengan krisis tolnya, segala bahan bacaan dari Indonesia bersepah di pasaran kita. Sudahkah aneka bahan bacaan sastera kita berpeluang bebas di sana?"
"masuk tandas di Pasar Seni pun kita dikenakan bayaran, apatah lagi tandas di Starhill, sekali tarik zip RM2. Begitulah juga dengan baca pusi, mana boleh percuma lagi pada zaman sekarang!"
Monday, June 20, 2005
Victory of Success
The victory of success is half won when one gains the habit of setting goals and achieving them. Even the most tedious chore will become endurable as you parade through each day convinced that every task, no matter how menial or boring, bring you closer to fulfilling your dreams.
------
victory - kemenangan
gains - perolehi
tedious - menjemukan
endurable - dapat di tahan
parade - berarak
menial - kasar, rendah
Thursday, June 16, 2005
The Force Is Within Us
Size matter's not. Look at me. Judge me by my size, do you? Hmm. And well you should not. For my ally is the force, and powerful ally it is. Life creates it, makes it grow, its energy surrounds us and binds us. Luminous beings are we, not this crude matter, you must feel the force around you, here. Between you, me, the tree, the rock, everywhere, yes. Even between the land and the ship.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...