Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Monday, November 28, 2016
Monday, October 24, 2016
Oh TNB Ku
Penantian selama hampir 4 bulan kini sudah berakhir. Semalam, aku telah menerima bil tnb yang berjumlah sebanyak 813 hinggit.
Huh, mana nak cekau duit nak bayar sekaligus. Hari ni menggunakan perisian OG1Asean, aku bayar je dulu sebanyak RM200. Itu je yang aku ada.
Kalu TNB dah beria sangat nak potong nak buat camner kan! kan! kan!
Anyway menggunakan OG1Asean aku dah dapat jimat 10 hinggit, saper nak beri kan! kan! kan!

Friday, October 14, 2016
Internet Laju
Sekarang aku guna tm streamyx 2mb, mula-mula guna dulu rasa macam laju dan tak putus. sekarang aku rasa tidak berbaloi dengan bayaran aku buat. Rasa nak potong je line internet ni. Tapi suatu masa nanti akan aku potong jugak! beringatlah wahai telekom, customer akan hilang sorang!
Giliran aku nak capai internet je, line macam putus-putus, hampeh betul. Tambahan pula bila semua orang dalam rumah start capai internet. Lagi la giler dia punya perlahan. Aku memang dah fedap!
Tapi aku tak de alternative lain sekarang ni! So terpaksalah bersabar dengan keadaan ini dengan bangun awal awal pagi untuk capai internet dan buat kerja ak. Orang lain bangun semayang tahajud, aku lak bangun capai internet, kira adalah perasaan kesal jugak!
Bila aku cari-cari, aku tengok maxis macam best je homeplan dia! tambahan abg ipar aku kat kayel pun guna line tu. Memang best. malangnya kat tempat aku tak de package tu, maxis suruh regis bb. Alahai buat apa?
Maxis, bila nak datang sini, biar telekom sedar diri sikit!
Benci aku!

Thursday, September 22, 2016
Ubat Gout
Dapat maklumat ni dari wasap. Simpan kat sini senang nak cari!
Hj Sharif Nasser:
Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.
Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.
Dengan izin Allah swt saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.
Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"
Saya jawab, "Gout Pak..!"
"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.
"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.
"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.
Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!
Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.
- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

Tuesday, August 30, 2016
Merdeka 59
Selamat menymbut ulangtahun kemerdekaan yang ke 59.
Semoga merdeka jiwa
merdeka raga,
merdeka segala-galanya
Semoga merdeka jiwa
merdeka raga,
merdeka segala-galanya
Tuesday, August 23, 2016
Sunday, August 21, 2016
Wednesday, August 10, 2016
Damailah Disana Sahabat
Entah mengapa, aku tia-tiba teringat pada arwah. Aku cuba menelefon beberapa kali, tapi tidak berjawab.
Aku menelepon isterinya, dan menerima jawapan dia sudah tiada.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedutan dari harian metro 10 Disember 2015
Marang: “Biasanya arwah hanya akan terbang apabila saya berada bersamanya, tetapi kali ini dia melakukan penerbangan tanpa saya,” kata Wan Johairah Jaafar, 43, isteri kepada Mohd Asri Ismail, 46, yang maut selepas paramotor dinaikinya terlanggar benteng sebelum jatuh ke dalam sungai.
Dalam kejadian jam 6.30 petang di Pengkalan Bukit Datu, Bukit Tunggal di Kuala Nerus, kelmarin, Mohd Asri meninggal dunia akibat lemas.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
Rakan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya patah tangan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Paramotor dinaiki Mohd Asri dan rakannya terlanggar benteng ketika mereka cuba melakukan penerbangan sebelum terjunam ke dalam sungai.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alfatihah aku sedekahkan, semoga aman disana.
Al-Fatihah..

Sunday, July 31, 2016
Kopiah dan Bawa Kereta
Aku selalu berdepan dengan situasi kereta yang dipandu perlahan tanpa alasan yang kukuh. Ketika orang sedang berkejaran menghantar anak ke sekolah cuba mengelak nama di ambil oleh pengawas. Atau pun ketika aku sedang berkejaran ke pejabat ketika waktu sudah menghampiri pukul 8, mengelak dari kad tumbuk berwarna merah.
Dan ada sahaja, kereta yang keluar dari simpang tanpa brek dan memaksa aku membrek bagi pihak beliau. Dan ada sahaja kereta yang dipandu santai ketika itu. Dan selalunya mereka adalah lelaki yang berkopiah!
Aku merasa sangat heran, adakah mereka sudah punyai banyak pahala untuk mati ketika itu?

