Tetapi cerita tentang seluar pendek, tetap menjadi pilihan. Mungkin memandangkan kami sudah berada di peringkat umur remaja dan ramai punyai pendapat peribadi. Jadi setiap hari ada sahaja perbincangan tentang seluar pendek ini. Pada pertengahan tahun tersebut, kami sudah boleh memakai seluar panjang. Kami merasakan itu semua adalah hasil perjuangan kami!
Sesekali terdetik juga di ingatan, di manakah cikgu ini sekarang. Masih hidup atau sudah mengadap maha pencipta. Budi yang baik dikenang jua! Begitulah, guru yang baik hanya 1 dalam 1000, tetapi guru yang baik mungkin boleh mengeluarkan 1000 guru yang baik seperti beliau.
Semoga beliau sentiasa di rahmati Allah!
No comments:
Post a Comment