Friday, January 01, 2010

Azam 2010

Ketika aku berkonvo, aku berazam dua tahun dari tarikh itu aku akan menyambung ke peringkat ijazah. Tetapi apa yang berlaku ialah 5 tahun kemudian barulah aku berjaya melaksanakan azam itu.


Ketika aku mula bekerja selepas memperolehi master degree, aku berazam untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi dalam tempoh 3 tahun. Tetapi apa yang berlaku ialah aku menyambungnya dalam tempoh 5 tahun.

Apa yang aku dapat dari pengalaman ini ialah, kita seharusnya mempunyai cita-cita, azam atau plan. Barulah ia boleh direalisasikan. Kalau tak ada perkara tersebut, kita seperti hendak pergi meminang tapi depan mak ayah calon, lidah kelu tak berkata apa-apa. Mak ngan ayah calon tak tau nak cakap apa. Nak kata ya, nanti takut orang kata lebih sudu dari kuah. Maknaya macam tu lah!

Berazamlah! Sekurang-kurangnya minda, hati, perasaan serta jaringan neural tau ada sebuah matlamat yang hendak dicapai. Kalau pun tidak dengan segera!

Selamat menyambut Tahun Baru 2010!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...