Wednesday, May 23, 2012

I Love You All

 Tiba-tiba sebuah lagu lama tapi masih segar kedengaran di udara. Lagu nyanyian John Lennon yang bertajuk "In My Life" ini dengan segera memberhentikan aku dari kerja-kerja yang sedang aku lakukan. Fikiran aku menerawang jauh sehingga aku sudah kembali ke asal tanah air ku. Aku teringat satu persoalan ketika aku kecil dulu ketika melihat pekerja-pekerja koontraktor TNB menaikkan tiang kayu kerana  daerah keahiran aku itu masih belum punyai letrik. Tiang-tiang letrik hendak di pasang itu hanya untuk menampung letrik 8 jam sahaja terlebih dahulu. Ketika itulah hati berdetik "Macam mana aku nak main wau lepas ni?" Ketika itu aku 7 tahun.
Dan aku teringat lagi, ketika musim-musim panas sebegini, sungai di daerah kelahiran aku ini akan dipenuhi dengan budak-budak kerana pada musim panas airnya hanya setakat pinggang, boleh menyejukkan badan seperti kerbau. Namun airnya jernih sehingga boleh nampak udang galah yang bertempiaran lagi mendengar bunyi air akibat terjunan kami semua. Dan aku teringat juga, selepas mandi sungai, aku akan balik melalui rumah Pak Mat (mungkin sudah arwah), dan tanpa malu, mintak jambu batu untuk dimakan ketika berjalan pulang. Pak Mat tidak kedekut! Jambu batu diberikan percuma, dan kami makan habis semuanya, dengan butir-butirnya sekali kerana Jambu dulu-dulu kulitnya nipis, tapi butirnya banyak dan manis, tidak seperti sekarang jambu berkulit tebal tidak berbiji tapi rasanya masam dan hambar.

Argh.. lagu ini amat bernostalgia!

There are places I'll remember
All my life, though some have changed
Some forever, not for better
Some have gone and some remain
All these places had their moments
With lovers and friends, I still can recall
Some are dead and some are living
In my life, I've loved them all 

Thursday, May 17, 2012

Googling!

Aku amat tidak pasti tentang perkara ini. Tetapi, setiap kali aku berada di dalam ketidaktahuan, atau aku mendapat sesuatu maklumat yang aku tidak tau, dengan otomatis aku akan merujuk kepada pakcik google. Aku tidak pernah mengangkat pakcik google menjadi guru aku, selalunya, jawapan yang dicari diberikan dengan ketepatan 97%. Ada kah dia guru aku?

Aku tidak pasti , perkembangan ini sihat atau tidak?

Wednesday, May 16, 2012

Coding Pertama Oleh Hackers

Aku selalu menemui coding berikut dalam banyak buku teks, aku percaya, ia adalah idea seorang bakal hackers!

#include

main()
{
  i=0;
  while (i != 10000 )
{
    printf("I won't miss a math class again, sir!");
   i++;
}
}

Meja Jepun

Sudah lama, aku menggunakan meja jepun untuk buat kerja-kerja menggunakan komputer sambil menonton tv besar. Tapi kini, aku tidak lagi boleh buat begitu, meja jepun masih lagi utuh untuk dipijak-pijak sehingga aku ada anak kecil lagi, tapi aku sendiri sudah mulai sakit pinggang!

Thursday, May 10, 2012

DI Manakah Batu Rakit?

Selepas membuat penyelidikkan yang sangat saintifik dengan merujuk kedudukan sebenar kuala lipis, aku membuat kesimpulan dan rumusan, Batu Rakit Sebenar pun boleh ditemui dengan cara yang sama!  Setelah bertemu dengan Batu 1 KM, aku pun mengira satu lagi KM dengan speedometer, akhirnya aku temui di mana Batu Rakit Sebenar! Jika aku melalui jalan darat aku akan melalui sebuah rumah cina di depan Masjid Batu Rakit, dan itulah kedudukan 0 KM dari batu 1KM terakhir. Tetapi kalau aku mengambil jalan laut, aku akan bergerak terus sebanyak 1 KM menuju ke Batu Rakit yang berada di dalam laut!




Thursday, April 19, 2012

Teka-Teki Ikan (tranung)

Ikan paling tajam - Ikan Parang

Ikan paling panjang - Ikan Lolong (long panjang, lolong sudah semestinya sangat panjang :D

Ikan paling banyak masalah - ikan HARUan

ikan paling selamat - ikan ebek (baca airbag)

itu jer setakat nie..mekasihhhhh

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...