Monday, July 25, 2016

Semua Orang Mahu Terbang

Selepas Air Asia muncul, aku turut bersyukur kerana aku boleh naik kapalterbang. Dan tambah lagi bersyukur kerana aku kini boleh naik MAS yang lebih murah dari air asia.

Selepas T.F buat duit ribu riban dengan biz ini, muncul pula Rayani Air. Turut mengambil peluang atas keperluan dan prestij. Tetapi tak lama! Rayani Air masih lagi berhutang dengan pelanggan mereka.

Kini, muncul lagi satu syarikat baru, Suasa Air, yang ini lagi hebat! Belum dapat lesen sudah terbang.

...

Aku selalu lihat, setiap pagi helikopter lalu di atas rumahku. Aku dengar, mereka ialah pekerja berbayar mahal yang menuju ke pelantar minyak. Setiap petang, helikopter ini pun melalui atas atap rumah ku membawa mereka pulang, yang aku rasa sudah pasti Kuala Lumpur.

Jika berdasarkan daya beli ini, satu biz yang bagus ialah Sky Taxi. Cuba fikir-fikir!

No comments:

Post a Comment

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...