Monday, July 25, 2016
Semua Orang Mahu Terbang
Selepas Air Asia muncul, aku turut bersyukur kerana aku boleh naik kapalterbang. Dan tambah lagi bersyukur kerana aku kini boleh naik MAS yang lebih murah dari air asia.
Selepas T.F buat duit ribu riban dengan biz ini, muncul pula Rayani Air. Turut mengambil peluang atas keperluan dan prestij. Tetapi tak lama! Rayani Air masih lagi berhutang dengan pelanggan mereka.
Kini, muncul lagi satu syarikat baru, Suasa Air, yang ini lagi hebat! Belum dapat lesen sudah terbang.
...
Aku selalu lihat, setiap pagi helikopter lalu di atas rumahku. Aku dengar, mereka ialah pekerja berbayar mahal yang menuju ke pelantar minyak. Setiap petang, helikopter ini pun melalui atas atap rumah ku membawa mereka pulang, yang aku rasa sudah pasti Kuala Lumpur.
Jika berdasarkan daya beli ini, satu biz yang bagus ialah Sky Taxi. Cuba fikir-fikir!

Wednesday, July 20, 2016
Kekosongan
Malam ini
kekosongan merajai
hati kosong
jiwa kosong
tiada cinta
tiada kehendak
tiada segalanya
aku bangkit
dan tidur.
kekosongan merajai
hati kosong
jiwa kosong
tiada cinta
tiada kehendak
tiada segalanya
aku bangkit
dan tidur.
Monday, July 11, 2016
Sunday, July 10, 2016
Friday, July 01, 2016
Jalaluddin Rumi 1
Jalaluddin Rumi berkata
Jangan berduka, apa sahaja yang yang kehilangan akan datang dalam bentuk lain
Ada orang yang kaya, tapi tidak cukup, tapi orang miskin, boleh besarkan 10 orang anak,
ada pegawai besar tapi selalu sakit-sakit tapi diberi wang yang cukup untuk membiayai penyakitnya. Ada orang kecil, gaji 500, tapi mampu tersenyum dan jarang dilanda musibah.
Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh beliau

Thursday, June 30, 2016
Tertinggal Baris
Bulan puasa tahun ni aku mengambil pendekatan baca quran dengan lebih tekun. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku boleh baca quran. Walaupun, kesungguhan baca quran hanya muncul disaat-saat akhir puasa, namun, aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan untuk baca quran.
Oleh kerana mata sudah begitu rabun, aku menggunakan software AlQuran_Digital yang ada dalam ebook mat said. Membaca disitu , tulisan boleh dibesarkan dan dikecilkan. Manakala jika ada keraguan sebutan atau tulisan boleh terus dengar dari bacaan asal!
Namun, dalam surah Ar-Rad ayat 35, aku temui kesilapan iaitu tiada baris bawah seperti yang ditunjuk dalam gambar kat bawah. Bulatan merah atas ialah ayat dalam software Alquran_Digital, manakala bulatan bawah ialah dari quran.com. Jelas disitu, baris bawah tertinggal dalam software berkenaan.
*sedang cuba contact pengeluar software untuk dimaklumkan

Wednesday, June 29, 2016
Ramadhan
Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan kelebihan. Yang paling special ialah di dalamnya ada satu malam di mana amalan kita pada malam tersebut akan digandakan sebanyak 83 bulan. Bayangkan, baca quran sekali, tetapi dapat pahala untuk bacaan selama 83 bulan! Tetapi diantara 30 hari ramadhan ini, yang mana satu harinya?
Lantas, orang-orang biasa seperti aku cuba menjadi guru kepada diri sendiri, membaca perutusan motivasi dari kawan-kawan maya, cuba menginterpretasi sendiri, membuka lembaran kata-kata nabi, cuba menjawab teka teka ini. Mencari jalan pendek, lalu, ada yang berkata malam yang ke 21, ada yang berkata malam yang ke 23, ada yang berkata malam yang ke 27.
Kita terlupa setiap malam dalam Ramadhan penuh keberkatan. Setiap amalan di gandakan. Berapa gandaannya, terserah pada yang esa. Mungkin kita terlupa perkara yang kecil ini kerana kita sentiasa disibukkan dengan misteri bilakah malam lailatulqadar?
Tetapi, kebenaran yang jelas tentang ramadhan ialah apabila kita mula menyedari bahawa banyak aktiviti-aktiviti keagamaan tidak dilaksanakan oleh tubuh-badan bukan kerana syaitan (syaitan diikat pada bulan itu) tetapi oleh penolakan diri sendiri!

