Tuesday, May 03, 2016

Where is the Idea?

"To Write a single line, you need to see cities, men and things. You need to know animals, sense how birds fly, and know how flower open up in the morning. You must recall trails in unknown lands, unexpected encounters, departures announced in advance, childhood days still shrouded in mystery, mornings by the sea, the sea itself, distant seas, night-time journeys high in the sky beneath the stars. Knowing how to do that is not enough. You must have memories of many different nights of love. You must have known the dying, sat with the dead in the bedroom, with window open and the sound coming in bursts. Having memories is not enough. Forget them if they are too numerous and wait patiently for them to return. For memories are not yet that. When the become our blood, our gaze, our gestures, when they finally become part of us, at that point, very rarely, the first word of a line rises up from among them." From Clara and Moi, French Movies

Tuesday, April 05, 2016

Kereta Formula1

Semalam aku bercerita ttg kereta yang berlumba-lumba nak masuk kerja seolah-olah jalan tu dia aje yang punya. Dan aku berharap aku tidak menjadi terlalu jahat untuk mengakibatkan merea mendapat peljaran yang keras mungkin melnggar lembu contohnya. Dan aku berharap jgak kereta kau akn bertukar menjadi sebuah kereta yang laju. Ala ala turbo gitu der!

Kereta ku tak pernah menyakiti hatiku. Sehinggalah 2 malam lepas aku telah menykiti keretku dengan meletkkan 2 ekor ayam bersama kurungannya di seat belakang dan berlapiskan kertas surat khabar sinar.

Pagi semalam aku temui tompok-tompok taik ayam di bendul pintu. Mungkin mereka terkejut ketika aku memasukkan mereka ke dalam kereta lantas terberak terkincit-kincit. Maafkan aku kereta, aku tak sangka mereka melepas dimuka pintu.

Dan semalam keretaku mampus dipersimpangan sekolah ketika dalam perjalanan mengambil anak balik dari sekolah. Setelah aircond kereta dimatikan, aku cuba start dan ia hidup seperti biasa. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku perhatikan meter suhu yang sudah mencanak naik hampir menyentuh tahap maksimum. Lantas aku swift to the left betul betul di bawah pokok. Lebih teduh disitu. Engin dimatikan. Dan aku berada dalam 200 meter dari bas stand sekolah!

Aku cuba merecall ilmu ilmu enjin yang aku ada. Jadi, supaya aku tidak di salah anggap, berenti ikut suka, aku keluar dan membuka bonet depan. Dan kembali ke kusyen, meneruskan pemikiran. Oleh kerana meter suhu yang mencanak, aku terfikir untuk membuka tudung radiator. Mengambil baju yang aku gunakan untuk alas kerusi, aku membuka tudung tersebut dan aku pelik, tiada air panas yang menyembur keluar. Mungkin tangki air ku sudah betul betul kering.

Aku selalu menyimpan sebotol air di bonet belakang untuk kecemasan. Selalunya botol mineral 1.5, tapi entah kenapa kali ini aku hanya dapati botol mineral 500 l sahaja. Lantas aku tuangkan ke dalam radiator dan bunyi air tumpah ke tanah muncul tiba-tiba, sehingga habis sebotol air barulah ia berhenti. Aku mengendap sedikit ke dalam. Argh, ternampak water host yang tercabut dari radiator, Aku cuba memasukkan dan seterusnya Aku pun menelepon pomen untuk datang, kerana aku rasa aku tak mampu memasukkan kembali hosts tersebuit dengan peralatan yang terhad.



Aku biarkan kereta disitu dan mengambil anakku, kerana pelajar kelihatan sudah semakain kurang diambil oleh penjaga masing-masing samada dengan bas, motor, kereta. Dan aku pun melepak di taman permainan yang kebetulan berdekatan disitu. Angin bertiup lembut, tetapi butang bajuku 2 di atas telah kubukakan.

Pomen dtang, dan mlakukan kerja beliau. Sebuah alat, seperti dibawah di saran ditanggalkan. Dan selepas itu kereta aku semakin smooth dan sudah menghampiri turbo rasanya. Aku gembira.







