Wednesday, October 17, 2012

Di Sisi Undang-Undang

Dulu-dulu sewaktu sistem beratur diguna pakai, aku selalu melihat ada individu yang mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem tersebut. Ketika aku begitu takut untuk meninggalkan barisan, ada juga individu yang berani mencelah masuk ke dalam barisan dengan izin rakan subahatnya di dalam barisan tersebut. Orang di belakang tidak berkata apa, mungkin kerana sorang tak mengapa!

Kemudian sistem beratur ditukarkan kepada sistem nombor, supaya pengguna-pengguna boleh menunggu sambil duduk. Tetapi , masih juga ada kelemahannya dan di ambil ruang-ruang kelemahan itu oleh individu yang oppotunist. Ketika nombor panggilan tidak di jawab oleh sesiapa, pada panggilan ke tiga orang yang berani ini mengaku nombor itu kepunyaan mereka, jadi mereka berjaya mencelah juga dalam sistem yang dianggap terbaik itu. Kadang-kadang ada individu yang ingin membuat jasa, bila tiba-tiba mereka berubah fikiran untuk tidak menggunakan servis mereka meninggalkan nombor mereka di kaunter nombor atau memberikan nombor kepada orang yang hampir dengan mereka , dan akhirnya orang yang masuk kemudian akan mendapat servis dulu. Tiada lagi keadilan!

akhir-akhir ini, satu sistem baru diperkenalkan di bank-bank, tabung haji. Nombor diberikan mengikut perkhidmatan. Contohnya, kalau nak simpan duit, nombor lain, kalau nak amik duit nombor lain. kalau nak buka akaun nombor lain. Dengar kabo, sistem nie senang sikit nak buat statistik. Tapi masih lagi boleh celah. Kalau kat tabung haji, ramai jugak yang aku nampak bawak buku dua tiga bijik, Bukan semua buku tu nak masuk duit, ada jugak nak kleuar duit. Jadi, kalau ikut sistem, mesti kena amik simpan satu dan keluar satu. Baru adil. Tapi yang selalu berlaku ialah amik je satu mana-mana, then bila turn tiba, pandai-pandai lah kelentong.

Tapi ada ke aku kena marah kerana sistem yang bodoh ni!


Sunday, October 14, 2012

Lagi Senjata Melayu

W. Linehan dalam kertas kerjanya bertajuk "Beberapa Pengalamanku di Tembeling", mendapati acuan telah digunakan untuk membuang meriam pada abad ke-13 atau 14 dibeberapa tempat di sepanjang sungai tembeling. . Alfonso d'Albuquerque, mendapati senjata api buatan Melaka sebagai setara buatan Jerman; Ini bermakna mereka lebih baik daripada orang-orang Portugis. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu dengan saiz yang luar biasa, yang akhirnya dihadiahkan oleh Alfonso kepada sekutu Hindu beliau Zamorin di Calicut.



 Mungkin daripada Lela kecil seperti gambare tiga inilah munculnya idea untuk mencipta pistol di barat. Agak-agak keturunan melayu mana yang masih menyimpan lela kecil tersebut!

(Sumber: ntah! tak ingat tapi internet lah!)

Thursday, October 04, 2012

Catatan Dari Barat



Dalam catatan J.V. Mills, B.A. (Oxon), M.C.S, atas karya Godinho de Eredia, seorang sejarawan Portugis, yang telah diter­jemahkan oleh beliau dari bahasa Portugis; beliau telah menyebut perihal bahasa Portugis; dan beliau telah juga menyebut perihal mengenai meriam-meriam yang ada di Melaka pada masa langgaran Portugis itu seperti berikut:

"Menurut Barros, 3,000 pucuk 'meriam besar' telah dijumpai di dalam kota itu; 5,000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2,000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. "Ke­semua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal." 

Crawford berkata, bahawa "Tentulah orang-orang lslam di Asia Barat, mungkin sekali orang-orang Arab" yang telah memper­kenalkan ilmu bedil itu kepada orang-orang Melayu, kira-kira pada pertengahan abad yang kelima belas.”
 
Satu sumber lagi, yang dipetik dari buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza, menyebut demikian:

“... Askar-askar telah dibenarkan menjarah kota itu tiga hari lamanya. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai, dari sejum­lah 8,000 pucuk meriam yang diharapkan oleh Sultan Mahmud untuk mempertahankan kota raya baginda itu. Bakinya telah dibawa lari ke Bintang (tempat ini mungkin sekali dimaksudkan Bertam, kim-kira 8 batu mudik ke hulu sungai itu; disitulah dikatakan putera sultan itu membuat perkubuan. 3)


-- Rujuk "Peluru Petunang" , A. Samad Ismail , 1982

Monday, October 01, 2012

Aceh Warriors

Gambar ini di katakan di ambil pada tahun 1880, kelihatan dengan jelas watak-watak pejuang yang berani dengan pangeras dan terakol disamping golok bong. Tetapi aku heran kerana ada gambar pistol dirty harry dalam gambar nie, cuba perati betul-betul.

ada komen?

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...