Tuesday, March 25, 2014

MH370

Ku cuba mencari cari mana pergimu , Di celah kebiruan awan nan biru , Ku cuba cuba lagi mungkin kan bertemu, Tapi apalah dayaku, Kepada Yang Maha Esa , Ku cuba memohonkan....
 (Lirik Hilang by BPR)

****REST IN PEACE****

Wednesday, March 05, 2014

Ilham Dari tuhan

Di satu jalan, aku diberitahu supaya membuat pusingan disatu susur keluar. Aku terus mengikuti arahan itu. dan kini aku berada di persimpangan tanpa henti, dikiri dan kanan ku kenderaan berat dan besar bertali arus, sekali-sekali, ada kenderaan kecil melintas. Lama aku disitu, berfikir bagaimana untuk mencelah masuk.

Sebuah kereta di belakang, menyusur ke tepi dan memandangku. Dia pun meluru masuk di tengah-tengah kesibukan itu. Aku pun menurut dengan kaedah yang ditunjukkan!

Aku teringat cerita Qobil dengan burung gagak!

VIVA!

Tiga hari sudah berlalu. Hentaman masih terdengar-dengar di corong telinga, kritikan masih terbayang-bayang di ruang mata. Ketika jaga, ketika tidur. Ketika makan, ketika itu!.

Kini hingus mencurah keluar, badan seram sejuk, aku keletihan, urat saraf berdenyut, kepala terasa senak,  perut tidak selesa, mata sedikit pedih, telinga juga berdengung, Demam ini kerana VIVA atau perjalanan yang jauh?

Ah, aku hanya insan kerdil yang mencari MU dengan jalan lain!

Tuesday, March 04, 2014

SMS kepada Kanjee

* diolah semula dari sms kepada kanjee

Salam Kanjee, Aku sampai rumah jam 12++ malam tadi, First aku mintak maaf sebab kensel program hari isnin (maaf juga untuk shidah). Lepas bertolak dari parit raja aku hubungi wan shafei, kerana arah tujuan aku pada hari itu, aku menuju ke rumah wan di pulau indah. (Bayangkan sudah 23 tahun aku tidak menemui beliau).

Kebetulan pula aku tiba hampir sama dengan waktu wan balik kerja, dan kebetulan GPS yang aku pakai buatkan aku tersesat, aku dijemput oleh wan di depan sekolah menengah pulau indah.

Berdasarkan nombor yang ko beri, selepas beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat alamat wak latif. Wak Latif kini tinggal di puncak alam fasa 3. Malam tersebut kami terus ke sana dibantu oleh pakcik papago.

Keadaan kaki Wak Latif kini lebih baik dari gambar dalam FB, cuma ada sedikit yang belum kering. Tetapi Latif masuk hospital baru nie kerana jangkitan baru di sebelah tangan kanan, kerana tercucuk kayu penyapu ketika jatuh di bilik air. Aku cuma boleh gambarkan, keadaan tangan itu membengkak seperti bisul yang nak pecah, kemerahan dan sesetengah tempat sudah ada tanda kekuningan . Aku rasa derita yang latif tanggung lebih teruk daripada yang aku ceritakan ini. Tapi aku tak mampu nak ambil gambar, kerana aku rasa tidak sesuai. Sekarang aku menyesal kerana tak ambil gambar.Bengkak itu bermula dari atas pergelangan sehngga ke pangkal ketiak.

So misi aku untuk beri dia ubat yang diberikan oleh supervisor aku sudah berjaya, cuma aku tidak pasti akan makan atau tidak. Kalau ko boleh suruh dia makan, kerana ko juga mendengar cerita dari supervisor aku tu kan?

Latif menyebut dia mendapat banyak lawatan dari kawan-kawan sekolah, tetapi tidak dari rakan-rakan sediploma. Sehinggakan isteri beliau bertanya, kami berdua dari rakan yang mana?

Bagaimana pun, latif seorang yang tabah, masih ceria melayan kami berdua. Masih buat joke seperti orang yang sihat. Tapi hati di dalam siapa yang tahu? Kami berbual-bual sehingga hampir jam 12+- malam.

So malam itu aku bermalam di rumah Wan yang sentiasa honey moon. Semua anak anak beliau tinggal di asrama, 2 di mrsm dan satu di unimap.

Keesokan selepas breakfast, aku bergerak mencari lagi seorang rakan TNB (aku memanggilnya Pakcik) yang sudah pencen di Sungai Buluh.

Sekian.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...