Kadang-kadang bila berselisih dengan mat dan mek saleh tua yang berkayuh berdua dengan basikal, terlintas juga di kepala ku untuk menjadi seperti mereka, meredah hari tua dengan melihat dunia. tetapi akal di bahagian 'baik' lebih rela jika pada usia sebegitu aku berada di masjid membanyakkan amal jariah. Akal dibahagian yang 'nakal' cuba menentang dengan berkata, jalan-jalan pun boleh juga buat amal jariah dengan menerapkan nilai-nilai agama dalam perjalanan tersebut mungkin seperti orang tabligh.
Melihatkan kepada kaedah pelancong luar menikmati malaysia dengan berbasikal, aku merasakan itu kaedah yang paling mudah dan seronok untuk menghayati kehidupan di negara ini. Tetapi lebih elok jika dibuat di bahagian timur malaysia kerana ketamadunan pantai timur ini lebih dekat dengan pantai, jadi usaha mengayuh basikal akan lebih berbaloi.
Tetapi bagaimana pula dengan tempat tinggal? Aku rasa tempat tinggal menjadi perkara kedua yang perlu dipertimbangkan selepas hal-hal makan-makan
Ah! hal makan juger yang menjadi keutamaan akhirnya! Inilah negara ku yang aman dan damai...
No comments:
Post a Comment