Wednesday, January 26, 2011

Mari Mengira

Setiap kali bila buka suratkhabar, pasti akan terjumpa dengan berita rompak, samun, rogol, zina, hisap dasah, minum arak, rempit, rasuah, ragut, tipu dan macam-macam jenis kejahatan orang yang boleh dilaporkan sebagai berita dan juga sebagai tangkal pelaris akhbar itu sendiri.

Kebetulan aku sedang mengkaji fenomena ketidaktentuan dan kebarangkalian. Jadi secara tidak langsung nombor-nombor ini sedikit mengerakkan kepala hotak yang sedang berasap ini.

Aku terfikir tentang zina suka sama suka yang berlaku sekarang. Kadang-kadang, sukar untuk mempercayai cerita suratkhabar yang memaparkan wajah-wajah bersih tanpa dosa dengan tuduhan zina. Begitu juga kadang-kadang kelihatan juga wajah-wajah cerdik didakwa mengedar dadah. Katakanlah kita meletakkan cerita dalam suratkhabar mewakili 0.01% orang bersalah yang berjaya di tangkap. Secara ringkasnya, 1 orang jahat daripada 10000 orang jahat yang berjaya di tangkap.

Cuba bayangkan 9999 lagi orang jahat masih berkeliaran membuat apa yang sepatutnya dia buat dan berada di sekeliling kita tanpa kita menyedarinya.



sekurang-kurangnya kita sudah mula ada perasaan curiga sesama sendiri!

ntahlah, aku pun x faham!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...