kilometer sekarang ialah : 158390
kena charge RM 90
Grand total = RM683+90 = rm773
next tukar minyak hitam ialah 158390 + 10000 = 168390
next tukat timing belt = 158390 + 80000 = 238390
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Tuesday, June 30, 2009
Aku nak tengok kapal terbang
Kalau orang pergi muzium, orang nak tengok barang-barang lama. Kalau orang gi akuarium, mestilah orang nak tengok ikan. Kalau gi airport, at least ada lah jugak hajat nak tengok kapal terbang.
Tapi airport kat tempat aku nie, tak de langsung ciri-ciri panorama indah. Semua berdinding, hanya orang yang beli tiket sahaja yang boleh tengok kapal tebang di bilik menunggu. Tapi, untuk orang yang hantar, balik je lah, kalau tidak pun, pergi ke sebelah sana, pasti boleh tengok kapalterbang. Ah leceh lah! aku bukan nak ke seberang sana, aku nak hantar orang jer.
Sepatutnya, tinjauan dibuat ke atas airport-airport hebat di serata dunia. Setau aku, semua ada anjung tinjaunya. Contoh paling dekat ialah KLIA kita lah, ada anjung tinjau yang sangat luas dan lebar walaupun tak de kerusi. Sekurang-kurangnya, ada jugak hiburan kepada sesiapa yang cuma singgah untuk hantar orang naik kapalterbang.
Nampak dari luar cam gah, tapi tak visitor friendly langsung. Cam hangin satu badan jer aku rasa!
Monday, June 29, 2009
Plan Nak Tukar Timing Belt
tak lama lagi odometer akan mencecah 160000km. so pomen dah suruh aku beli barang-barang untuk tukar timing belt. jadi aku beli:
set timing belt jenis optibelt buatan german: rm175
water pump rm 80
magnatec rm 94
oil filter rm 10
total rm359
grand total rm324 + 359 = rm683
nak buat rabu nie, berapa pulak kena charge?
Komplot - Episod 7
Aku kembali tersedar apabila kedengaran azan subuh dari surau sekolah. Aku sangat arif alunan suara yang sedang berkumandang itu. Aku tidak syak lagi, itu semestinya suara Yatim aka ustaz, tukang azan, pak iman, ustaz dan kepala agama bagi aktiviti hostel kami. Kalau teringin mendapatkan nasihat agama jumpalah si Yatim ini. Tapi, masa tu, aku mana reti nak mintak-mintak nasihat. Ruginya aku!
Lantas aku bangun dan kembali ke bilik aku untuk mempersiapkan diri , mandi, solat dan berbaju sukan. Seperti dijanjikan cikgu Zul sudah bersiap menunggu di hadapan balai pengawal, menanti dengan sabar kedatangan semua ahli kumpulan kami. Cikgu buat sedikit kejutan rupanya, pagi itu bukan kami sahaja yang kena berstamina ke pantai, tetapi jugak ahli pasukan hoki perempuan.
Pagi itu, kami berderap komando ke pantai. Tapi kali ini, semua berazam agar tidak ditinggalkan di belakang pemain pompuan. Semua berlagak nak tunjuk hebat! Tapi memang kami hebat, minggu sebelum nie kami dah berlari mendaki Bukit Pelindung.
Dengan motivasi cerita tentang matahari pagi sedang naik yang cantik di tambah pula di ekori oleh peserta wanita. Dengan pantasnya kami tiba ke pantai teluk cempedak! Setelah membuat sedikit senaman ringkas sambil berlagak kepada pengunjung lain, Cikgu zul lepaskan kami untuk acara bebas. Pagi yang nyaman, ramai mengambil keputusan untuk melihat mentari naik. Tapi kami harus kembali ke hostel semula dengan berjalan kaki.
Sunday, June 28, 2009
Ini Takdir Aku
Siang tadi melalui lebuh universiti (jalan di antara pagar UMT dan pagar UDM), deretan panjang kereta bersesak di jalan yang tiada titik keluar itu bermula dari lampu trafik hingga bulatan pasar malam dan mungkin lebih jauh dari itu.
Hari ini pendaftaran 2 universiti yang berdekatan, jalan jadi lebih sesak daripada biasa dan lebih bising. Aku terperangkap di laluan itu, rupanya ada kereta rosak di trafik light hadapan. Terus memecut menuju ke arah tok jembal. Aku mengambil keputusan meninjau kawasan asrama UMT. Ibu bapa kelihatan beransur pulang.
Memandu secara santai mengubat hiba tak dapat turut serta ke Sipadan. Tanpa sedar aku sudah berada di jalan belakang Airport. Secara spontan menekan brek dan masuk ke tepi apabila melihat sebuah airasia sedang bergerak perlahan untuk berlepas.
Aku matikan enjin dan menyandar melihat kapalterbang itu berlepas. Ketika mendongak ke langit memerhati airasia ini hilang dari pandangan, aku terfikir akan seseuatu. Hari ini aku memang telah ditakdirkan untuk melihat airasia terbang naik. Kalau bukan di sini, pasti aku melihatnya di sana.
Sebuah Meja VIP di Sebuah Warung
Ada sebuah warung yang dibuka ditepi kedai nasik kerabu yang popular di daerah ku ini. Aku percaya pemilik warung ini orang yang cukup berani dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Ketika orang berpusu-pusu mengerumuni kedai nasik kerabu, dia masih jugak sibuk dengan pelanggan di warung beliau walau tidak seramai di nasik kerabu, tetapi ada rezeki masih kepunyaan beliau.
Aku selalu singgah di situ menghabiskan 2 biji roti canai kosong "banjir" dan segelas teh tarik kerana aku tidak suka makan nasik kerabu.
Ada sebuah meja di kedai itu yang menarik minat aku. Setiap kali aku datang, meja itu dihuni oleh orang yang bersih mukanya, luas dahinya, bercakap dalam nada yang tidak tinggi dan tidak rendah dan kekadang ada maksud tersirat di dalam baris perkataan yang diluahkan. Selalunya tentang "perjuangan yang belum tamat" kekadang tentang kemanusian yang semakin hilang.
Ada yang berkopiah, berkain pelekat, berserban dan ada yang kemas berpakaian pejabat. Dan ada yang kelihatan rakyat biasa-biasa sahaja.
Dari sudut aku duduk, aku merasakan kehebatan makan di meja itu. Hanya sebuah meja kayu yang hanya ada hamparan warna kuning untuk menutup kerutu di atasnya mungkin tapi di kelilingi oleh orang yang aku rasakan ada kehebatan tersendiri.
Aku selalu bertanya,Apa yang menarik sangat di meja itu?
Saturday, June 27, 2009
Sipadan oh Sipadan II
maaf sahabat! aku tak dapat turut serta kerana aku ada kerja lain yang lebih penting untuk perjalanan yang lebih jauh!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...