Monday, April 04, 2016

Kereta Formula1 dan Lembu

Akhir-akhir ini aku selalu mengimpikan kereta waja yang aku guna pakai sekarang di sumpah menjadi sebuah kereta lumba. Maksud aku injinnya di upgrade ke tahap 2.5, tak ada turbo pun tak kisah. Jadi dengannya aku boleh memecut laju menghantar anak ke sekolah apabila masa sudah suntuk dan pagar sekolah hampir ditutup.

Tetapi itu hanyalah impian semata-mata, bahkan setiap pagi aku hanya menonton dan mengelak ke tepi kereta-kereta "sedap" yang memecut laju di jalan kampung. Aku dengar cerita, kereta-kereta "sedap" ini adalah milik orang kerja petronas (jelas tu kan - maafkan jika maklumat itu salah).

Tetapi hati manusia ini kalau selalu diusik ia akan menjadi tidak sabar dan geram (tmbahan aku pula bukan orang beriman yang boleh mengurus mutmainnah dengan baik). Jadi, paling koman, kemarahan ini hanya menyusulkan kata-kata caruk di mulut. Bahkan, mulut semakin busuk dengan caruk yang pelbagai-bagai.

Kini, hati sudah tidak tahan lagi. Orang kata asyik aku aje yang beri jalan. Tak boleh dibiarkan macam tu. Kalaulah suatu hari, ada dikhabarkan org langgar lembu di jalan tersebut, jangan kau tunding jari pada aku!

Monday, March 21, 2016

Scene Basuh Kereta

Di tempat aku kini ada 2 buah tempat basuh kereta yang pantas. Luaran kereta boleh dibasuh lebih kurang 5 minit dengan harga lima ringgit. Malangnya, kedua-dua mesin basuh kereta pantas ini dikuasai oleh bangla. Oleh kerana masa yang tidak tentu dan aku sudah dilanda kepenatan jika kerja kuat, maka sekali sekala aku turut singgah di kedai basuh kereta pantas ini.

Bukan tiada kedai basuh kereta melayu. Tetapi jika dibandingkan dengan waktu menunggu, aku rasa tidak berbaloi untuk basuh kereta di kedai melayu walaupun basuhan mereka sebenarnya lebih bersih dan mengiutkan.

Lalu aku terfikir-fikir bagaimana harus aku lakukan untu untuk aku menolong bangsaku ini?

Ketam mengajar Anaknya Berjalan Betul

Sudah lama aku berfikir tentang kata-kata ini. Dan, sudah lama aku tidak bersetuju dengan ertinya yang seolah-olah menyalahkan ibu ketam yang berjalan tidak betul tetapi hendak mengajar anaknya berjalan dengan betul.

Kalau aku sekor ibu ketam yang berjalan mengiring, tidak betul pada pandangan orang lain, sudah tentu aku berkehendak supaya anak ketam nanti berjalan betul supaya ia dilihat betul oleh binatang lain. Masalah sebenar hanya wujud apabila ketam melihat berjalan betul  dari sudut bukan mata ketam adalah betul, Sedangkan, adalah salah untuk ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana pada pandangan mata ketam berjalan mengiring adalah yang betul!

kih kih kih. susahnya juga kalau berfikiran tahap gaban!

Sebenarnya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik ntuk anak masing-masing. Sebab itu, anak-anak dihantar mengaji agama dan sekarang, anak-anak di hantar mengaji KAFA. Inilah perkara pokok yang ingin aku huraikan sebenarnya.

Setiap kali aku mengunjugi sekolah di waktu petang untuk mengambil anak pulang dari KAFA aku sangat berbangga kerana anak-anak ini sudah mula menjadi biasa menghadiri kelas petang selepas sepagi sudah belajar di dalam kelas.

Namun, ibu bapa yang menunggu anak-anak tidak menunjukkan mereka mempunyai ilmu KAFA yang cukup. Mencari tempat menunggu dengan tidak kisah hal orang lain, parkir sesuka hati sehingga menganggu lalu lintas secara tidak langsung menunjukkan mereka tiada KAFA.

Dan bahkan mereka seeloknya yang lebih buruk dari ketam kerana anak-anak yang diajar sudah betul dengan KAFA mulai dipesongkan dengan gelagat mereka sendiri.

Huh, lega!

Sunday, March 20, 2016

Gua Mahu Kaya

Aku jumpa rancangan ni kat dinding rumah sewa aku. Nampak macam meyakinkan kalau
KERJA KUAT LAH
 

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...