Las sekali aku gi cameron highland ialah masa piala dunia 2010. Lepas tu rasa nak pergi lagi sekali pada world cup 2014. Namun hajat tak kecapaian.
Langkawi pulak, las sekali gi masa anak sulung umur 4 tahun, sekarang anak sulung dah berumur 19. Tapi Langkawi ni adalah pilihan yang sukar kerana ia adalah ssyurga membeli. ada dua ss kat syurga tu kerana nak kabo, bertapa hebatnya membeli belah disitu. Itu yang buatkan aku jadi khuatir.
Masa gi cameron pada tahun 2010, lalu ikut jalan Felda aring. jalan buruk gila, rasa sedih membayangkan kerohokan kereta melalui jalan tersebut.
Sekarang aku dengar cerita, jalan aring sudah comel, line telfon pun full bar. itu yang buat aku bersemangat nak gi ke sana semula.
Tapi aku membayangkan, perjalanan kali ini lebih berbentuk kembara silaturahim, kerana aku ingin membawa semua adik beradik yang ada termasuk mak aku sekali. maksudnya jalan-jalan sambil sambut hari keluarga. Tapi masalahnya, macam mana nak cari masa yang sesuai untuk semua orang.
Susah nak cari masa yang sesuai ni!
Selamat Berhari Keluarga. Ambo last sampai sana masa anak bongsu umur 7 tahun (2007). Ambo masuk ikut Tapah.
ReplyDelete