Tuesday, July 28, 2015

Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
 
Syarat-syarat umum jual beli:
 
  1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
  2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
  3. Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
  4. Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:
 
  1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
  2. Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
  3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.
Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.
 
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
 
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
 
Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

Monday, July 27, 2015

Padan Atau Tidak Guru Besar

Anak aku terlupa bawa batch yang ditulis 5A diatasnya. Lantas dia dikenakan hukuman ketuk ketampi 50X. Malam tadi lututnya disapu minyak nona-roguy. Dan lututnya masih terketar-ketar!

Dia berkata lebih baik jadi pelajar biasa yang tidak diletakkan harapan dan tidak perlu bawa batch yang akan dikenakan hukuman jika lupa membawanya. Dia sedikit 'down'.

Padan ke tidak wahai Encik GuruBesar!

Wednesday, July 15, 2015

Salam Aidilfitri 2015

Selalunya bila tengok iklan kat Tv aku selalu tukar channel lain. Aku tak "in" sangat dengan iklan-iklan nie.

Tapi. dua tiga hari nie aku sengaja bukak youtube dan cari iklan raya lepas-lepas. Dan aku menontonnya hingga tertido..

Selamat Menyambu eidul fitri
semoga kebaikkan di ramadhan ini berterusan

Friday, July 10, 2015

Bidadari

Semalam dengar ceramah ustaz Masduki tentang bonus ramadhan.
Hari ini layan cerita "Far and Away",
Lantas hati ku teringat-teringat kepada bidadari syurga

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Wednesday, July 08, 2015

Neelofa vs Superman

Ah aku ingin mengelak dari menceritakan hal ini. Tapi aku teruskan jua, Kalau pakai tudung Neelofa buat kan diri perempuan itu rasa seperti Neelofa, Aku memilih untuk memakai Spender superman, suapaya aku nampak lebih sado.

Tuesday, July 07, 2015

Notis Penolakan

Paper gua kena reject, tapi gua puas hati kerana komen yang diberikan amat bermakna, bukan omongan kosong tapi penuh makna. Jadi tercapailah hasrat gua untuk mendapat nasihat percuna dari pakar dalam organisasi IDEAL2015.

thank you very much.

Aku puas!

Monday, July 06, 2015

Lampu Lip Lap

Setelah dua tahun, kini ia telah digantik baru. Tetapi aku masih khuatir untyk memasangnya kerana aku merasa rugi jika ia dipasang dan aku tidak dapat melihat kecantikkannya!

Sunday, July 05, 2015

Semut

RUmah ku banyak semut. Aku perhatikan ada lubang halus sebesar jarum untuk diasemut keluar masuk. Aku beli simen. dan aku tutup lubang tersebut. Tak tau lah bila pulak diasemut nie boleh tebuk lubang baru.

Peperiksaan

Hari ini, jaga periksa. Semua pelajar diminta buka bateri telepon. Macam mana yang pakai purdah tutup muka. Atau yang pakai tudung labuh, sampai pinggang, siapa nak check diaorang!

Raya

Hari raya bakal menjelma. Puasa belum habis, teraweh entah ke mana, semayang malam guane kira.
lepas 3 4 tahun, baru hari nie aku singgah kat pasaraya segera bila raya tiba. Ah, pukul 11 dah sesak gila, petang karang tak tau ah guaner cite. Tapi sayang, kedai kasut buka satu aje.

3 hari

3 hari internet rumah aku down. macam sasau je rasa!

Wednesday, July 01, 2015

چابرن بارو ڤنديديقن

اكو ڤرنه مندڠر سأورڠ ڤينشرح برچريتا تنتڠ سأورڠ ڤلاجر يڠ بربوق، ايايت منوتوڤ سلوروه موك كچوالي مات. ڤلاجر اين داتڠ منموءي بلياو اونتوق منونجوقكن ڤروڬريسس ڤڽليديقكن بلياو. دان سواميڽ توروت ماسوق برسام.

ڤينشرح ممينتا ايذين دري سوامي ڤلاجر سوڤاي ڤلاجر ممبوك بورقڽ سوڤاي داڤت دڤستيكن ڤلاجر بركنأن اداله ڤلاجر يڠ بتول.

اكو ساڠت كليرو دالم حال اين. جك اكو برادا د ڤيهق ڤڠوروسن سوده ڤستي اكو اكن ممستيكن ڤلاجر ڤرلو ممبوك بورقا د دالم كليه، سوڤاي تياد ساله فهم دان منيمبولكن فتنه. اكو بوكن اونتوق تيدق برستوجو، تتاڤي ....

ڤرنه اكو مڠاوصي سبواه ڤڤريقسأن، دمان اد راماي ڤرمڤوان يڠ برتودوڠ لابوه ماسوق. سكالي لاڬي، اكو ايڠين جلسكن اكو بوكن چوبا اونتوق منجادي ڤريجوديس، تتاڤي د دالم كونتيك س ڤڠوروسن، اكو مراساكن اد انتارا ڤلاجر اين يڠ مڠڬوناكن ايارفون كتيك ڤڤريقسأن. تياد ڤمريقسأن يڠ كتات دلاكوكن كتيك ماسوق ك ديوان مموڠكينكن ڤلاجر اين مڠڬوناكن ڤرالاتن بركنأن.

جك ڤرلو، سهاروسڽ ستياڤ ديوان ڤڤريقسأن دلڠكڤكن دڠن الت يڠ دڤڠڬيل ڤماتي الت ايليترونيك، يڠ برمقصود الت ايليكترونيك يڠ برادا د دالم كاوسن بركنأن تيدق اكن برفوڠسي.

بوليه ك؟

انئ اداله جاتي دئرئ اكو

سوده لاما اكو تريڠين اونتوق منوليس دالم توليسن جاوي. اڤابيلا مليهت بڠسا-بڠسا ماجو ددنيا اين مڠڬوناكن بهاس دان توليسن سنديري اكو ماكين منجادي لبيه غائرح اونتوق منوليس جاوي. تتاڤي،

هالڠن ڤرتام اياله كيبورد اين، تياد ڤنندا توليسن جاوي. دان اكو تيدق ممڤو اونتوق مڠاداكن ساتو كيبورد يڠ مڽوكوڠ توليسن جاوي.


اكو ڤرنه چوبا مڠڬوناكن ۏيرتوال كيبورد يڠ اد د اينترنيت. تتاڤي ڤنوليسن سديكيت ترڬڠڬو كران اكو تيدق لاڬي لنچر مڠيجا دالم جاوي.

منموءي لامن ويب اين ايجاوي دوت نيت، ممبواتكن اكو ساڠت سليسا. تايڤ دالم رومي دان حاصيلڽ، اينله يڠ سداڠ دباچ اوليه كامو.

اكو ساڠت مڽوكوڠ اوسها ايجاوي دوت نيت اين. تتاڤي داسر يڠ دبوات اوليه اورڠ يڠ لڤس سبنرڽ ساڠت كراس، سهيڠڬاكن سوكر ڬينراسي بارو هاري اين ايڠين مڠهيدوڤكن كمبالي روح جاوي ايت.

تتاڤي، د اتس اوسها يڠ برتروسن اكو امت يقين جاوي اكن كمبالي منجادي ڤيليهن ڬينراسي بارو يڠ ماكين ترتيندس دان ريماس دڠن توليسن رومن.

اين هاڽ ڤنداڤت اكو سهاج.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...