Sunday, July 31, 2016

Kopiah dan Bawa Kereta

Aku selalu berdepan dengan situasi kereta yang dipandu perlahan tanpa alasan yang kukuh. Ketika orang sedang berkejaran menghantar anak ke sekolah cuba mengelak nama di ambil oleh pengawas. Atau pun ketika aku sedang berkejaran ke pejabat ketika waktu sudah menghampiri pukul 8, mengelak dari kad tumbuk berwarna merah.

Dan ada sahaja, kereta yang keluar dari simpang tanpa brek dan memaksa aku membrek bagi pihak beliau. Dan ada sahaja kereta yang dipandu santai ketika itu. Dan selalunya mereka adalah lelaki yang berkopiah!

Aku merasa sangat heran, adakah mereka sudah punyai banyak pahala untuk mati ketika itu?

Monday, July 25, 2016

Semua Orang Mahu Terbang

Selepas Air Asia muncul, aku turut bersyukur kerana aku boleh naik kapalterbang. Dan tambah lagi bersyukur kerana aku kini boleh naik MAS yang lebih murah dari air asia.

Selepas T.F buat duit ribu riban dengan biz ini, muncul pula Rayani Air. Turut mengambil peluang atas keperluan dan prestij. Tetapi tak lama! Rayani Air masih lagi berhutang dengan pelanggan mereka.

Kini, muncul lagi satu syarikat baru, Suasa Air, yang ini lagi hebat! Belum dapat lesen sudah terbang.

...

Aku selalu lihat, setiap pagi helikopter lalu di atas rumahku. Aku dengar, mereka ialah pekerja berbayar mahal yang menuju ke pelantar minyak. Setiap petang, helikopter ini pun melalui atas atap rumah ku membawa mereka pulang, yang aku rasa sudah pasti Kuala Lumpur.

Jika berdasarkan daya beli ini, satu biz yang bagus ialah Sky Taxi. Cuba fikir-fikir!

Wednesday, July 20, 2016

Kekosongan

Malam ini
kekosongan merajai
hati kosong
jiwa kosong
tiada cinta
tiada kehendak
tiada segalanya
aku bangkit
dan tidur.

Friday, July 01, 2016

Jalaluddin Rumi 1

Jalaluddin Rumi berkata

 Jangan berduka, apa sahaja yang yang kehilangan akan datang dalam bentuk lain

Ada orang yang kaya, tapi tidak cukup, tapi orang miskin, boleh besarkan 10 orang anak,
ada pegawai besar tapi selalu sakit-sakit tapi diberi wang yang cukup untuk membiayai penyakitnya. Ada orang kecil, gaji 500, tapi mampu tersenyum dan jarang dilanda musibah.

Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh beliau

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...