Tuesday, January 12, 2010

Aku teringat...

Suatu waktu dulu, British membawa masuk berduyun-duyun orang-orang cina untuk bekerja di lombong-lombong dan orang-orang india untuk bekerja di ladang-ladang. Ah, ketika itu kita di jajah, dan kita tiada kuasa untuk menentang kemasukkan beramai-ramai ini. Dan pengurus-pengurus lombong serta pengurus ladang dengan bangga berkata "Aku tidak mahu mengambil melayu kerana mereka akan gunakan duit gaji ini untuk kembali menentang kita". Aku ulangi, ketika itu kita dijajah!

Sekarang, masalah integrasi antara tiga kaum ini masih menjadi bualan dan tiada penyelesaian.

Semalam aku menaiki bas dari Batu Pahat ke Parit Raja. Dan aku seperti orang asing di dalam negeri sendiri.

Sekarang, kita sudah merdeka, dan kita membawa masuk ramai bangla, vietnam, nepal dan pelbagai bangsa lain. Mereka masuk ke dalam sektor yang lebih luas, perkilangan, perladangan, pembinaan dan macam-macam. Mereka datang untuk mengisi perut mereka dan juga mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh anak-anak melayu yang dikatakan malas dan tidak perlu diberi peluang. Ketika ini kita sudah merdeka.

Ketika integrasi 3 kaum utama dulu masih belum selesai, kini muncul pula pemain-pemain lain yang akan menambahkan kompleksiti masalah yang sudah ada ini. Bangsa-bangsa ini sudah pasti akan menjadi sebahagian dari bangsa malaysia dan sebahagiannya sudah pasti akan melahirkan bangsa melayu mengikut perlembagaan.

Ketika ini kita sudah merdeka hampir 80 tahun!


No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...