Pukul 11 malam, tubuh mula merasa letih lesu kerana penat hasil perjalanan jauh siang tadi. Aku hanya mengharapkan sebuah peristiwa mandi yang menyegarkan dan sebuah tempat pembaringan untuk aku merehatkan badan dan minda serta melelapkan mata.
Aku pun menuju ke rumah sewa ku.
Sampai di sana, pintu pagar dibuka, kereta dimasukkan. pintu pagar pun dikunci.
Pintu rumah dibuka dan aku pun meraba-raba mencari suis cuba menentang kegelapan. Suis dibuka, tapi tiada respon yang ku terima. Suasana masih kelam. Aku mencapai telefon bimbit dan menyuluh ke switchboard, semua fius berada dalam keadaan "on". Aku terus mencari sebabnya.
Dengan bantuan cahaya iphone, aku temui, fius penyambung diluar dikebas orang.
Aku kembali ke bilik siswazah dan tido disitu tanpa siraman kerana aircond disitu sudah cukup menyejukkan dan aku masih terkasima dengan keinginan yang tak tercapai sebentar tadi dan aku amat malas sekali.
Report TNB sepatah,kedai ada jual boleh tahanlah reganya.mana tau kot TNB bagi percuma
ReplyDeletep/s: nak senang kabo ke tuan rumahsewa
mie: kabo doh ke tuan rumah. Tuan umah tepon ke TNB. Sahkan memang tiada potongan dari TNB dan sah ia dicuri.
ReplyDeleteTuan rumah suruh beli sendiri katanya harganya murah sahaja lebih kurang 10 yal. Tapi mohon dengan tuan rumah agar ditolak dari duit sewa rumah!
gitulah citernya!
biasa macam tulah TNB,sekadar report.memang TNB suruh beli sendiri
ReplyDeleteP/S: belilah dapat tambah pahala,kan org lain sewa pulok