Pemain Import
Dalam perlawanan bola sepak liga tempatan kita melihat pengambilan pemain-pemain import sebagai penyntik semangat kepada anak-anak tempatan di samping pemindahan ilmu. Tak tahulah macam mana ilmu bola sepak dipindahkan sesama pemain ini!
Apa yang best tentang pemain import ialah prestasi mereka dipanatau secara langsung oleh peminat bola tempatan. Kalau ada kekurangan prestasi di atas padang, mereka boleh terus ditamatkan kontrak. Itu yang berlaku mutakhir ini.
Tetapi sejauh manakah keikhlasan pemain-pemain import ini menyumbangkan tenaga mereka untuk perkembangan bolasepak negara? Atau sekadar mengambil keuntungan di atas kestabilan ekonomi negara dengan bayaran yang mahal dan kebaikkan budaya masyarakat tempatan? Atau mungkin juga sebagai agen inteligent. Kita mana tau? Mungkin perlu diperincikan tugasan-tugasan pemain import supaya kehadiran mereka bukan hanya sekadar bermain dipadang, fokus juga harus diberikan kepada pemindahan ilmu mereka, bukan sahaja kepada rakan-rakan sepasukan tetapi juga kepada generasi pelapis yang berada di bangku sekolah rendah ketika ini.
Keadaan ini tidak terhad kepada pemain-pemain import bola sepak, bahkan juga kepada pemain-pemain import bidang lain, contohnya seperti bidang pengurusan, teknologi maklumat dan pelbagai lagi. Seolah-olah negara ini tidak mempunyai pakar tempatan langsung! Bahkan, monyet pun kalau dilatih boleh memilih antara kelapa muda dan kelapa tua.
Sudah sampai masanya untuk kita melihat perkara ini dengan lebih serius demi sebuah negara Malaysia yang dicintai.
ke guane gu?

Christoph Mueller
Sunday, June 26, 2016
Heran Weh
Aku dengar dari TV dan radio, Aku baca dalam suratkhabar. Orang pun sembang merata rawe.
Mercun memang diharamkan diMalaysia. Tapi setiap malam dibulan ramadhan ini aku dengar bunyi mercun. pergi pasar ramadhan pun ada orang jual mercun, Tepi jalan pun ada orang jual mercun.
Haram ke tak haram?

Sunday, June 19, 2016
Nah Amik Ni!
"Tiada undang-undang yang memberi hak kepada orang awam untuk memberhentikan laluan untuk beri laluan , hanya kuasa polis trafik sahaja" katanya (ACP Mohd Nazri Hussein, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur)
Ketua
Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd. Nadzri Hussain - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wujud-pengiring-haram-di-ibu-kota-mohd-nadzri-1.344550#sthash.pfGNJkLC.dpuf
Sementara
itu, Mohd. Nadzri berkata, pihak polis memandang serius kegiatan
tersebut kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya
lain.
"Tiada undang-undang yang memberikan hak kepada orang awam untuk memberhentikan kenderaan untuk beri laluan. Hanya kuasa polis trafik sahaja," katanya. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wujud-pengiring-haram-di-ibu-kota-mohd-nadzri-1.344550#sthash.pfGNJkLC.dpuf

"Tiada undang-undang yang memberikan hak kepada orang awam untuk memberhentikan kenderaan untuk beri laluan. Hanya kuasa polis trafik sahaja," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wujud-pengiring-haram-di-ibu-kota-mohd-nadzri-1.344550#sthash.BK6Fumy4.dpufefwefw

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wujud-pengiring-haram-di-ibu-kota-mohd-nadzri-1.344550#sthash.BK6Fumy4.dpuf

Sunday, June 12, 2016
Apakah cara sebenar?
Aku melihat sebuah gambar di utusan malaysia online, lantas timbul sebuah persoalan, apakah cara yang betul.
Di dalam gambar di atas ialah perbuatan sindikit yang memindahkan gas dari tong kecil ke tong besar. Yang menimbulkan soalan ialah, kedudukan tong gas kecil yang terlingkup. JIka dibandingkan dengan kepakaran sendikit yang melakukan kerja ini sudah pasti tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghabiskan sisa gas di dalam tong kecil.
Apakah cara ini cara yang betul? Boleh tak apply di dapur juga?

