Isk. Sedihnya mendengar berita kemalangan maut di LPT2. Lebuhraya yang baru dibuka, tapi bilangan kemalangan dah lebih dari usia lebuhraya itu sendiri.
Tapi, sedih hati sedih lagi hati mereka yang terlibat. Kehilangan seseorang dari hidup. Kehilangan tempat bergantung dan macam-macam!
Aku selalu mengingatkan diriku tentang perkara begini. Justeru, aku selalu membaca doa naik kenderaan apabila mengambil perjalanan jauh. Malang tidak berbau, tapi seeloknya kita serah kepada yang maha esa melindungi kita.
Pernah satu kejadian, aku melalui lebuhraya berkenaan. Aku lantas menjadi sangat mengantuk dan kereta ku kurasakan amat perlahan. Seolah-olah membawa beban yang sangat berat. Aku cuba menekan minyak, melainkan bunyi deruman, kereta masih dalam rentak yang perlahan. Tambahan, kereta saling memotong kereta ku satu demi satu di sbelah kanan, ternyata membuktikan aku sangat perlahan. Tetapi tiada sedikiut pun dalam jiwa ku teringat hal-hal yang bukan-bukan. Ya tidak sedikit pun. Sehinggalah sampai satu ketika , kereta ku mula laju kembali.
Apabila, mengenangkan kejadian kemalangan, sudah pasti perkara utama yang perlu dilihat ialah kewarasan pemandu itu sendiri. Bahkan faktor luar hanya membantu menjadikan peristiwa kemalangan sebuah kenyataan. Pastikan fizikal dan mental pemandu berada di aras yang betul.
itu pandangan ku!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Thursday, October 15, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment