Monday, September 23, 2013

Aplikasi Theorem Pythagoras

Ketika ini aku sedang rungsing kerana garaj kereta + store masih belum siap. dan tukang yang aku tunggu selama 3 bulan telah aku firedkan.

Petang tadi tukang baru datang dengan assistantnya, mengambil masa 2 jam sebelum berbuka untuk mengukur tapak. Dan hari ini sejarah tercipta, kerana tukang aku telah menyebut theorem pythagoras ketika membuat kerja-kerja mengukur "kesikuan". Aku tidak pernah mendengar seorang tukang pun pernah menyebut apa-apa theorem sebelum ini.


Thursday, September 19, 2013

Sebuah Dongeng Hampir Nyata

Malam tadi aku melihat 2 buat jentera angkasa yang berbentuk V terbalik, terbang melintasi ruang angkasa rumahku. Dan tiba-tiba, sebuah daripadanya meletup kerana di langgar sebuah droid. dan sebuah lagi masih lagi melilau-lilau disitu menunjuk lagak berani.

Setelah itu, aku mendapat tahu, droid itu dilancarkan oleh tentera malaysia dan jentera angkasa berbentuk V itu ialah mungkin sebuah jet tentera amerika. dan aku mendapat tahu kita telah diserang amerika.

Ketika peristiwa itu berlaku aku sedang menunjukkan sebuah teknologi baru kepada seorang kawan yang aku pasti memang lebih pandai dari aku kerana ia melihat ciptaan ku ini secara sambil lewa dan perbualan kami terhenti kerana tiba-tiba awan putih disulami langit biru tiba-tiba bertukar menjadi sebuah helikopter pengangkut yang besar, lantas menerjunkan tentera-tentera amerika ke bumi ku ini.

Aku masih tidak lari kerana ketika itu aku adalah seorang saintis dan aku terpegun dengan teknologi samaran itu. Dalam kekalutan itu, aku merasa mereka masih bodoh kerana membukakan penyamaran mereka ketika mereka mahu menurunkan askar-askar tadi. Aku merasakan ia adalah lebih baik jika penyamaran itu tidak dibuka langsung, jika berlaku sebaliknya aku hanya akan melihat, askar-askar yang tiba-tiba keluar dari awang dan langit biru. Itu lebih baik dan amat menakutkan.

Ketika itu juga aku terfikirkan kenapa tentera mereka tidak menggunakan teknologi samaran seperti helikopter pengangkut mereka. sedangkan itu lebih baik dari membiarkan kami nampak tentera-tentera mereka sedangkan mereka sudah pun menggunakan teknologi tersebut ke badan helikopter mereka. Kenapa tidak dipanjangkan sahaja kepada baju-baju tentera mereka.

Tiba-tiba, nama ku dipanggil beberapa kali diruh melarikan diri. Dan aku masih lagi keliru kenapa kampus yang berkait dengan kelautan ini menjadi sasaran. Apakah yang kami cipta disini?

nama ku terus dipanggil beberapa kali, dan aku menyahut sambil mindaku masih cuba menterjemah dan memahami kekeliruan ini.

Satu teriakan namaku yang kuat kedengaran!


Ahhh. Aku bermimpi lagi........

Wednesday, September 11, 2013

Jangan Jadi Lembu

Aku tidak mahu jadi lembu yang tiba-tiba masuk ke jalanraya ketika aku sedang meluncur laju dan memaksa aku menekan brek kecemasan. Setelah beberapa kali memberi hon lembu itu masih disitu seperti seekor raja dengan singahsananya. Dan aku terpaksa memulas stering kereta ke arah lain dan dia pun pura-pura berganjak dengan perlahan sekali.

