Thursday, November 27, 2008

Hari Ini Aku Cuti

2 minggu lepas aku isi borang cuti untuk bercuti pada 27 dan 30 November 2008. Hari ini adalah 27 hb, hari cuti aku tu lah. pepagi aku dah bangun pakai baju batik. Maklumlah orang gomen kena pakai baju batik setiap hari khamis. Masuk ke ofis, copy dokumen yang perlu ke dalam thumdrive dan bertolak ke meeting. Aku mintak ngan ketua jabatan untuk jadi orang pertama buat pembentangan sebab hari ini aku cuti. Habis pembentangan aku mohon diri. Aku pergi ke fakulti yang lagi satu untuk hadiri satu lagi meeting. 

Pung pang pung pang. Kul 12.30 baru habis meeting tersebut.  Kemudian, balik ofis, bukak emel. Opsssss ada benda urgent dalam emel nak kena settle hari ini jugak. Lagi sekali aku buat kerja dengan pantas gung gang gung gang gung gang. Benda urgent tu aku hantar pada 4.15 petang. Masuk waktu asar aku solat asar kat surau bangungan pentadbiran. Aku majukan permintaan pada pemilik ku. Habis berdoa aku keluar, jam sudah pukul 4.30 pm. Opis aku balik pukul 4.30 pada hari khamis. Bukan ke aku cuti hari ni?

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...