Friday, March 30, 2012

Suatu Hari Di Stesyen Petronas

Aku pun bergegas membawa kereta ke satu pam yang kosong, memandangkan banyak kereta yang keluar masuk, aku bimbang jika pam itu di 'curi' orang. Aku keluar dan memasukkan kad kredit dan menunggu butang yang sepatutnya. Sementara menunggu aku melihat gelagat orang ramai yang berkunjung ke stesyen petronas tersebut, almaklumlah stesyen minyak yang besar dengan restauran nasik briani. Aku pun menarik pam ke tangki kereta.

Eh! kenapa pam nie warna hitam? aku bertanya pada diri sendiri. Alamak, pam diesel nie, hatiku berdetik. Aku pun berulang kali meletak dan mengambil pam itu sehingga arahan memasukkan kad keluar semula di panel pam.

Arh! nasib baik tak tertelan minyak diesel kereta aku tadi! Alhamdulillah...

wan: yup! aku dengo cam tu jugak, kalau tertelan sikit-sikit tu, masukkan minyak petrol banyak sikit, supaya petrol dapat makan diesel, cam tu je lah!

Thursday, March 29, 2012

Aku Sayang Proton

Walau pun apa orang kata, aku tetap sayang proton. Tanpa proton aku tak tau bila aku akan pakai kereta!

Alas, rosak sikit-sikit biasalah!

Wednesday, March 21, 2012

Ada

....
dalam hutan ada taman dan dalam taman ada puterinya
dalam baju ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya
dalam awan ada hujan dan dalam hujan ada lautan
dalam aku ada dia dan dalam dia ada kita ada semua
....
- M.Nasir, Canggung Mendonan

Sunday, March 18, 2012

Saman Bergambar II

aku pun menghulurkan kedua-dua saman kepada pegawai pejabat trafik yang memakai baju biasa, dia membelek-belek saman itu. Aku pun berkata, "Boleh buat rayuan tak?"

"oh!, kalau viva nie dah murah nie, kalau waja buleh lah rm180, tapi kena datang kemudian amik resit" kata beliau

aku pun mula bersemangat, "kalau cam tu, tak apalah, saya datang amik resit kemudian, asalkan boleh kurang!"

Aku pun bertanya lagi, "viva memang tak leh ke?"

"Tak apa lah, saya cuba, RM100!"

Aku pun memberikan duit RM280, menulis Nombor telefon aku, dan aku menerima satu cetakkan maklumat saman dengan nombor telefon beliau.

"Alhamdulillah" aku mengucapkan dalam hati

"terimakasih banyak ye!"

aku terus keluar, menunggu dia menelefon aku, atau aku menelefon beliau dua minggu lagi

jawapan komen:

wan: Selamat membayar saman dan berhati-hati dijalanraya (pandu cermat, wang selamat)

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...