Monday, August 29, 2005

Kata PyanHabib

F"Tak pasti, ada rakan berkata kepada saya, sastera kita tidak pernah habis dengan kertas kerja dan meminta saya jangan lagi ke hulur ke hilir dengan sastera. Seorang kawan saya yang lain meminta saya jangan terus berpuisi lagi. Alasannya, puisi tak boleh bagi makan. Sejak belum merdeka sehingga Malaysia memiliki lebuhraya yang tak habis-habis dengan krisis tolnya, segala bahan bacaan dari Indonesia bersepah di pasaran kita. Sudahkah aneka bahan bacaan sastera kita berpeluang  bebas di sana?"

"masuk tandas di Pasar Seni pun kita dikenakan bayaran, apatah lagi tandas di Starhill, sekali tarik zip RM2. Begitulah juga dengan baca pusi, mana boleh percuma lagi pada zaman sekarang!"

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...