Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Sunday, June 01, 2014
Saturday, May 31, 2014
Baik
orang selalu berkata " buat baik akan di balas baik, buat jahat akan di balas jahat". Apa maksudnya? Aku selalu terbaca tulisan-tulisan kayawang-kayawang dari barat yang lahir dari kelompok bawahan dan akhinya mati menjadi bangsawan. Mereka selalu berkata "kunci kepada kejayaan mereka adalah hasil dari perbuatan baik yang mereka lakukan. Jadi mereka tidak segan silu mengagihkan apa yang mereka ada kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, Bill Gates sendiri mempunyai yayasan sendiri untuk mengagihkan kekayaan beliau, sama seperti arwah Steve Jobs, memberikan pendapatan beliau kepada badan-badan derma.
Ada seorang professor muda di hull universiti yang aku dengari sangat suka membantu orang ramai. Seorang pelajar malaysia yang kebetulan dibawah penyelian berkata, professor ini selalu didatangi oleh pelajar-pelajar dari penyelia lain, bahkan dari fakulti lain untuk bertanyakan soalan. Tetapi beliau membantu mereka semua dengan sepatutnya dan beliau tidak pernah menolak! Juga diceritakan, beliau suka belanja orang makan ketika tengah hari. Tetapi yang paling best, beliau juga turut membelanjakan gaji beliau untuk membantu rakyat palestin!!
Aku ingat-ingat lupa sebuah hadis rasullullah yang membawa maksud satu sedekah yang diberikan akan dikembalikan sebanyak 10 kali ganda. Sebagaimana kisah seorang hamba Allah di waktu itu yang meyedekahkan sebutir jambu ( aku tak ingat apa sebenarnya yang disedekahkan) ketika petang dia didatangi sahabat yang lain dengan membawa 9 biji jambu dihadiahkan kepada beliau. lantas beliau bertanyakan mana sebiji lagi. Lantas sahabat tadi mengeluarkan sebiji yang telah disembunyikan lalu bertanya kenapa dia tahu jambu tersebt tak cukup? Sahabat ini lalu menyebut hadis tadi.
Dan sekarang aku amat berbangga dengan sahabat-sahabat di sekeliling yang selalu berbuat baik sesama manusia. Siapa yang sanggup mengambil baju-baju serta kain-kain pelikat yang diwakafkan disurau lalu membasuhnya dan memulangkan kembali kesurau tersebut supaya musafir yang singgah dapat mengunakan baju atau kain pelikat yang wangi. Sahabat-sahabat yang sedaya upaya membersihkan karpet masjid sebelum jumaat supaya nanti kita sujud di tempat yang bersih tidak hapak, sahabat-sahabat yang mengutip sampah di jalanan lantas membuangnya kerana tidak mau org lain sakit mata kerannya. Juga sahabat-sahabat yang membantu membetulkan tulisan orang lain dengan niat kerana Allah.
Aku respek sekali kerana aku masih tidak mampu melakukan perkara sebegitu.

Sunday, May 04, 2014
this is me!
ENLIGHTENED
You are in love with happiness and nature. You want every one to have a joyful and fulfilling life. You enjoy peace and serenity but are also exceptionally adventurous and overall jazzed about life!
Tuesday, March 25, 2014
MH370
Ku cuba mencari cari mana pergimu
, Di celah kebiruan awan nan biru
, Ku cuba cuba lagi mungkin kan bertemu, Tapi apalah dayaku, Kepada Yang Maha Esa
, Ku cuba memohonkan....
(Lirik Hilang by BPR)
****REST IN PEACE****
(Lirik Hilang by BPR)
****REST IN PEACE****
Wednesday, March 05, 2014
Ilham Dari tuhan
Di satu jalan, aku diberitahu supaya membuat pusingan disatu susur keluar. Aku terus mengikuti arahan itu. dan kini aku berada di persimpangan tanpa henti, dikiri dan kanan ku kenderaan berat dan besar bertali arus, sekali-sekali, ada kenderaan kecil melintas. Lama aku disitu, berfikir bagaimana untuk mencelah masuk.
Sebuah kereta di belakang, menyusur ke tepi dan memandangku. Dia pun meluru masuk di tengah-tengah kesibukan itu. Aku pun menurut dengan kaedah yang ditunjukkan!
Aku teringat cerita Qobil dengan burung gagak!

VIVA!
Tiga hari sudah berlalu. Hentaman masih terdengar-dengar di corong telinga, kritikan masih terbayang-bayang di ruang mata. Ketika jaga, ketika tidur. Ketika makan, ketika itu!.
Kini hingus mencurah keluar, badan seram sejuk, aku keletihan, urat saraf berdenyut, kepala terasa senak, perut tidak selesa, mata sedikit pedih, telinga juga berdengung, Demam ini kerana VIVA atau perjalanan yang jauh?
Ah, aku hanya insan kerdil yang mencari MU dengan jalan lain!

Tuesday, March 04, 2014
SMS kepada Kanjee
* diolah semula dari sms kepada kanjee
Salam Kanjee, Aku sampai rumah jam 12++ malam tadi, First aku mintak maaf sebab kensel program hari isnin (maaf juga untuk shidah). Lepas bertolak dari parit raja aku hubungi wan shafei, kerana arah tujuan aku pada hari itu, aku menuju ke rumah wan di pulau indah. (Bayangkan sudah 23 tahun aku tidak menemui beliau).
Kebetulan pula aku tiba hampir sama dengan waktu wan balik kerja, dan kebetulan GPS yang aku pakai buatkan aku tersesat, aku dijemput oleh wan di depan sekolah menengah pulau indah.
Berdasarkan nombor yang ko beri, selepas beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat alamat wak latif. Wak Latif kini tinggal di puncak alam fasa 3. Malam tersebut kami terus ke sana dibantu oleh pakcik papago.
Keadaan kaki Wak Latif kini lebih baik dari gambar dalam FB, cuma ada sedikit yang belum kering. Tetapi Latif masuk hospital baru nie kerana jangkitan baru di sebelah tangan kanan, kerana tercucuk kayu penyapu ketika jatuh di bilik air. Aku cuma boleh gambarkan, keadaan tangan itu membengkak seperti bisul yang nak pecah, kemerahan dan sesetengah tempat sudah ada tanda kekuningan . Aku rasa derita yang latif tanggung lebih teruk daripada yang aku ceritakan ini. Tapi aku tak mampu nak ambil gambar, kerana aku rasa tidak sesuai. Sekarang aku menyesal kerana tak ambil gambar.Bengkak itu bermula dari atas pergelangan sehngga ke pangkal ketiak.
So misi aku untuk beri dia ubat yang diberikan oleh supervisor aku sudah berjaya, cuma aku tidak pasti akan makan atau tidak. Kalau ko boleh suruh dia makan, kerana ko juga mendengar cerita dari supervisor aku tu kan?
Latif menyebut dia mendapat banyak lawatan dari kawan-kawan sekolah, tetapi tidak dari rakan-rakan sediploma. Sehinggakan isteri beliau bertanya, kami berdua dari rakan yang mana?
Bagaimana pun, latif seorang yang tabah, masih ceria melayan kami berdua. Masih buat joke seperti orang yang sihat. Tapi hati di dalam siapa yang tahu? Kami berbual-bual sehingga hampir jam 12+- malam.
So malam itu aku bermalam di rumah Wan yang sentiasa honey moon. Semua anak anak beliau tinggal di asrama, 2 di mrsm dan satu di unimap.
Keesokan selepas breakfast, aku bergerak mencari lagi seorang rakan TNB (aku memanggilnya Pakcik) yang sudah pencen di Sungai Buluh.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...