Monday, June 03, 2019

Jean Reno

Jean Reno memang tidak pernah mengecewakan. Pendapat ini datang dari 3 filem beliau yang aku pernah tonton. Mula terjebak dengan Jean Reno melalui Leon: The profession. Sebuah filem lama keluaran tahun 1994. Beliau memegang watak sebagai pembunuh upahan yang melatih seseorang untuk penerusan legasi beliau. Seterusya aku terkena pulak dengan filem Wasabi, kisah seorang polisperancis yang bermasalah dan mencari kebenaran di bumi Jepun. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2001. Dan hari ini, aku menonton pula The Immortal atau 22 bullets, iaitu kisah seorang mafia yang mencari jalan pulang. Filem keluaran 2010 ini juga tidak mengecewakan. Selain dari Tiga ni, ada banyak  lagi filem lakonan beliau. Tapi aku belum ada masa. Tontonlah 3 filem di atas pasti menghiburkan.

No comments:

Post a Comment

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...