Dalam surat khabar pun ceritaka benda yang sama dan lebih kurang aje. Anak kena rogol, kena rogol selepas keluar dengan lelaki yang baru 3 jam dikenali menerusi ruang sembang internet, pak sedara rogol anak sedara, cucu rogol nenek, anak tetak ayah, ayah pukul ibu. Anak lari dari rumah. Suami bercinta isteri orang kena pukul. Polis makan rasuah. Beri suapan sek.
Kalau buka bahagian soal jawab agama pulak, masih lagi berkisar kepada perkara yang sama. Adakah taubat saya diterima kerana saya telah terlanjur? Apakah status anak yang saya
kandung ini? Boleh tak saya bermadu dengan kakak saya? Bukak bahagian curahan rasa, isk isk isk benda yang sama jugak. Biarku tanggung keterlanjuran ini. Perlukan aku menduakan dia? Kesaih Tak tau aku pernah terlanjur. Bukak pulak bahagian Dr Ismail Thamby, soalan dan masalah nya pun sama antaranya Saya pernah melakukan aktiviti sek yang melampau.. bala bla. Semasa remaja saya suka melancap. bla..bla.. bala.. Kenapa telo saya senget dan besar sebelah. Kenapa mani saya warnah merah. Dan macam macam lagi.
Kesimpulannya, masyarakat kita memang sedang dilanda masalah sosial yang amat dasyat. Jika tiada tindakan awal, gejala sosial ini akan merebak dan menjadi barah. Baliklah pada agama senang cerita. Selesai semuanya.