Saturday, December 19, 2009

Cerita dari HSNZ

Sesunguhnya wad hospital lah tempat yang paling membawa keinsafan kepada yang berfikir. Takdir telah membawa aku ke hospital pada hujung-hujung tahun 1430H, mungkin unutuk mengingatkan aku tentang perkara yang paling dekat dengan kita semua iaitu mati.

Seawal aku menunggu di wad kecemasan, berita kematian telah pun aku dengari. Dan setiap hari selama 3 hari aku berada di wad, aku diusik dengan jenazah-jenazah yang dibawa keluar.

Sesungguhnya mati itu sangat hampir!

********************************************

Mak aku ditempatkan di tingkatkan 8. Aku sedikit hairan kerana, wad tidak penuh seperti masa-masa yang lepas, sehinggakan ruang berjalan sangat sempit. Aku sangat hairan! Mungkin tahap kesihatan rakyat teganu sudah meningkat!

Namun begitu, ketika waktu melawat, kotak parking habis disambar orang dan mereka semua seperti selalu, menanti menaiki lift dengan gelojoh. Aku mengambil peluang ini untuk melakukan sedikit riadah. Apa salahnya jika aku naik tangga ke tingkat 8?

Aku pun dnegan gagahnya, menapak anak tangga demi anak tangga. Akhirnya aku sampai ke tingkat 6. Ketika itu, nafas sudah semput, tarikan graviti amat kuat ke atas kaki. Sehinggakan aku terpaksa berenti rehat menyedut oksigen sambil tercungap-cungap. Hampir 3 minit berehat, aku berkeras untuk sampai ke tingkat 8 menerusi tangga. Dengan susah payah, sambil menjawab telefon, dalam dengus dan lelah. Akhirnya aku berjaya sampai ke tempat tujuan.

Argh! aku bukan lagi muda! Nasib baik, mak aku dah boleh keluar pada hari tersebut!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...