Wednesday, December 09, 2009

Musim Hujan II

Aku suka musim hujan. Hujan membawa sejuk pada alam, tolong jangan fikirkan yang bukan-bukan. Jalan raya jadi bersih, tiada debu melekat di daun-daun dan juga kereta.

Aku suka musim hujan kerana tiada motosikal dengan pemandu tanpa topi keledar bergeliwat mencari angin petang dipantai. Ada yang menunjuk hero berjalan berkumpulan dan aku seperti mengekori sebuah kenderaan berat. Dan aku terpaksa merangkak perlahan dengan hati bengkak dan geram.

Kerana itu aku suka musim hujan!

No comments:

Post a Comment

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...