Wednesday, June 30, 2010

Quran:3:185

Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh, ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Quran:3:185

Saturday, June 26, 2010

Desa Anthurium Apartment



Setibanya di desa Anthurium aku terus menelefon "encik" yang incharge pada hari tersebut.


Beberapa minit kemudian beliau tiba, rupanya "encik" yang aku panggil itu ialah seorang perempuan yang lelaki. Aku terus membetulkan panggilan dan meny
elesaikan hal-hal berkaitan dengan penyewaan. Baki RM400 terus dibayar lungsum dan resit dikeluarkan, pintu apartment dibuka, dan aku terus ditinggalkan dengan pesanan "jika ada masalah sila telefon".



Apartment ini boleh dikatakan cantik dan berada di persekitaran yang cantik.


Pokok buah limau dan pokok bunga-bunga tumbuh segar dan berbunga amat cantik sekali. Mungkin tidak akan subur sebegitu jika di tanah rendah.

Apartment 3bilik disediakan dengan semua peralatan asas untuk memasak seperti dapur, pinggan mangkuk serta periuk. Apartment ini dikatakan untuk muslim guest sahaja, jadi aku lebih confident menggunakan peralatan yang disediakan kat situ.


Selain dari katil kembar dalm setiap balik, 2 bilik utama disediakan juga satu katil bujang. Di samping itu, ada 3 lagi tilam double yang boleh dibentangkan di ruang tamu.

Penginapan di sini amat selesa sekali.


Wednesday, June 23, 2010

Santuari Gajah Sungai Ketiar

Santuari gajah Sungai Ketiar adalah satu tarikan tersendiri di laluan di bawah tasik kenyir. Ia adalah percuma dan perkhidmatan menunggang gajah secara percuma juga disediakan.
Berenti sebentar disini melihat Seri dan Suria, 2 ekor anak gajah berusia 3 dan 10 tahun di santuari ini, hati sedikit sedih melihat mereka yang mungkin lapar di santuari kita (ini padanngan aku, pandangan orang lain mungkin berbeza dan aku tidak bertanya hal ini dengan staff disitu). Terdetik dihati untuk memasukkan RM10 dalam peti cadangan mungkin berguna untuk membeli makanan anak-anak gajah ini.Tetapi akibat tercabar oleh anak bongsu ku yang tiba-tiba menjadi orang pertama menunggang gajah bersama bapa saudaranya, aku pun turut sama menunggang si Suria. Geli punggung masih terasa ketika gajah ini bergerak. Disamping menunggang, boleh juga menyuapkan ubi atau tebu yang disambut oleh belalainya dan mengisi buku pelawat. Disini juga ada juga disediakan tandas dan surau, boleh dijadikan perhentian R&R bagi laluan ini.Kakitangan disini juga amat ramah, tanpa segan meminta pelawat bergambar dengan gajah tetapi servis menunggang tidak di offer sebaliknya perlu ditanya terlebih dulu. Walaupun begitu jenis perkhidmatan di santuari ini ada tertulis di pintu pagar!
Kira berbaloi jugak lah melalui laluan di bawah tasik ini!

Ya Allah

Ya Allah,

Dunia bukan untuk ku
Aku tiada tempat lagi di bumi Mu ini Ya Allah.
Aku ingin dekat pada Mu Ya Allah
Engkau kurniakanlah aku Syurga Mu sebagai gantinya

Monday, June 21, 2010

Laluan Di Bawah Tasik


Pada pandangan aku laluan ini bermula sebaik sahaja melepasi simpang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.