Isteri Kedua
Tiba-tiba aku tersesat ke sebuah blog (http://sheikhmustafakamal.blogspot.my/) yang menceritakan tentang kahwin lebih dari satu. Yang lebih penting ialah kahwin demi membantu ummah. Yang dikisahkan ialah tentang mengahwini gadis gadis dari patani atau pun champa. Naskah zahir dihantar sebulan sekali, lebih kurang RM200 sebulan, mengikut kos sara hiduo di sana, dan nafkah batin diberi mengikut kemampuan. Selalunya paling lama 4 bulan sekali!
Nah! aku paling suka dengan komen-komen yang diberikan kerana cerita kawin lebih dari satu adalah kesukaan lelaki .
Kesimpulan yang aku buat ialah adakah mereka memang benar-benar tak reti mengorat, tak pernah mengorat dan hanya menunggu buah jatuh dari langit! maaf yer...

Friday, June 03, 2016
Travel Log - Jun 2016
Sebagai menyambut cabaran cuti sekolah dan sambutan pra ramadhan (semuanya hanyalah alasan) aku ke kuala lumpur.
Setiap kali aku menonton iklan trivago, aku teringin sekali mengayakan gaya perempuan tersebut yang bergegar seluruh badan keran enjoy dengan perkhidmatan trivago. Ah! mentari tidak selalu bersinar terang. Aku mandapat nasib perempuan yang bermuka masam.
Selain dari harga yang sedikit menguntungkan, aku cuma dapat bilik hotel yang perlu request tuala mandi, pili mandi yang mengalir airnya dari dua arah, paip yang mengegarkan dinding dan menganggu orang sebelah (org sebelah pun menganggu aku dengan bunyi yang sama), TV yang punyai saluran-saluran standard (aku boleh tengok kat rumah)dan yang paling bisa, bilik hannya punyai 3 plug sahaja. 1 plug untuk tv, 1 untuk icebox dan satu lagi untuk cerek yang peru digilirkan untuk ironing dan mengecas telefon dan menyambung kabel laptop. Sambungan wifi juga lebih perlahan dari pak siput yang berlari.
Akhirnya aku akur dengan perempuan yang bernuka masam itu.
Namun aku masih juga punyai keuntungan disini, kerana keluar ke pusat membeli belah, aku hanya berjalan kaki dan kos perkhidmatan awam telah dikurangkan.
Namun alhamdulillah, aku masih masih berkesempatan menghayati cuti ini!
Hari Guru
Aku berpendapat HAri Guru telah disambut secara berlebih-lebihan.
Adakah benar pelajar dengan sukarela menyambut hari guru dengan penuh
ikhlas dan keriangan?
Entahlah, tapi dengan lakonan imbau semula membuatkan aku lebih tidak
suka kepada sambutan itu.
Aku sememangnya menyukai guruku kerana guruku adalah yang terbaik. Namun
aku tidak pernah memberi hadiah mata-benda pada guruku kerana aku bukan orang yang
mempunyai. Lantas aku cuba untuk memberikan kejayaanku sebagai hadiah, lantas aku memberikan
perangai yang elok sebagai hadiah, lantas aku cuba menjadi pelajar yang baik sebagai hadiah.
Lantas aku mendengar nasihat guruku sebagai hadiah. Aku menghormati guruku sebagai hadiah.
Bahkan seperti yang aku sebut, aku tidak punyai harta-benda sebagai hadiah yang nampak di mata,
melainkan hadiah hadiah spritual yang pasti berkekalan di dalam hati!
Mungkin orang lain punyai pendapat yang berbeza. Namun, aku percaya
roh hari itu perlu dikembalikan semula!
Tuesday, May 03, 2016
Where is the Idea?
"To Write a single line, you need to see cities, men and things.
You need to know animals, sense how birds fly, and know how
