Bulan puasa tahun ni aku mengambil pendekatan baca quran dengan lebih tekun. Alhamdulillah dengan izin Allah, aku boleh baca quran. Walaupun, kesungguhan baca quran hanya muncul disaat-saat akhir puasa, namun, aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi diberi kesempatan dan kekuatan untuk baca quran.
Oleh kerana mata sudah begitu rabun, aku menggunakan software AlQuran_Digital yang ada dalam ebook mat said. Membaca disitu , tulisan boleh dibesarkan dan dikecilkan. Manakala jika ada keraguan sebutan atau tulisan boleh terus dengar dari bacaan asal!
Namun, dalam surah Ar-Rad ayat 35, aku temui kesilapan iaitu tiada baris bawah seperti yang ditunjuk dalam gambar kat bawah. Bulatan merah atas ialah ayat dalam software Alquran_Digital, manakala bulatan bawah ialah dari quran.com. Jelas disitu, baris bawah tertinggal dalam software berkenaan.
*sedang cuba contact pengeluar software untuk dimaklumkan

No comments:
Post a Comment