Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Saturday, September 02, 2017
Roh Jahat Penjaga Tandas
Semalam aku kantoi! Kecekapan selama ini telah dipersendakan oleh tandas petronas. Entah macam mana skill yang bertahun aku ada tidak lagi boleh diguna. Aku memulas tombol pintu tandas untuk keluar. Tapi pintu itu tetap pejal dan kejap, aku terkurung di dalamnya. Ahh, hantu tandas ini mungkin ingin memainkan aku. Sudah lama aku tidak menajamkan ilmu ini dengan asam limau asap kemenyan. Mungkin kerana itu aku diduga! Ingin sekali aku menjerit melontar suara meminta tolong, tapi suara tersekat dengan bermacam andaian. Entah semangat dari mana, aku memanjat dinding tandas dan turun melalui bilik sebelah. Nasib baik 11.30 malam, tandas tiada orang langsung. Nah, aku berjaya menentang hantu jahat itu!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...