flower open up in the morning. You must recall trails in unknown
lands, unexpected encounters, departures announced in advance,
childhood days still shrouded in mystery, mornings by the sea,
the sea itself, distant seas, night-time journeys high in the sky
beneath the stars. Knowing how to do that is not enough. You must
have memories of many different nights of love. You must have
known the dying, sat with the dead in the bedroom, with window
open and the sound coming in bursts. Having memories is not enough.
Forget them if they are too numerous and wait patiently for them
to return. For memories are not yet that. When the become our blood,
our gaze, our gestures, when they finally become part of us,
at that point, very rarely, the first word of a line rises up from among them."
From Clara and Moi, French Movies
Tuesday, April 05, 2016
Kereta Formula1
Semalam aku bercerita ttg kereta yang berlumba-lumba nak masuk kerja seolah-olah jalan tu dia aje yang punya. Dan aku berharap aku tidak menjadi terlalu jahat untuk mengakibatkan merea mendapat peljaran yang keras mungkin melnggar lembu contohnya. Dan aku berharap jgak kereta kau akn bertukar menjadi sebuah kereta yang laju. Ala ala turbo gitu der!
Kereta ku tak pernah menyakiti hatiku. Sehinggalah 2 malam lepas aku telah menykiti keretku dengan meletkkan 2 ekor ayam bersama kurungannya di seat belakang dan berlapiskan kertas surat khabar sinar.
Pagi semalam aku temui tompok-tompok taik ayam di bendul pintu. Mungkin mereka terkejut ketika aku memasukkan mereka ke dalam kereta lantas terberak terkincit-kincit. Maafkan aku kereta, aku tak sangka mereka melepas dimuka pintu.
Dan semalam keretaku mampus dipersimpangan sekolah ketika dalam perjalanan mengambil anak balik dari sekolah. Setelah aircond kereta dimatikan, aku cuba start dan ia hidup seperti biasa. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku perhatikan meter suhu yang sudah mencanak naik hampir menyentuh tahap maksimum. Lantas aku swift to the left betul betul di bawah pokok. Lebih teduh disitu. Engin dimatikan. Dan aku berada dalam 200 meter dari bas stand sekolah!
Aku cuba merecall ilmu ilmu enjin yang aku ada. Jadi, supaya aku tidak di salah anggap, berenti ikut suka, aku keluar dan membuka bonet depan. Dan kembali ke kusyen, meneruskan pemikiran. Oleh kerana meter suhu yang mencanak, aku terfikir untuk membuka tudung radiator. Mengambil baju yang aku gunakan untuk alas kerusi, aku membuka tudung tersebut dan aku pelik, tiada air panas yang menyembur keluar. Mungkin tangki air ku sudah betul betul kering.
Aku selalu menyimpan sebotol air di bonet belakang untuk kecemasan. Selalunya botol mineral 1.5, tapi entah kenapa kali ini aku hanya dapati botol mineral 500 l sahaja. Lantas aku tuangkan ke dalam radiator dan bunyi air tumpah ke tanah muncul tiba-tiba, sehingga habis sebotol air barulah ia berhenti. Aku mengendap sedikit ke dalam. Argh, ternampak water host yang tercabut dari radiator, Aku cuba memasukkan dan seterusnya Aku pun menelepon pomen untuk datang, kerana aku rasa aku tak mampu memasukkan kembali hosts tersebuit dengan peralatan yang terhad.

