Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Friday, May 31, 2019
Bahasa
Apabila mendengar orang putih bercakap dalam bahasa melayu, aku rasa bunyinya lebih sedap!
Atau memang budaya melayu memang menyukai yang asing. Aku tidak pasti!
Bahkan, mendengar suara nyanyian dari negara seberang juga membangkitkan "sedap" yang lebih tinggi. Walaupun bahasa yang sama, kenapa tidak dari orang-orang dari negara sendiri?
Sesungguhnya yang membezakan orang lokal, negara seberang dan negara atas angin ialah sebutan. Sebutan lokal lebih berbentuk kedaerahan dan tidak sama dengan ejaan. Berbeza dengan sebutan dari indonesia atau orang atas angin, mereka menyebutnya dengan jelas seperti mana yang diejakan.
Adalah perlu untuk mengtransformasi sebutan bahasa melayu malaysia supaya bunyi sebutan akan menjadi lebih sedap dan punyai piwai tertentu supaya lebih mudah dipelajari. Bukan terpecah-pecah sebutan mengikut daerah masing-masing
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...