Tuesday, February 18, 2014

Sejenak..

Sejenak aku pernah menginsafi diri dan menghitung detik-detik kematian. Sememangnya kematian itu pasti, dan semua akan mati melainkan Allah.

Sejenak aku terfikir, antara kami, siapa akan pergi dulu? Aku tidak pernah membayangkan sesiapa kecuali diriku sendiri yang bertelinga kecik! Orang kata telinga kecik tanda mati awal.

Sejenak aku berfikir, aku masih mengira-ngira akan kematian yang akan datang.

Dan... Jawapan sudah ku perolehi, antara kami, dia yang pergi dahulu. Bukan yang paling tua, bukan yang paling muda, tapi yang tengah!

Innalillahi wa inna ila hi ro jiun, Alfatihah untuk mu, Rahmat Osman Mamat (1974-2014).

Selamat jalan adikku!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...