Bahan-bahannya
1. 2 genggam cendawan hitam (Mok Yee) dibasuh dan direndam sehingga kembang, kemudian dihiris atau digunting
2. 10 biji kurma merah (red dates) dibasuh
3. 20 biji Kay Chee dibasuh
4. 1 inci halia dihiris
5. Bahan-bahan hendaklah diganti baru setiap hari untuk persediaan yg lain
Cara menyediakannya
1. Renih kesemua bahan-bahan di atas (dengan api kecil) di dalam periuk tanah selama 8 jam dengan 7 mangkuk air. Renih sehingga tinggal 1 mangkuk air sahaja. Sekiranya air berkurangan, sila tambah sedikit.
2. Tapis, ambil airnya dan diminum setiap pagi, 30 minit sebelum bersarapan.
3. Amalkan selama 14 hari
4. Elakkan makanan yg berlemak atau berminyak selama meminumnya, untuk mendapat khasiat yg terbaik.
5. Buatlah 1-2 tahun sekali
No comments:
Post a Comment