Wednesday, August 06, 2008

Lim Kim Peu

"Kerja sebagai tukang sapu memang susah dan kotor. Ramai orang menghina dan memandang rendah terhadap saya kerana pekerjaan itu. Keadaan itu yang mendorong saya melanjutkan pelajaran".

"Wang merupakan satu masalah. Saya menghabiskan sebahagian besar gaji saya untuk membayar yuran, tetapi itu pun tidak mencukupi. Nasib baik pihak universiti bertimbang rasa dan membenarkan saya membayar secara ansuran".

"Saya terpaksa menjimatkan wang. Makanan segera seperti ayam KFC, mcDonald's atau minuman Cocal-cola tidak pernah saya jamah kerana wang perlu disimpan untuk meneruskan pelajaran."

"Bagaimanapun, dengan semangat yang tinggi, saya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun mengambil masa selama 8 tahun."

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...