Keadaan jalan amat cantik sekali seolah-olah baru siap, tetapi ada beberapa tempat yang mengalami tanah runtuh dan dibuatkan lencongan. Walaupun begitu ia masih tidak dapat mengurangkan keseronokkkan memandu dijalan ini. Tetapi harus di ingat, laluan ini masih belum dibuka kepada umum. Banyak juga papan tanda yang menjelaskan risiko menggunakan laluan ini adalah tanggungjawab pengguna. Dan tiada juga signal komunikasi.Keseronokkan pertama memandu di laluan ini pada pendapat aku ialah kerana boleh dikatakan tiada kenderaan lain di laluan ini. Seolah-olah berada di tempat asing, hanya kehijauan pokok-pokok dikiri kanan jalan serta sekali-sekala terselit kehijauan air tasik yang memukau mata. Pada sudut-sudut hutan yang menyegarkan minda.Setiap kali melihat keindahan ini, terasa ingin sekali menekan brek kereta dan menikmatinya secara nyata. Tetapi perjalanan yang tidak tau hujungnya tidak memungkinkan perkara itu terjadi.Sepanjang laluan ini, aku perasan ada juga 2 air terjun yang mengalir dicelah-celah batu serta 1 aliran sungai juga dicelah-celah batu. Tetapi lagi sekali, aku tidak berani untuk berhenti dan menikmatinya.Laluan dibina sepanjang lereng bukit, ada beberapa buah jambatan yang dibina menyambung dua bukit dan dibawahnya adalah aliran tasik kenyir. Amat mengujakan. Sehingga terlupa sedang memandu di laluan yang tiada orang dan belum digazetkan.Hampir-hampir ditengah-tengah laluan ini ada sebuah santuari gajah yang dimiliki oleh Jabatan Perhilitan. Boleh berhenti sebentar jika perlu.
Akhinya, selepas semua keindahan ini, kita akan di sambut dengan laluan safari jalan Felda Aring.

Untuk melalui laluan di bawah tasik ini, pastikan kenderaan di servis sebaik mungkin dan bertawakalah agar tidak terjadi apa-apa.

Sunday, June 20, 2010

Jalan-Jalan Syurga

Ada sebuah kisah tentang anak kecil seorang imam yang menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-Jalan Syurga". Mungkin kamu semua sudah membaca artikel itu.

Hati ku ingin sekali memiliki risalah itu kerana aku pun ingin menjadi Da'i.

Friday, June 18, 2010

Ke Cameron Highland



Perkara pertama terlintas di dalam kepala apabila menyebut Cameron Highland (CM) ialah laluan mana yang perlu di ikuti? Setelah merujuk kepada internet, ada beberapa blog yang menceritakan tentang jalan dekat ke CM iaitu melalui Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang. Tetapi kebanyakkannya sudah outdated dan ada unsur ugutan iaitu jalan banyak rosak. Dan aku sendiri tidak pernah tahu ada jalan yang menghubungkan Tasik Kenyir dengan Gua Musang.
Bila dirujuk kepada pakcik google maps, aku nampak hanyalah laluan yang tidak bersambung seperti kat bawah (aku sambung sendiri dengan titik merah). Jadi itulah laluan yang aku akan lalui.


Dalam internet, ada dua nama yang popular bagi merujuk jalan yang ghaib ini iaitu Lebuhraya Timur-Barat 2 dan Laluan Di atas Tasik. Aku suka merujuk laluan ini sebagai Laluan di Atas Tasik kerana ia lebih berkait dengan tasik kenyir. Setelah yakin dengan ilmu yang diperolehi aku nekad untuk melalui jalan ini, kerana ia sudah pasti lebih dekat dan yang paling penting kerana ia memberikan pengalaman yang berbeza.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah tempat penginapan. Setelah membuat beberapa panggilan telefon akhirnya aku mendepositkan Rm200 ke dalam sebuah akaun untuk booking sebuah apartment 3 bilik dengan kos RM300 sehari di sebuah tempat antara Tanah Rata dan Brincang di kenali sebagai Apartment Desa Anthurium iaitu kos piawai pada musim cuti sekolah. Kalau bukan musim cuti sekolah, harga apartment ini jatuh sehingga RM150 sehari. Aku rasa elok bercuti pada bukan musim cuti sekolah!

Hati sangat teruja untuk melalui pengalaman yang berbeza ini.


Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...