Sunday, January 31, 2010

Main Bola Dalam Sangkar



semalam jumpa kawan-kawan lama dan bermain futsal. Aku lihat semua berlari seolah-olah berusia 18 tahun. Masih lagi gagah dan kuat. (tak tau lah kalau ego tak mau mengaku kalah). Aku mengaku, hari ini otot peha ku berdenyut-denyut, sakit dan juga pergelangan kaki sudha mula terasa sengal.

Aku tidak pernah bermain bola dalam sangkar sebelum ini.








Bersesak-sesak



Saturday, January 30, 2010

From GB (Gong Badak) to PR (Parit Raja) with Love

Sudah 3 kali aku berulang alik antara KT dan PR. Untuk ke PR dari KT, aku perlu melalui jalan kuantan-segamat-labis-chaah-yong peng-air hitam-Parit Raja (PR). Tetapi diantaranya ada shortcut melalui parit yaani. Kawan aku pesan, elakkan lalui jalan ini diwaktu malam. Melalui jalan ini, aku agak-agak boleh kurangkan perjalanan sebanyak 30 km.

Perjalanan ini sememangnya lebih jauh daripada menuju KL dan sistem jalanrayanya pula lebih teruk dari menuju KL kerana menuju KL boleh melalui lebuhraya yang dibayar untuk menggunakannya.

Sedangkan jalan yang dilalui ini adalah ehsan kerajaan kepada rakyat, kalau buruk pun rakyat terpaksa melaluinya juga.

Melalui 3 negeri menuju ke destinasi membolehkan aku membuat kesimpulan. Jalan raya di johor sangat teruk (maaf yer orang johor) berbanding jalan di Pahang dan Terengganu. Teruk maksud aku disini ialah ia seolah-olah tidak diselenggara menyebabkan jalan jadi jumping dengan tampalan-tampalan aspal, tambahan pula tiada lampu jalan kecuali dipekan-pekan utama. Keterukkan ini ditambah pula dengan keadaan jalan yangg turun naik, menyekatkan pandangan. Walaupun begitu, menyediakan laluan memotong dinegeri johor adalah satu idea yang baik. Cuma laluan memotong mestilah diselenggara dengan elok supaya lori ingin melalui jalan tersebut dan memberi ruang kepada kenderaan lain untuk memotong. setakat yang aku tengok laluan memotong pun dhaif, lori pun tak hingin melalui laluan tersebut, jadi laluan tersebut pula digunakan untuk memotong mengikut sisi kiri.


Melalui jalan segamat-kuantan di malam hari dan di siang hari mewujudkan perbezaan yang ketara. Laluan sepanjang 151km itu diwaktu siang amat menyesakkan. Maklumlah ia adalah laluan utama menghubungkan Kuantan dan segamat, pasti banyak "bahan" hendak dibawa masuk dan keluar, termasuk balak-balak yang menjadi kebanggaan pahang dm. Perjalanan diwaktu siang ada tersekat-sekat kerana terpaksa follow lori dan line sebelah pun diturut sibuk.

Berbeza di waktu malam, 2 malam melalui jalan ini, aku seperti raja, memecut laju tanpa rintangan. Cuma diri sahaja yang menjadi halangan. Di waktu malam tidak banyak kereta yang melalui jalan ini, mungkin kerana mitosnya. tetapi lori dan bas express tetap ada dan ruang untuk memotong terbuka luas.

Tetapi Johor pun ada cantiknya. Kebetulan pula aku ke Johor ketika rakyat Johor masih bersedih dengan kemangkatann sultan mereka. Jadi aku melihat satu permandangan yang rare pada kaca mata aku. Boleh dikatakan semua rakyat berkabung di atas kemangkatan ini. Aku jumpa tukang sapu memakai songkok dengan line putih, aku tidak hairan kerana mereka pekerja kerajaan. Tetapi yang lebih rare apabila penjual air tebu pun turut berkabung dengan cara yang sama, pekerja pam station termasuk bangladesh pun turut berkabung.

Ah perjalanan ini baru bermula!

Friday, January 29, 2010

ini hasilnya!

Tiba-tiba aku menghadapi masalah dengan Matlab. Ia seakan-akan "hang" ketika mula nak di install. Macam biasa "mesej yang keluar ialah "program is not responding".

Seawalnya, aku mengesyaki ia mempunyai masalah dengan java. Ini kerana, screen berkenaan adalah java. Tetapi aku seolah kehilangan punca bagaimana untuk "troublesome" masalah ini.

Encik TMUkmd memberi maklumat berkenaan java 1.6 yang mempunyai masalah di dalam netbeans. Ini menguatkan lagi pendapat bahawa masalah aku berpunca dari java. Dan aku mendapat satu cubaan.

Cubaan itu ialah buang netbeans dan reinstall matlab. Aku mencubanya dan aku berjaya!


Tuesday, January 26, 2010

SwissCash! Apa hal?

Aku terbaca dalam paper "pricewaterhouse (PWH)" dilantik sebagai pengurus kepada projek pemulangan balik wang pelabur dalam skim swisscash (SC). Aku terkeliru!

Aku tidak faham tendang terajang permainan ini.

Swisscash dikatakan scam atau spam. Maknanya dia adalah penipu. Penipu/pembohong mesti kena dakwa. Dan jika didapti bersalah, hukuman yang setimpal harus dijatuhkan. Itu yang aku faham!

Tetapi, jika, perbincangan sudah diadakan diantara pelabur dan pengelola, maka, permainan ini sudah menjadi benar. Jika ia benar, dimanakah kesilapan dulu sehingga ia diharamkan!

Aku tertanya-tanya, kenapa swisscash sangat baik hati untuk memulangkan duit yang telah ditipu. Dan price water house pulak dilantik sebagai agen. Siapa yang akan bayar kepada pwh ini? kerajaan? pelabur, sc? aku semakin lemas dalam permainan ini.

siapakah sc ini sebenarnya?


Ini yang kita banggakan!




Dapatkan bacaan lanjut di :


Wednesday, January 20, 2010

Ph.D II

Kata guru aku :

"Ph.D ialah melakukan penyelidikkan, tetapi tidak semua penyelidikkan adalah penyelidikkan Ph.D".


"ilmu baru wujud hanya dengan menanyakan soalan-soalan baru yang berada diluar skop pemikiran sekarang, mungkin ilmu ini hanya akan digunakan 100 tahun lagi seperti nombor perduaan, hanya digunakan 100 tahun kemudian"

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...