Tuesday, December 29, 2009

Retro : Konvo 1992

Gambar ketika konvokesyen diploma di UPM. Ketika tu, Almarhum Sultan Selangor jadi Canselor.

Tengok pada gaya memang aku tak gi reheasal. Tangan elok-elok je hulur sebelah, sebelah lagi letak kat perut, sebijik macam terima keris sakti dari guru silat.

Bab kaki lagi best, step tak kira langsung, elok jer sampai depan tu, terlebih pulak, pengkang pulak tu. isk isk isk. apa punya tur!

Aku rasa sultan nie dah bertahun-tahun tengok pelbagai gelagat orang amik skroll. Mungkin gaya aku sebahagian dari ingatan beliau. Maklumlah lain pada biasa.

Konvo nie yang membuatkan aku berazam untuk amik degree sebenarnya. Ini kerana aku tak puas hati mengadap sultan dengan berbaju melayu. Aku nak berjubah!

No comments:

Post a Comment

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...