Friday, April 06, 2012

Kemanusialan!

Memandu disubuh sunyi sudah menjadi trend kehidupan aku pada tahun 2012 ini. Keperluan tugas dan "time utilization' - ntah apa ke bende, memaksa aku bangun awal pagi dan memandu mesin 1600 kuasa kuda adalah rutin biasa dalam tahun ini.

Setiap kali memandu di waktu pagi yang sunyi, kadang-kadang berderau darah menyirap ke muka melihat kelibat putih melayang dilangit yang akhirnya aku pasti adalah biasan cahaya lampu kereta atau objek yang menjadi keputihan apabila disimbah cahaya. Kenapa hati menjadi takut melihat bayang putih? Sedangkan putih itu adalah bersih?

Kadang-kadang terserempak dengan kucing yang galak melintas jalan, kadang-kadang ia berjaya selamat melintas jalan, kadang-kadang brek tak makan, maka .......

Kadang-kadang terjumpa lembu atau kerbau ditengah jalan, alhamdulillah, setakat ini brek masih lagi makan!

Kadang-kadang aku terjumpa, bangkai kucing, kadang-kadang masih baru menunggu dikecaikan oleh kenderaan yang lalu lalang tanpa simpati atau tak sempat mengelak aku pasti! Kadang-kadang bangkai yang sudah kembung membengkak menunggu masa pecah berkecai.

Seingat aku, waktu kecil dulu aku jarang jumpa dengan bangkai kucing di jalanan. Kalau ada, mungkin sekejap sahaja, pasti ada sahaja tangan-tangan baik yang mengalihkan ia ke tepi atau langkah yang lebih baik terus "mengebumikan". Kini tidak lagi sebegitu, kucing yang mati, dibiarkan begitu sahaja, sehingga menjadi kecilan-kecilan kecil dan dilupakan akhirnya oleh pengguna jalan raya.

Apabila melihat kucing yang sebegini di jalanan, aku selalu membayangkan, mungkinkah berlaku kepada manusia perkara sebegitu! Mungkin "ya" jika kemanusialan sudah meraja!

Erm..jauh juga aku merepek yer labu!


Anonymous 1: Kepercayaan yang tidak karut berasaskan logik akal ialah kena berenti dan alihkan kucing tersebut ke tepi, kalau nak lagi berkat, amik wat balik dan kebumikan! :D

1 comment:

  1. Berhati-hati di Jalan Raya.Mengikut kepercayan karut ,kalau langgar kucing kena buang siling kat situ :D

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...