Terbaca sedikit luahan dari penerbit dan penulis lirik serta komposer terkenal yang menyarankan agar kandungan kreatif tidak sewenangnya dimuatnaik ke internet semata-mata untuk mendapatkan "like". Kata beliau bilangan "like" tidak dapat mengisi perut.
Aku sangat setuju dengan kenyataan ini. Walaupun memang sudah ramai yang kita dengar menjadi kaya raya kerana internet. Namun, aku masih juga tidak bersetuju sekiranya kandungan kreatif ini diberikan secara percuma.
Aku berpandangan, adalah tidak adil jika segelintir pihak mendapat keuntungan atas angin yang lebih banyak dari mereka yang sudah pasti menggunakan masa, tenaga, wang ringgit serta kreativiti untuk mengeluarkan kandungan tersebut. Kelihatan amat mudah mendapat duit dari kontent yang diletakkan secara percuma. Tetapi jauh panggang dari api untuk mengiyakan kata-kata tersebut.
Selamanya, akan ada yang mengaut keuntungan di atas jerih perih usaha orang lain.