Aku biarkan kereta disitu dan mengambil anakku, kerana pelajar kelihatan sudah semakain kurang diambil oleh penjaga masing-masing samada dengan bas, motor, kereta. Dan aku pun melepak di taman permainan yang kebetulan berdekatan disitu. Angin bertiup lembut, tetapi butang bajuku 2 di atas telah kubukakan.
Pomen dtang, dan mlakukan kerja beliau. Sebuah alat, seperti dibawah di saran ditanggalkan. Dan selepas itu kereta aku semakin smooth dan sudah menghampiri turbo rasanya. Aku gembira.
Monday, April 04, 2016
Kereta Formula1 dan Lembu
Akhir-akhir ini aku selalu mengimpikan kereta waja yang aku guna pakai sekarang di sumpah menjadi sebuah kereta lumba. Maksud aku injinnya di upgrade ke tahap 2.5, tak ada turbo pun tak kisah. Jadi dengannya aku boleh memecut laju menghantar anak ke sekolah apabila masa sudah suntuk dan pagar sekolah hampir ditutup.
Tetapi itu hanyalah impian semata-mata, bahkan setiap pagi aku hanya menonton dan mengelak ke tepi kereta-kereta "sedap" yang memecut laju di jalan kampung. Aku dengar cerita, kereta-kereta "sedap" ini adalah milik orang kerja petronas (jelas tu kan - maafkan jika maklumat itu salah).
Tetapi hati manusia ini kalau selalu diusik ia akan menjadi tidak sabar dan geram (tmbahan aku pula bukan orang beriman yang boleh mengurus mutmainnah dengan baik). Jadi, paling koman, kemarahan ini hanya menyusulkan kata-kata caruk di mulut. Bahkan, mulut semakin busuk dengan caruk yang pelbagai-bagai.
Kini, hati sudah tidak tahan lagi. Orang kata asyik aku aje yang beri jalan. Tak boleh dibiarkan macam tu. Kalaulah suatu hari, ada dikhabarkan org langgar lembu di jalan tersebut, jangan kau tunding jari pada aku!

Monday, March 21, 2016
Scene Basuh Kereta
Di tempat aku kini ada 2 buah tempat basuh kereta yang pantas. Luaran kereta boleh dibasuh lebih kurang 5 minit dengan harga lima ringgit. Malangnya, kedua-dua mesin basuh kereta pantas ini dikuasai oleh bangla. Oleh kerana masa yang tidak tentu dan aku sudah dilanda kepenatan jika kerja kuat, maka sekali sekala aku turut singgah di kedai basuh kereta pantas ini.
Bukan tiada kedai basuh kereta melayu. Tetapi jika dibandingkan dengan waktu menunggu, aku rasa tidak berbaloi untuk basuh kereta di kedai melayu walaupun basuhan mereka sebenarnya lebih bersih dan mengiutkan.
Lalu aku terfikir-fikir bagaimana harus aku lakukan untu untuk aku menolong bangsaku ini?

Ketam mengajar Anaknya Berjalan Betul
Sudah lama aku berfikir tentang kata-kata ini. Dan, sudah lama aku tidak bersetuju dengan ertinya yang seolah-olah menyalahkan ibu ketam yang berjalan tidak betul tetapi hendak mengajar anaknya berjalan dengan betul.
Kalau aku sekor ibu ketam yang berjalan mengiring, tidak betul pada pandangan orang lain, sudah tentu aku berkehendak supaya anak ketam nanti berjalan betul supaya ia dilihat betul oleh binatang lain. Masalah sebenar hanya wujud apabila ketam melihat berjalan betul dari sudut bukan mata ketam adalah betul, Sedangkan, adalah salah untuk ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana pada pandangan mata ketam berjalan mengiring adalah yang betul!
kih kih kih. susahnya juga kalau berfikiran tahap gaban!
Sebenarnya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik ntuk anak masing-masing. Sebab itu, anak-anak dihantar mengaji agama dan sekarang, anak-anak di hantar mengaji KAFA. Inilah perkara pokok yang ingin aku huraikan sebenarnya.
Setiap kali aku mengunjugi sekolah di waktu petang untuk mengambil anak pulang dari KAFA aku sangat berbangga kerana anak-anak ini sudah mula menjadi biasa menghadiri kelas petang selepas sepagi sudah belajar di dalam kelas.
Namun, ibu bapa yang menunggu anak-anak tidak menunjukkan mereka mempunyai ilmu KAFA yang cukup. Mencari tempat menunggu dengan tidak kisah hal orang lain, parkir sesuka hati sehingga menganggu lalu lintas secara tidak langsung menunjukkan mereka tiada KAFA.
Dan bahkan mereka seeloknya yang lebih buruk dari ketam kerana anak-anak yang diajar sudah betul dengan KAFA mulai dipesongkan dengan gelagat mereka sendiri.
Huh, lega!

