Monday, January 17, 2011

Bangun!

Mengikut kamus dewan edisi ke tiga, kata bangun bermaksud bangkit,jaga, siuman, sedar, insaf, muai, dan juga menjadi cair. Antara ayat mudah yang menggunakan kata bangun ialah :

1. Woi!! Bangunlah weh! -

yang membawa maksud kata-kata tersebut mengikut keadaan ketika ucapan itu dibuat. Jika sedang tidur, ayat tersebut menyeru supaya sedar atau jaga atau bangkit dari tidur.

sebaliknya, kalau org kedua sedang duduk dikerusi ia bermaksud berdirilah! iaitu arahan supaya berada di dalam kedudukan berdiri. seperti arahan ketua darjah di dalam kelas.. SEMUA BANGUN!, maksudnya, semua yang ada hendaklah berdiri,termasuklah yang sedar tido jika ada.

kalau kata-kata tersebut dikatakan kepada rakan-rakan yang sedang lepak di tembok-tembok, atau di wakaf, ia membawa maksud yang berbeza, iaitu seruan supaya org kedua berubah kepada insaf atau sedar dalam konteks perbuatan sia-sia.

makna pembangunan pula jikalau dirujuk kepada kamus dewan ialah, perihal membangun atau pun merujuk juga kepada proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan). Ia juga dimaksudkan sebagai usaha untuk membangunkan.

****betulkan aku jika aku salah dalam definisi tersebut

Tetapi aku amat heran apabila, adanya bangunan-bangunan tinggi dijadikan ukuran kepada pembangunan, dari dulu dan kini! Mungkin aku kurang faham lagi maksud "bangun" itu sebenarnya!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...