Ketika aku sedang beratur cantik menanti anak balik sekolah seperti orang lain, ada sebuah kereta yang di pandu oleh orang yang mungkin ada kaitan dengan lembu di atas. Memandu dan terus berhenti ditengah satu-satunya jalan keluar yang ada disekolah itu. seorang perempuan keluar dari perut kereta lelaki berhati lembu , dan aku lihat beliau melilau-lilau mencari sesuatu, mungkin anak si lelaki berhati lembu itu atau mungkin anak nya juga. Dan aku terus memerhati, Sebuah kereta ingin keluar dari barisannya, dan bersusah payah memulas stering mencari ruang kosong antara kereta lelaki berhati lembu itu. Kereta lelaki berhati lembu itu, masih disitu tidak bergerak seperti tiada apa-apa, persis lembu yang aku temui tadi. Dan, kereta itu berjaya menyelit keluar,

Sebuah kereta lagi ingin keluar, tetapi kali ini, laluan beliau amat sukar, kerana sedikit dihalang oleh lelaki berhati lembu itu, satu hon dibunyikan, bukan dengan segera, kereta lelaki lembu itu bergerak sedikit ke depan memberi ruang kepada kereta yang ingin keluar. Tapi kereta itu hanya mampu mengeluarkan bontotnya sahaja. Satu lagi hon dibunyikan, Dan kereta berhati lembu ini, bergerak sedikit-sedkit dan akhirnya berlalu. Kereta itu keluar dengan jayanya. Dan aku lihat kereta lelaki berhati lembu ini kembali disitu !

Maaf, aku tidak memarahi manusia itu, aku cuma memarahi lembu yang ada dalam diri mereka.

Wednesday, August 28, 2013

Kedai Pagi

2013, adalah permulaan baru dalam kehidupan. pagi-pagi di tahun ini aku perlu keluar dari rumah seawal pukul 6 pagi , untuk memastikan anak perempuan ku dapat menaiki van menuju ke sekolah. Jika tidak keadaan akan jadi lebih buruk kerana aku sendiri yang terpaksa mengharungi ke'jem'an pagi, menghantar dia sendiri ke sekolah. Tapi ia belum pernah berlaku kerana, pernah terjadi "tiada kekejutan", dan dia langsung tidak pergi ke sekolah.

aku seringkali mencari kedai yang buka seawal sesudah subuh di sepanjang daerah ku ini untuk mencari bekalan anak ke sekolah atau untuk sarapan sebelum kesekolah. maaf tiada kedai makan di waktu begini. Yang aku temui hanyalah warung-warung bungkus, dengan pelbagai bungkusan makanan yang perlu take-away. Dan seawal pagi itu aku temui pelbagai jenis makan di luar akal: nasi lemak, nasik ayam, nasi minyak, mee kari, laksa penang, sate ayam, nasi himpit, karipap ikan, karipap daging, hot-dog, roti arab. roti jala. Semuanya boleh di makan di waktu pagi. Dan aku mencuba nasik ayam di waktu pagi. Anak ku menyukainya!

Selepas raya 2013, nafsu makan meuncak-muncak dan akhirnya aku temui sebuah kedai pagi. sebelum ini tidak pernah aku perasan. Tapi kini setiap kali aku melaluinya, pasti berdiri lelaki-lelaki berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat, menanti bungkusan masing-masing. Dan ia adalah sebuah kedai nasi kerabu!

Bahkan aku selalu juga melalui sebuah gerai burger 24 jam!, kerana aku tidak pernah lihat ia ditutup dan melihat pembelinya di awal pagi. Rupanya ada peminat burger di awal pagi. Bukan ke MCD ada buat package breakfast!

ah, aku cuma ingin menyatakan bahawa pagi itu penuh dengan rezeki yang melimpah ruah kepada sesiapa yang ingin mencarinya!

** tambahan

aku dengari di dalam radio,

“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)


Tuesday, July 30, 2013

ruang keluarga

aku sedang dalam proses mengubah ruang keluarga yang ada sekarang menjadi sebegini


walaupun fulus macam tak ada, aku rasa ia pasti boleh dicapai!

Monday, July 29, 2013

CustCare - Customer Care

Tarikh Laporan: 29 July 2013, 9.13am

Kerosakkan: Monitor berkelip-kelip dengan mesej "Check cable" (aku dah check, ok jerrrrrrr)

Tarikh response: 29 July 2013, 11.00am

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...