Dulu-dulu sewaktu sistem beratur diguna pakai, aku selalu melihat ada individu yang mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem tersebut. Ketika aku begitu takut untuk meninggalkan barisan, ada juga individu yang berani mencelah masuk ke dalam barisan dengan izin rakan subahatnya di dalam barisan tersebut. Orang di belakang tidak berkata apa, mungkin kerana sorang tak mengapa!
Kemudian sistem beratur ditukarkan kepada sistem nombor, supaya pengguna-pengguna boleh menunggu sambil duduk. Tetapi , masih juga ada kelemahannya dan di ambil ruang-ruang kelemahan itu oleh individu yang oppotunist. Ketika nombor panggilan tidak di jawab oleh sesiapa, pada panggilan ke tiga orang yang berani ini mengaku nombor itu kepunyaan mereka, jadi mereka berjaya mencelah juga dalam sistem yang dianggap terbaik itu. Kadang-kadang ada individu yang ingin membuat jasa, bila tiba-tiba mereka berubah fikiran untuk tidak menggunakan servis mereka meninggalkan nombor mereka di kaunter nombor atau memberikan nombor kepada orang yang hampir dengan mereka , dan akhirnya orang yang masuk kemudian akan mendapat servis dulu. Tiada lagi keadilan!
akhir-akhir ini, satu sistem baru diperkenalkan di bank-bank, tabung haji. Nombor diberikan mengikut perkhidmatan. Contohnya, kalau nak simpan duit, nombor lain, kalau nak amik duit nombor lain. kalau nak buka akaun nombor lain. Dengar kabo, sistem nie senang sikit nak buat statistik. Tapi masih lagi boleh celah. Kalau kat tabung haji, ramai jugak yang aku nampak bawak buku dua tiga bijik, Bukan semua buku tu nak masuk duit, ada jugak nak kleuar duit. Jadi, kalau ikut sistem, mesti kena amik simpan satu dan keluar satu. Baru adil. Tapi yang selalu berlaku ialah amik je satu mana-mana, then bila turn tiba, pandai-pandai lah kelentong.
Tapi ada ke aku kena marah kerana sistem yang bodoh ni!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment