Friday, May 31, 2019

Bahasa

Apabila mendengar orang putih bercakap dalam bahasa melayu, aku rasa bunyinya lebih sedap! Atau memang budaya melayu memang menyukai yang asing. Aku tidak pasti! Bahkan, mendengar suara nyanyian dari negara seberang juga membangkitkan "sedap" yang lebih tinggi. Walaupun bahasa yang sama, kenapa tidak dari orang-orang dari negara sendiri? Sesungguhnya yang membezakan orang lokal, negara seberang dan negara atas angin ialah sebutan. Sebutan lokal lebih berbentuk kedaerahan dan tidak sama dengan ejaan. Berbeza dengan sebutan dari indonesia atau orang atas angin, mereka menyebutnya dengan jelas seperti mana yang diejakan. Adalah perlu untuk mengtransformasi sebutan bahasa melayu malaysia supaya bunyi sebutan akan menjadi lebih sedap dan punyai piwai tertentu supaya lebih mudah dipelajari. Bukan terpecah-pecah sebutan mengikut daerah masing-masing

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...