Sunday, March 20, 2016
Tuesday, March 15, 2016
Sunday, March 13, 2016
Bu Blu Bla
Entah mengapa aku sangat benci kepada bangla. Aku berpendapat mereka ialah orang yang tak sedar di untung. Mengambil mereka bekerja disini bagai melepaskan anjing tersepit. Dan aku hampir dikerkahnya.
Kalau dibarat sudah ada 3k, aku rasa sudah tiba masanya untuk menubuhkan 3b .
Jangan marah!

Sunday, February 28, 2016
Harga Alam Sekitar!
Hari ini tidak tidak bekerja, dan aku ke mydin mall membeli beberapa
keperluan dapur.
Tiba masa membayar aku pun beratur di kaunter.
"encik nak plastic bag tak?, satu bag 2 posen!
Oh! aku baru teringat, hari ini hari sabtu dan aku perlu membayar 2posen untuk sehelai bag plastik yang akan merosakkan bumi.
Lantas aku terfikir, hari lain kita percuma untuk merosakkan bumi dengan plastik bag!

Sunday, February 21, 2016
Wednesday, February 10, 2016
Tuesday, February 09, 2016
Sunday, February 07, 2016
Saturday, January 30, 2016
Friday, January 15, 2016
Banyak Cerita
Tahun baru menjelma, dan aku punyai banyak sekali cerita di dalam jiwa.
Mungkin cerita tentang pakcik berseban bawak kereta laju bangat!
Mungkin juga ibu budak yang bebas parking di kawasan sekolah menunggu anak sehingga menghalang lalu lintas, sedangkan anak mereka ingin dididik supaya menjadi manusia berhemah!
Bahkan aku juga punyai cerita tentang cinta yang susah sekali untuk dirungkaikan terutama apabila seakan angin menerpa badan dan rambut ku punla mula mengerbang ketika aku teringat kepada seseorang. Bahkan aku masih berfikir banyak kali untuk menceritakan kisah cinta ini.
Kadang-kadang aku juga diusek mimpi bertemu dingan "female elves" yang cantik jelita. Bahkan aku jatuh cinta lagi, mungkin bersambung juga dengan cerita cinta di atas.
Antara cerita sendiri, aku banyak juga mengelamun ke alam fantasi lain, seperti elves di atas, mungkin kerana itu aku selalu bermimpi tentang elves, nasib baik aku tidak bermimpi ditiduri oleh orc!
Dunia yang nyata ini aku pun banyak mengalami cerita, yang pastinya banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan!
Nanti aku ceritaka perincian cerita tersebut di atas!

Thursday, January 07, 2016
Yang Bernama Cinta
Aku di dalam mood slow-rock, eh! mungkin lebih perlahan, dan tiba-tiba lagu ini dimainkan di radio
Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
hingga aku merasa indah
entahlah..........
Kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
hingga aku merasa indah
entahlah..........
Sunday, January 03, 2016
Korea
Bermula dengan layan cerita-cerita korea. Sekarang mereka mula belajar makan makanan korea, mengucapkan terimakasih, menjawab telefon, membilang, marah-marah, memaki-maki dalam bahasa korea.
Pendek kata sangat obses dengan korea!
Aduhai..
Pendek kata sangat obses dengan korea!
Aduhai..
Saturday, January 02, 2016
P. Ramlee
Awal pagi ini selepas semua tugasan aku membrowse dan tersangkut di index P.Ramlee. Bermula dengan lagu-lagu yang silih berganti didengari sehingga kepada scene-scene lawak dalam filem beliau. Akhirnya aku membuat kesimpulan.
1. Masa paling best untuk belajar ilmu batin ialah ketika hujan. (rujuk pendekar bujang lapuk)
2. Sebenarnya tiada jin yang berasaskan warna seperti jin merah, jin kuning dan sebagainya ( rujuk pendekar bujang lapuk)
3. Tempat yang paling selamat untuk bertapa ialah bawah pokok tepi rumah sendiri.
4. Kalau nak mengorat, baik tackle bapak dia dulu.
5. Tempat paling selamat untuk bersembunyii ialah lubang kubur (rujuk 6 jahanam)
6. Jangan cuba lari dari bayar hutang (rujuk ali baba dan 40 penyamun)
cukuplah tu.

Hepi Birthday
Second day of 2016, and I wish you all of the hepiness and may Allah always keep you safe from anything!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...